Bayi perlu bantuan RM60,000 jalani pembedahan jantung
Seorang bayi berusia 52 hari memerlukan bantuan sejumlah RM60,000 bagi menjalani pembedahan jantung berlubang yang dikesan sejak lahir. Muhammad Umar Alfarizqi Mohd Khairul Anan dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mengalami masalah jantung berlubang jenis VSD (Vebtricular Spetal Defect) selain saluran injap tersumbat. Ibunya, Nur Adilah Zainudin, 26, berkata dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan serius kecuali berat badan berlebihan sepanjang anak sulungnya dalam kandungan. Katanya, hati ibu mana yang tidak sayu sebaik sahaja menjalankan pembedahan bagi proses kelahiran, doktor mengesan Muhammad Umar Alfarizqi mengalami jangkitan kuman paru-paru pada awalnya. "Ketika lahir doktor mengesan masalah paru-paru dialami Umar (panggilan anak) apabila bacaan oksigennya menurun dan jangkitan kuman. "Setelah diberikan ubat dan diletakkan di bawah pengawasan Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) selama beberapa minggu, doktor sahkan jantung anak kami berluba