Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pertukaran guru

Guru besar dan pengetua tidak boleh lagi halang pertukaran guru

Imej
  Guru kini boleh membuat permohonan pertukaran sepanjang tahun susulan garis panduan baharu dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menggantikan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pada 1975. Permohonan pertukaran sekolah oleh guru juga kini tidak boleh dihalang guru besar atau pengetua yang sebelum ini mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan. Mengumumkan keputusan terbaharu itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pengumuman untuk pertukaran guru pula diubah kepada empat kali setahun berbanding hanya dua kali setahun sebelum ini. Jika dulu, pengumuman untuk pertukaran guru adalah dua kali setahun, tetapi sekarang kita umum empat kali setahun dan permohonan boleh dibuat sepanjang tahun. Sebelum ini, permohonan pertukaran juga memerlukan kelulusan guru besar atau pengetua, tetapi kini guru atau pengetua hanya dibenarkan untuk memberi ulasan, tidak boleh menghalang pertukaran guru-guru. Justeru, perkara ini juga memberi peluang kepada semua guru, termasuk

Pertukaran Guru Tahun 2020 Dibuka

Imej
  Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Bagi Tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2020 melalui Modul EG-Tukar dibuka Mulai 17 FEB Hingga 17 MAC 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Permohonan Pertukaran Guru Atas Talian. https://epgo.moe.gov.my/

Semakan Keputusan Egtukar Pertukaran Guru Januari 2016

Imej
Bagi guru-guru yang telah mengemukakan permohonan pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi pertukaran sesi Januari 2016, semakan keputusan dijangka pada minggu pertama. Tarikh jangkaan adalah pada 2 November 2015. Semakan keputusan penempatan sekolah bagi pertukaran guru yang telah lulus adalah dijangka pada minggu kedua iaitu 12 November 2015. Semakan keputusan dan penempatan boleh di buat menerusi sistem pertukaran guru secara online bermula tarikh yang dinyatakan di : https://epgo.moe.gov.my Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan semakan semula dalam tempoh empat belas (14) hari selepas keputusan kelulusan pertukaran diumumkan ke Pejabat Pendidikan Daerah yang dipohon.