Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel samarinda tv3

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap

Imej
Drama Patahnya Sebelah Sayap ini dibintangi oleh Ummi Nazeera, Aeril Zafrel dan Izzue Islam. Drama terbitan Creative Skill Solution ini telah diarahkan oleh Ayie Mustafa. Antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan drama ini adalah Wawa Zainal, Syainie Shuhaimi, Normah Damanhuri, Zainab Othman dan Neera Azizi. Drama ini mengisahkan tentang Alisha lakonan Ummi Nazeera yang merupakan seorang gadis kampung yang setia mencintai Amzar. Hubungan Alisha dan Amzar lakonan Izzue Islam sangat bahagia pada awalnya. Sementara Amzar keluar mencari kerja, Alisha banyak membantu keluarga Amzar. Satu hari Amzar lulus temuduga dan diterima bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman. Alisha sangat teruja bila mendapat tahu bahawa Amzar berjaya menjadi seorang peguam, kerjaya yang selama ini diidamkan Amzar. Demi untuk memastikan Amzar selesa ke tempat kerja, Alisha membeli beberapa helai kemeja untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sokongan. Kerana komited dan fokus