Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perundangan

Hukuman jenayah menghendap secara maya

Imej
  Bukan sahaja menghendap secara fizikal, malah perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata walaupun perbuatan menghendap secara maya tidak membabitkan sentuhan atau mendatangkan kecederaan, tetapi ia boleh mengganggu mental dan emosi mangsa. Sebagai contoh, berlaku insiden A telah berpisah dengan B, namun B sering mengganggu A dengan pelbagai mesej dan sebagainya. Apabila A tukar nombor telefon, B masih lagi menghubungi A di media sosial dengan mengubah pelbagai nama samaran sehingga ada sampai 10 ke 20 akaun (media sosial) hanya untuk memastikan hidup A tidak tenteram. Apabila (mangsa) pergi ke balai polis untuk membuat laporan, polis tidak boleh ambil tindakan… sebab tidak mendatangkan kecederaan kepada mangsa. Sebab itu (ada) mangsa yang sampai berhenti

Langkah-Langkah Tindakan Undang-Undang Untuk Peminjam Ingkar

Imej
LANGKAH LANGKAH TINDAKAN UNDANG UNDANG DAN ISTILAH YANG DIGUNAKAN 1) Notis atau Surat Tuntutan Loyar (NOD / LOD)  Masa ni peminjam masih dipanggil “Peminjam” dan juga "Penjamin" (kalau ada) 2) WRIT SAMAN - Loyar memfailkan Saman dan Peminjam diarah untuk hadir di Mahkamah melalui WRIT SAMAN ini. Masa ni Peminjam sudah "naik pangkat" menjadi “DEFENDAN” 3) DEFENDAN tidak hadir di Mahkamah maka PENGHAKIMAN INGKAR dijatuhkan. Masa ni DEFENDAN naik setakuk lagi menjadi PENGHUTANG PENGHAKIMAN Sejak bila pulak ada istilah "Short Cut" SAMAN PENGHAKIMAN? JDS iaitu SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JUDGMENT DEBTOR SUMMONS) bukan terus ada "Waran Tangkap" macam tu aje. Ada prosedur tertentu dan bukan senang senang main tangkap macam tangkap Pokemon. Tangkap Pokemon pun bukan senang jugak. Kalau Bank dah ada Penghakiman, baca kat sini untuk tindakan undang undang yang boleh diambil http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/20