Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tasik kenyir

Majalah 3 papar kes tanah runtuh stesen TNB Kenyir

Imej
  Hujan lebat luar biasa berterusan pada 27 Februari tahun lalu mengakibatkan tanah runtuh di sekitar kawasan Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir, Kuala Berang, Terengganu milik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bencana alam itu bukan hanya memberi impak besar kepada TNB, malah melumpuhkan operasi SJSM, apatah lagi ketika itu empat petugas TNB terperangkap. Bertindak pantas, pelbagai usaha digerakkan bagi menyelamatkan petugas dan dibawa keluar dari SJSM. Semua detik mencemaskan ini dipaparkan secara terperinci dalam episod eksklusif program Majalah 3 (M3) berjudul Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir yang akan disiarkan TV3, Isnin 13 Mac 2023, jam 9 malam. Penerbit Eksekutif dan Penerbit, Irin Putri Azmi, berkata melalui episod itu, M3 membawa penonton menelusuri pengalaman empat petugas TNB yang menjadi saksi kepada kejadian tanah runtuh dan kepala air yang dilaporkan berlaku secara bertubi-tubi di cerun sekitar SJSM. "Sebenarnya, idea asal episod ini adalah daripada TNB kerana i

Kenyir Water Park di Tasik Kenyir, Terengganu

Imej
Musim panas ni seronok dapat mandi di Kenyir Waterpark . Walaupun cuaca panas tapi persekitaran Tasik Kenyir sungguh nyaman sekali.  Dibina di sebuah pulau, untuk ke sini perlu naik bot di Pengkalan Gawi. Jambatan ke pulau ini masih dalam pembinaan.   Harga tiket RM25.00 untuk dewasa, sementara untuk kanak-kanak dan warga emas, harga tiket cuma RM15.00 sahaja. Harga tiket adalah termasuk tambang bot pergi dan balik. Taman tema ini dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi sehingga jam 5.30 petang KECUALI hari Selasa ditutup untuk diselenggara. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat laman web rasmi Kenyir Water Park :  http:// kenyirwaterpark.com/