Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label maybank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maybank. Papar semua catatan

Cara Tebus Kredit Tunai RM100 eMadani melalui MAE

by

 


Apa itu RM100 eMADANI?

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000. Program ini dianggarkan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian dalam perniagaan bata dan mortar melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Bilakah tarikh untuk penebusan RM100 eMADANI?

Tempoh penebusan eMADANI RM100 adalah dari 4 Disember 2023 sehingga 20 Februari 2024.

Siapakah yang layak menerima kredit RM100 eMADANI ini?

Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023
    ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Bagaimanakah cara untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE?

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE:

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE

Langkah 2: Tekan ikon ‘eMADANI’ di halaman utama

Langkah 3: Lengkapkan maklumat anda dan tekan ‘Submit’

Langkah 4: Anda akan terima notifikasi apabila penebusan eMADANI RM100 anda berjaya!


Di manakah RM100 eMADANI boleh dibelanjakan?

RM100 eMADANI hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran fizikal kod QR di mana-mana peniaga seluruh negara, termasuk peniaga-peniaga kod DuitNow QR dari bank-bank dan e-dompet yang mengambil bahagian. RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi yang disenaraikan di bawah: 

  • Pemindahan rakan ke rakan
  • Penebusan tunai
  • Pembayaran bil utiliti yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bayaran yuran berkaitan kerajaan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Bil pasca bayar dan prabayar telekomunikasi yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembelian permainan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai
  • Pembayaran parkir dan/atau tol yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai 
  • Aktiviti berkaitan pelaburan yang disepadukan dengan aplikasi e-tunai transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian 
  • Transaksi QR merentas sempadan

Bagaimanakah carauntuk menggunakan RM100 eMADANI ketika pembayaran?

Terdapat dua cara pembayaran menggunakan kod QR yang boleh dilakukan melalui aplikasi MAE. Anda boleh mengimbas kod QR peniaga atau tunjukkan kod QR anda kepada peniaga untuk diimbas melalui Scan & Pay.

Apakah promosi yang sedang berlangsung?


Buat masa yang terhad, anda berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti Proton S70 baharu, Proton Exora, hadiah wang tunai dan banyak lagi apabila anda menebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE. 

Berikut adalah maklumat mengenai kempen ini.

Kempen: Tebus RM100 eMADANI, Belanja dan Menang

Tempoh Kempen: 4 Disember 2023 - 29 Februari 2024.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman kempen di sini.


Tentang RM100 eMADANI

  • Baca soalan-soalan lazim mengenai RM100 eMADANI BM | EN
  • Baca Terma & Syarat penuh RM100 eMADANI BM | EN


Maybank2u Biz untuk Pelanggan Perniagaan

by

 


Maybank memperkenalkan Maybank2u Biz khas buat pelanggan PKS, dimana mereka hanya perlu membuka akaun perniagaan Maybank di sini dan memilih M2U Biz bagi mengakses keperluan perbankan digital mereka.

Aplikasi Maybank2u Biz bukan sahaja memberikan pengalaman mudah alih sepenuhnya dalam urusan perbankan, bahkan menyediakan beberapa fungsi untuk memudahkan operasi perniagaan.

Ini sekaligus menjamin urusniaga cekap dan selamat kepada peniaga dari pembayaran, persetujuan transaksi hingga mengukur aliran masuk atau aliran keluar tunai dalam jangka masa tertentu.

Dengan aplikasi perbankan yang komprehensif ini, peniaga boleh membenarkan sehingga lima pengguna mengakses ke akaun bank bergantung pada posisi kerja dalam struktur perniagaan tersebut.

Setiap pengguna yang dilantik hanya boleh memiliki satu jenis akses yang berperanan sebagai 'Viewer', 'Maker' dan 'Checker'.

Fungsi 'Viewer', pengguna dapat melihat semua perincian akaun, sementara 'Maker' membolehkan pengguna melihat dan memulakan transaksi untuk persetujuan pemeriksa (Checker).

