Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penerbangan terbaik

10 Penerbangan Terbaik Dunia 2018

Imej
Sepanjang lima tahun berturut-turut AirlineRatings.com menamakan Air New Zealand sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia. "Ini merupakan tahun kelima Air New Zealand dianugerahkan gelaran itu kerana pencapaian kewangan mereka yang hebat, inovasi dalam penerbangan, persekitaran kepimpinan, kru yang muda dan motivasi pekerjanya. "Faktor ini menjadikan mereka sebagai peneraju trend dalam industri penerbangan," tulis Ketua Editor Dalaman AirlineRatings.com, Geoffrey Thomas. Berbeza dengan ulasan penerbangan lain yang hanya memberi fokus terhadap penilaian aspek untuk berdepan dengan pengguna, AirlineRAtings.com mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam membuat penilaian. Untuk memilih penerbangan terbaik di dunia, laman ulasan keselamatan penerbangan dan produk dari Australia itu membariskan lapan editor veteran untuk membuat penilaian. Mereka menggariskan 13 kriteria yang dikatakan sebagai denyut nadi setiap penerbangan. Kriteria it