Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label perundangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perundangan. Papar semua catatan

Hukuman jenayah menghendap secara maya

by

 


Bukan sahaja menghendap secara fizikal, malah perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak membabitkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa.

Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya. Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram.

Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti kerja dan sanggup keluar negara kerana khuatir diekori lagi.

Justeru Mas Ermieyati berkata adalah penting dan tepat pada masanya untuk meluluskan rang undang-undang 'anti menghendap' itu untuk melindungi mangsa secara menyeluruh dan bukan hanya daripada yang mendatangkan kecederaan semata-mata.

Pada 4 Ogos lalu, pindaan Akta 574 bagi memasukkan perbuatan menghendap sebagai satu jenayah telah dibentang di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507a ke dalam Akta 574 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.

Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.

Rang undang-undang itu juga menyatakan sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap hendaklah dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. 

Sumber dari BERNAMA


Langkah-Langkah Tindakan Undang-Undang Untuk Peminjam Ingkar

by

LANGKAH LANGKAH TINDAKAN UNDANG UNDANG DAN ISTILAH YANG DIGUNAKAN

1) Notis atau Surat Tuntutan Loyar (NOD / LOD) 
Masa ni peminjam masih dipanggil “Peminjam” dan juga "Penjamin" (kalau ada)

2) WRIT SAMAN - Loyar memfailkan Saman dan Peminjam diarah untuk hadir di Mahkamah melalui WRIT SAMAN ini. Masa ni Peminjam sudah "naik pangkat" menjadi “DEFENDAN”

3) DEFENDAN tidak hadir di Mahkamah maka PENGHAKIMAN INGKAR dijatuhkan. Masa ni DEFENDAN naik setakuk lagi menjadi PENGHUTANG PENGHAKIMAN

Sejak bila pulak ada istilah "Short Cut" SAMAN PENGHAKIMAN? JDS iaitu SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JUDGMENT DEBTOR SUMMONS) bukan terus ada "Waran Tangkap" macam tu aje. Ada prosedur tertentu dan bukan senang senang main tangkap macam tangkap Pokemon. Tangkap Pokemon pun bukan senang jugak.

Kalau Bank dah ada Penghakiman, baca kat sini untuk tindakan undang undang yang boleh diambil


Baca juga prosedur ringkas tindakan undang undang

1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrupsi.



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90