Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel resepi

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Imej
Bahan-bahan: Cili Kunyit Daun kesum Tempoyak Ikan Patin/ Baung Cara masak: Tumbuk cili dan kunyit mengikut tahap kepedasan yang disukai. Kemudian masukkan daun kesum dan tempoyak mengikut kepekatan yang diingini. Boleh letak bunga kantan jika suka. Masukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk lumat. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Perasakan secukup rasa dengan garam dan gula. Masukkan ikan yang bersesuaian (patin, talapia, kembung, kerisi, tenggiri).  Tunggu sehingga ikan masak. Siap!  

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Imej
  Bahan-bahan: Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung). Bahan Tumis : 1 biji bawang besar atau bawang Holland (dihiris dadu) 3 ulas bawang putih (dicincang halus), 1 inci halia (diketuk), Setengah batang serai (dihiris halus), Bahan Sos : 2 senduk kecil cili kering kisar, 3 sudu sos cili thai, 3 sudu sos cili, Bahan Tambahan : Lobak merah (dipotong dadu), Nenas (dipotong dadu), 1 biji tomato (dipotong dadu), 5-10 biji cili padi (dipotong halus), 1 biji cili merah besar (dipotong halus@dadu), Sedikit air (untuk kuah), 1 kiub pati ayam, Secukup rasa Maggie, Daun ketumbar (dihiris halus), Daun limau purut (dihiris halus dan buang tulang), Daun salad. Cara-cara : Goreng ikan sehingga garing, ketepikan. Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih. Tambah sedikit air, masukkan kiub pati ayam dan secukp rasa Maggie. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur dan nenas yang dipotong dadu tadi. Taburkan

Resepi Gulai Ayam Terengganu

Imej
Resepi Gulai Ayam Terengganu Bahan-Bahan Ayam Santan Rempah Masak Cap Rose Rempah Gulai Cap Rose Cili Boh Ubi Kentang Gula Melaka Asam Keping  Kerisik Garam  Bahan Dikisar Bawang Merah Bawang Putih Kunyit Hidup Halia Lengkuas Cara Memasak 1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga naik bau. Masukkan bahan yang dikisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak. 2. Selepas itu, masukkan pula rempah dan kacau sebati kesemua bahan-bahan itu hingga sedikit garing. 3. Kini tibalah masa untuk kita masukkan ayam dan gaulkan hingga meresap rasa bahan tumisan itu. 4. Masukkan air sesuai citarasa dan gula melaka serta asam keping. Tutupkan periuk selama lima minit.   5. Masukkan santan. 6. Setelah masakan mula mereneh masukkan ubi kentang, kerisik dan garam. 7. Perlahankan api dan biarkan selama 8 minit. Apabila sudah pecah minyak barulah tutup api.

Resepi Mee Goreng Basah Sedap

Imej
Bahan-bahan: - Sebungkus mee kuning - Bawang putih - Kek Ikan - Bebola Ikan / Ayam - Telur (pilihan) - Sos Cili - Sos Tomato - Kicap Pekat - Kicap Mee / Kicap Cair - Sos Ikan - Cili Boh / Cili Kisar CARA PENYEDIAAN: - Tumis bawang putih yang telah diketuk, Boleh juga hiris halus atau ditumbuk. - Masukkan air (2-3 cawan) dan bebola ikan / kek ikan / ayam. Kacau sehingga bahan tadi masak. - Masukkan 2-3 sudu Sos Cili, Sos Tomato, Kicap Pekat, Kicap Cair / Mee, Sos Ikan dan Cili Boh / Cili Kisar. Kacau sampai sebati. Perasakan dengan gula dan garam mengikut selera masing-masing. - Masukkan mee kuning yang telah dibasuh ke dalam kuah itu tadi. Kacau sehingga mee lembut dan sebati dengan kuah. - Hidangkan selepas anda puashati dengan rasanya.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Imej
  Ayam Masak Lemak Cili Padi Bahan-bahan untuk dikisar. 1. 2 Bawang merah 2. 2 Bawanh holland 3. 4 ulas Bawang putih 4. Cili padi (bergantung pada kepedasan masing2) . Bahan-bahan lain: 1. 6-7 daging Ayam 2. 1 biji Kentang 3. 1 sudu teh Serbuk kunyit 4. 1 batang Serai 5. 1 Asam keping 6. 2-3 helai Daun limau purut 7. 1 helai Daun kunyit 8. 100ml Santan 9. 100ml Air gunung 10. Garam/ gula/ fuyoohh . Cara2: 1. Salutkan ayam dan kentang bersama serbuk kunyit. Gorengnkan sehingga garing. 2. Tumiskan bahan blend serta serai + daun kunyit + daun limau puyut + asam keping sehingga naik bau. 3. Add santan + air + garam/gula/fuyooh + ayam dan kentang goreng tadi. Gaul sebati.