Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label n41. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label n41. Papar semua catatan

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Sarawak N29 / N41

by

 

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk EXAM ONLINE REQT TADBIR SARAWAK?

Usah risau. Anda berada di tempat yang betul. Ini rujukan untuk bantu persediaan exam anda!

Pakej rujukan ini khusus untuk peperiksaan PEGAWAI TADBIR N29/N41 REQT SARAWAK.

Ianya bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Ianya lebih daripada itu. Soalan bocor ke ramalan tu bukan tahap orang yang nak bekerja di sektor awam. Lebih-lebih lagi untuk jawatan PEGAWAI TADBIR N29/N41 ini.

Tinggalkan mereka yang masih ada mentaliti ini. Kita nak masuk zaman pekerjaan. Kalau minda tu masih ada di kepala anda, ertinya anda masih belum cukup layak untuk masuk ke zaman kerjaya kerajaan.

Apa yang anda perlukan adalah nota dan contoh yang betul untuk melakukan persediaan. Kita nak bersaing dengan ribuan calon yang lain.

Biar mereka semua tu cari soalan ramalan/bocor (ada ke?) Tapi anda fokus kepada persediaan untuk jawat jawatan PEGAWAI TADBIR N41/N29 ini.

Tim Infokerjaya susun nota dan rujukan yang akan bantu anda tahun ini. Rujukan ini telah berjaya bantu calon-calon sejak tahun 2009.

Dapatkan di : https://go.semakan.info/pegawai-tadbir-n41-n29-sarawak/28

 

Apa yang ada dalam Rujukan ini?

Nota Ringkas!

Nota ringkas ni untuk persediaan pantas anda sebelum exam. Ianya akan menjimatkan masa dan menjadikan persediaan bacaan anda lebih tersusun dan terarah. Tujuannya supaya anda tak sesat jalan!

Contoh Soalan!

Contoh soalan untuk semua seksyen bagi memudahkan anda faham skop penilaian. Kami pilih soalan yang skopnya pernah ditanya dalam sesi peperiksaan yang lalu. Jadi anda lebih faham dan tahu apa sebenarnya yang ditanya!

Jawapan & Huraian

Setiap soalan disertakan dengan jawapan dan huraian jawapan. Jadi anda lebih faham bagaimana jawapan diberikan dan dapat belajar dengan lebih jelas setiap soalan yang ditanya!

 

Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk Pemilihan Pegawai Tadbir N41

by


Pada November 2016 akan diadakan Program Terengganu Assessment Centre (TAC) untuk pemilihan Pegawai Tadbir Negeri N41 atau singkatannya PTN. Assessment untuk Pegawai Tadbir Negeri Terengganu ini akan diadakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Timur di Kemaman, Terengganu.

Terengganu Assessment Centre (TAC) adalah peringkat kedua pemilihan selepas peperiksaan khas Pegawai Tadbir. Selepas Assessment ini, temuduga pemilihan pula akan dijalankan untuk memilih senarai calon yang layak dilantik ke jawatan Pegawai Tadbir Negeri N41.

Selepas pendaftaran, peserta akan diberi nombor giliran. Tajuk untuk public speaking akan diberikan semasa pendaftaran bagi membolehkan calon membuat persediaan awal. Secara umumnya sesi Assessment ini melibatkan aktiviti untuk penilaian seperti berikut:

Aktiviti Perbincangan dan Tugasan
Peserta akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan mempunyai sekitar 11 orang peserta. Setiap kumpulan dinilai oleh dua orang panel. Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk samaada kuiz, perbincangan ataupun tugasan individu.

Aktiviti Mesyuarat
Peserta juga akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Peserta akan diberi tugasan untuk menjalankan mesyuarat. Masing-masing diberi jawatan besar seperti Akauntan Negeri, Pegawai Daerah dan sebagainya. Mesyuarat adalah berkaitan dengan perbincangan mengenai perancangan dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di peringkat negeri.

Aktiviti Perbahasan
Peserta juga akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kali ini setiap kumpulan akan diberi satu tajuk untuk dibincangkan. Ada tiga panel yang akan menilai. Setiap peserta perlu memberi pandangan dan hujah masing-masing mengenai tajuk tersebut.

Aktiviti Sukan dan Riadah
Aktiviti ini melibatkan sukan dan riadah. Kesemua peserta mesti berlari dalam jarak sekitar 2.5 km dimana tempoh masa setiap peserta akan dicatat. Selepas itu akan diadakan aktiviti riadah seperti menari dan senaman berirama. Penglibatan dan kesungguhan peserta akan dinilai. Dapatkan catatan masa yang terbaik.

Aktiviti Perbincangan
Aktiviti ini dipecahkan kepada dua slot iaitu slot Bahasa Melayu dan juga slot Bahasa Inggeris. Peserta akan diberi kajian kes atau satu masalah untuk dibincangkan. Penglibatan dan percambahan idea setiap peserta akan dinilai.

Aktiviti Pengucapan Awam
Aktiviti ini adalah Pengucapan Awam (Public Speaking) yang juga dipecahkan kepada dua slot iaitu slot Bahasa Melayu dan juga slot Bahasa Inggeris. Peserta perlu berucap dan memberi pendapat berdasarkan setiap topik yang diberi.

Setiap aktiviti mungkin berbeza dari tahun sebelumnya namun secara umumnya, corak penilaian tidak berubah. Anda sebagai calon perlu bersedia untuk memberi pandangan dan ulasan dalam apa juga topik yang mungkin diutarakan. Untuk Pegawai Tadbir peringkat negeri, kebanyakan topik mungkin berkisar tentang isu dan keadaan semasa negeri. Anda perlu aktif, rajin memberi pandangan dan seorang petah bercakap.

Selamat berjaya :)


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90