Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label mbkt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mbkt. Papar semua catatan

MBKT labur RM200 juta laksanakan projek lambaian bayu di pesisir pantai

by


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dijangka melabur kira-kira RM200 juta bagi menaik taraf infrastruktur di pesisir pantai dalam kawasan pentadbirannya.

Antara langkah permulaan akan dilaksanakan adalah menyediakan pelan induk rekreasi dan pelancongan pesisir pantai melalui Projek Lambaian Bayu.

Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif, berkata projek lambaian bayu fasa pertama bermula dari Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir hingga ke Chendering sejauh kira-kira 16 kilometer.

Katanya, projek itu akan dilaksanakan berdasarkan kekuatan sumber yang sedia ada di tapak dan karektor setempat selaras Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2035.

"Projek itu juga akan dilaksanakan seperti digariskan dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Nerus 2035 untuk menjadikan daerah warisan pesisir air yang dinamik, berdaya huni dan mampan.

"Usaha untuk memperkasakan pengisian bandar bertemakan warisan pesisir air melalui pembangunan produk pelancongan baharu selain memberi nilai tambah kepada kawasan pelancongan," katanya kepada media di menara MBKT.

Rosli berkata, pelaksanaan projek lambaian bayu akan dibahagikan kepada enam zon iaitu zon pertama di pesisir ketapang membabitkan pembinaan gelanggang sukan pantai, tapak festival, laluan kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) dan laluan kereta kuda.

Katanya, projek penyediaan taman lori makanan, landskap pantai dan kedai cenderamata serta kafe, arca nama Allah dan Nabi Muhammad, pemasangan lampu solar serta pelbagai kemudahan tarikan pelancongan turut dibina di muara sungai Terengganu, Primula Batu Burok, Muara Ibai dan Pantai Pandak.

"Kita tidak akan pinggirkan golongan B40 setiap kemudahan, termasuk gerai niaga disediakan.

"Projek lambaian bayu yang akan dibina mampu merancakkan kegiatan ekonomi dan menambah pendapatan golongan B40," katanya.

Rosli berkata, projek lambaian bayu itu dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan turut memberi peluang kepada kira-kira 500 peniaga kecil untuk menambah pendapatan.

Sumber : Berita Harian

Jawatan Kosong di MBKT

by

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu atau MBKT sedang membuka iklan pengambilan bagi jawatan kosong terbaru di pihak berkuasa tempatan tersebut. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bertanggungjawab menjaga dan menyelenggara kawasan sekitar daerah Kuala Terengganu.

Di antara jawatan kosong terkini yang dibuka ialah Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29, Penolong Jurutera JA29, Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29, Penolong Pegawai Penilaian W27, Penolong Akauntan W27, Penolong Pegawai Tadbir N27, Penolong Pegawai Undang-Undang L29, Pembantu Kesihatan Awam U17, Pembantu Kemahiran H17, Pembantu Tadbir Kewangan W17, Penghantar Notis N11 dan Pembantu Operasi N11.

Jika saudara saudari berminat untuk memohon jawatan di MBKT, bolehlah membuat permohonan secara online di e-Recruitment MBKT : http://btm.mbkt.gov.my/kerjaya/. Syaratnya, pemohon mestilah rakyat negeri Terengganu Darul Iman. Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 November 2015.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai jawatan tersebut bolehlah ke Pejabat MBKT di Tingkat 4-8, Menara Permint, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu. Nombor telefon untuk dihubungi : 09-6271111.

Selamat memohon :)


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90