Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

by





Bahan-bahan:

  • Cili
  • Kunyit
  • Daun kesum
  • Tempoyak
  • Ikan Patin/ Baung

  • Cara masak:
  1. Tumbuk cili dan kunyit mengikut tahap kepedasan yang disukai.
  2. Kemudian masukkan daun kesum dan tempoyak mengikut kepekatan yang diingini. Boleh letak bunga kantan jika suka.
  3. Masukkan cili dan kunyit yang sudah ditumbuk lumat.
  4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Perasakan secukup rasa dengan garam dan gula.
  5. Masukkan ikan yang bersesuaian (patin, talapia, kembung, kerisi, tenggiri). 
  6. Tunggu sehingga ikan masak. Siap!

 

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

by

 




Bahan-bahan:

  • Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung).

Bahan Tumis :

  • 1 biji bawang besar atau bawang Holland (dihiris dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus),
  • 1 inci halia (diketuk),
  • Setengah batang serai (dihiris halus),

Bahan Sos :

  • 2 senduk kecil cili kering kisar,
  • 3 sudu sos cili thai,
  • 3 sudu sos cili,

Bahan Tambahan :

  • Lobak merah (dipotong dadu),
  • Nenas (dipotong dadu),
  • 1 biji tomato (dipotong dadu),
  • 5-10 biji cili padi (dipotong halus),
  • 1 biji cili merah besar (dipotong halus@dadu),
  • Sedikit air (untuk kuah),
  • 1 kiub pati ayam,
  • Secukup rasa Maggie,
  • Daun ketumbar (dihiris halus),
  • Daun limau purut (dihiris halus dan buang tulang),
  • Daun salad.

Cara-cara :

  1. Goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih.
  4. Tambah sedikit air, masukkan kiub pati ayam dan secukp rasa Maggie.
  5. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur dan nenas yang dipotong dadu tadi.
  6. Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar, siap. Selamat Mencuba.

Resepi Gulai Ayam Terengganu

by

Resepi Gulai Ayam Terengganu

Bahan-Bahan

  • Ayam
  • Santan
  • Rempah Masak Cap Rose
  • Rempah Gulai Cap Rose
  • Cili Boh
  • Ubi Kentang
  • Gula Melaka
  • Asam Keping 
  • Kerisik
  • Garam 

Bahan Dikisar

  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Kunyit Hidup
  • Halia
  • Lengkuas

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumis cili boh hingga naik bau. Masukkan bahan yang dikisar dan teruskan menumis sehingga pecah minyak.

2. Selepas itu, masukkan pula rempah dan kacau sebati kesemua bahan-bahan itu hingga sedikit garing.

3. Kini tibalah masa untuk kita masukkan ayam dan gaulkan hingga meresap rasa bahan tumisan itu.

4. Masukkan air sesuai citarasa dan gula melaka serta asam keping. Tutupkan periuk selama lima minit.  

5. Masukkan santan.

6. Setelah masakan mula mereneh masukkan ubi kentang, kerisik dan garam.

7. Perlahankan api dan biarkan selama 8 minit. Apabila sudah pecah minyak barulah tutup api.

Resepi Mee Goreng Basah Sedap

by


Bahan-bahan:

- Sebungkus mee kuning

- Bawang putih

- Kek Ikan

- Bebola Ikan / Ayam

- Telur (pilihan)

- Sos Cili

- Sos Tomato

- Kicap Pekat

- Kicap Mee / Kicap Cair

- Sos Ikan

- Cili Boh / Cili Kisar


CARA PENYEDIAAN:

- Tumis bawang putih yang telah diketuk, Boleh juga hiris halus atau ditumbuk.

- Masukkan air (2-3 cawan) dan bebola ikan / kek ikan / ayam. Kacau sehingga bahan tadi masak.


- Masukkan 2-3 sudu Sos Cili, Sos Tomato, Kicap Pekat, Kicap Cair / Mee, Sos Ikan dan Cili Boh / Cili Kisar. Kacau sampai sebati. Perasakan dengan gula dan garam mengikut selera masing-masing.

- Masukkan mee kuning yang telah dibasuh ke dalam kuah itu tadi. Kacau sehingga mee lembut dan sebati dengan kuah.

- Hidangkan selepas anda puashati dengan rasanya.

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

by

 


Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan untuk dikisar.

