Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel memandu

Memandu Tengah Malam Di LPT 2

Imej
Foto : azeniahmad.com Malam kelmarin berkesempatan memandu sekitar tengah malam di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2). Berdasarkan pemerhatian saya, tiada apa-apa benda pelik atau sebarang gangguan di sepanjang perjalanan di LPT 2. Bilangan kereta pun sudah semakin banyak berbanding dahulu. Hentian R&R Perasing juga terang benderang dan meriah dengan lampu. Cuma agak terasa betapa membazirnya apabila hentian sebesar itu tiada pengunjung berbanding hentian besar yang lain seperti Gambang dan Temerloh. Sentiasa berzikir dan jangan memandu laju melebihi 120 km/j kerana kelajuan itulah yang sebenarnya menjadi "hantu" yang membunuh manusia di LPT 2. Selamat memandu :)