1. 2 Bawang merah

2. 2 Bawanh holland

3. 4 ulas Bawang putih

4. Cili padi (bergantung pada kepedasan masing2)

.

Bahan-bahan lain:

1. 6-7 daging Ayam

2. 1 biji Kentang

3. 1 sudu teh Serbuk kunyit

4. 1 batang Serai

5. 1 Asam keping

6. 2-3 helai Daun limau purut

7. 1 helai Daun kunyit

8. 100ml Santan

9. 100ml Air gunung

10. Garam/ gula/ fuyoohh

.

Cara2:

1. Salutkan ayam dan kentang bersama serbuk kunyit. Gorengnkan sehingga garing.

2. Tumiskan bahan blend serta serai + daun kunyit + daun limau puyut + asam keping sehingga naik bau.

3. Add santan + air + garam/gula/fuyooh + ayam dan kentang goreng tadi. Gaul sebati.

Resepi Gulai Ikan Aya @ Ikan Tongkol Terengganu

by

 


Gulai ini boleh dimakan dengan nasi dagang/ nasi kuning/ pulut kuning/ nasi putih.

Bahan-bahan :


  • Ikan Aya / Tongkol hitam direbus dengan garam, nisan (gula Melaka), asam keping dan cuka. Masukkan sedikit air.
  • Santan 
  • Cili padi,
  • 2 sudu besar cili boh,
  • 1 sudu besar gula,
  • Nisan (Gula Melaka),
  • Garam,
  • Gula,
  • Rempah masak Bunga Ros. 
  • Rempah gulai Bunga Ros,
  • *2 biji bawang besar,
  • *2 biji bawang putih,
  • *1 inci halia,
  • *1 inci kunyit hidup,
  • Kisar bahan yang bertanda *.

Cara Memasak:

  1. Tumiskan cili boh bersama gula sehingga terbit bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga sedikit kering.
  3. Bancuh rempah bunga ros dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Nisbah rempah gulai : rempah masak = 2:1. Api hendaklah perlahan).
  4. Apabila sudah hampir kering, masukkan santan dan tunggu hingga mendidih. Kemudian perasa dengan garam dan nisan (Gula Melaka) ikut selera masing-masing.
  5. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan yang sudah siap direbus tadi. Masukkan sekali asam keping dalam air rebusan ikan, masak seketika.
  6. Apabila sudah masak, perlahankan api dapur dan masukkan cili padi dan telur rebus.

  7. Renehkan sehingga terbit minyak. Tutup api dapur dan sedia dihidang.

Resepi Tomyam Putih

by



Resepi Tomyam Putih

Bahan-bahan
  • 1 biji bawang holland dipotong 6
  • 20 tangkai cili api (diketuk)
  • 1 inci halia (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • 3 btg serai  (diketuk)
  • 1 ekor ayam
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis (diambil jus)
  • 1 biji limau purut (diambil jus)
  • 1 sb sos ikan
  • 2 batang lobak merah
  • 2 biji tomato
  • Sedikit bunga kobis
  • Garam secukup rasa
Cara buat Tom Yam Putih

  1. Tumiskan bawang holland, bawang putih, halia,serai dan cili api.
  1. Masukkan ayam. Kacau sekejap dan masukkan air.
  1. Apabila sudah mendidih masukkan sos ikan dan garam secukup rasa.
  1. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis dan limau purut.
  1. Masukkan tomato dan daun limau purut. Biarkan seketika dan bolehlah padamkan api. Siap.
 

Resepi Ayam Kari Masak Kicap

by



Bahan-bahan untuk Ayam Kari Masak Kicap :
5-6 ketul ayam letak garam kunyit dan goreng.
2 sudu besar, rempah kari daging Cap O
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia dihiris
1/4 cawan kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari, dilurut
1 biji tomato, belah 8 jika ada, takde takpe.
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 biji cili merah, hiris untuk hiasan.
Cara nak buat dia:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia, daun kari sampai harum dan lepas tu masukkan rempah kari dan kacau rata. Make sure slowkan api yer, taknak serbuk kari rentung.
2. Kemudian masukkan sos tiram dengan dua sudu air dan kacau sekejap. Lepas tu barulah masukkan kicap dan kacau sekejap. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata dan sebati.
3. Masukkan hirisan bawang besar dan belahan tomato jika ada.

Kredit kepada Khairul Abdullah

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90