Manakala, peranan terakhir iaitu 'Checker' membolehkan pengguna melihat dan menyetujui transaksi yang dimulakan oleh 'Maker'.

Sementara itu, aplikasi Maybank2u Biz juga dilengkapi dengan pilihan templat penginvoisan dimana membolehkan pemilik perniagaan mengeluar, menghantar dan menjejak invois secara profesional dalam masa singkat.

Selain itu, mereka juga dapat memantau status semua invois yang belum dibayar, lalu menghantar peringatan untuk hutang tertunggak kepada pelanggan dengan e-mel templat yang disediakan di aplikasi. 

Untuk invois yang dibayar, peniaga boleh memilih untuk mengeluarkan resit kepada pelanggan.

Ciri lain yang dapat dinikmati pengguna ialah mengawasi semua bil dan menandainya sebagai lengkap apabila ia telah dipenuhi. 

Transaksi segera

Menguruskan transaksi dengan lancar amatlah penting dalam sesebuah perniagaan, justeru Maybank2u Biz mempunyai ketelusan untuk mengesan aset yang terdiri daripada akaun bank, simpanan tetap dan liabiliti.

Bukan itu sahaja, peniaga juga dapat mengeksport data kewangan perniagaan sehingga setahun dalam fail CSV (Fail Comma Separated Values) dengan lancar ke dalam perisian perakaunan pihak ketiga yang lain. 

Lebih menarik, peniaga dapat mulakan segala pembayaran dan pindahan sebarang transaksi hanya dari telefon bimbit serta boleh menetapkan pembayaran berulang untuk transaksi harian. 

Secure2U

Antara yang paling menjadi kebimbangan peniaga pasti isu keselamatan dalam urusan jual beli, namun dengan Maybank2u Biz segalanya pasti selamat.

Aplikasi ini memberi tahap keselamatan tambahan dengan hanya membenarkan peranti yang didaftarkan ke akaun Maybank2u Biz sahaja untuk melakukan transaksi.

Sebagai contoh, sebarang transaksi akan diminta Secure2U (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u).

Secure2U membolehkan pengguna Maybank2u menyetujui atau menolak transaksi dalam talian pada peranti mereka setelah amaran pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon mereka.

Ini sekaligus dapat mengurangkan risiko penipuan SMS TAC dengan menolak keperluan menggunakan rangkaian telekomunikasi SMS.

Untuk pelanggan M2U Biz, anda boleh muat turun aplikasi dari Google Play Store atau Apple AppStore dan bagi pelanggan perniagaan Maybank sedia ada, boleh mendaftar ke M2U Biz dengan langkah-langkah di pautan ini.

Jika anda berminat mendaftar dengan Maybank, boleh klik di sini. Untuk sebarang info mengenai aplikasi Maybank2u Biz, sila layari www.maybank2u.com.my/m2ubizapp atau membuat janji dengan Maybank EzyQ dalam talian. 


Maybank beri amaran waspada penipu dalam talian

by

 


Maybank mengingatkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada dengan penipu dalam talian yang terus mencari cara baharu untuk menipu pengguna yang kurang curiga, terutama dengan peningkatan aktiviti e-dagang yang didorong pandemik COVID-19.

Dalam kenyataan pada Khamis, Maybank menjelaskan memandangkan lebih ramai pengguna kini memilih untuk berurus niaga dalam talian, penipu mencari peluang untuk memperdaya pengguna dengan menggunakan taktik baharu dan canggih.

Selain membangunkan laman web atau aplikasi perbankan palsu untuk memikat atau menarik perhatian pelanggan, penipu kini memasukkan komponen hasad (malware) dalam aplikasi penguatkuasaan undang-undang palsu dan laman web atau aplikasi e-dagang runcit palsu untuk mendapat akses kepada maklumat perbankan dalam talian pelanggan seperti nama pengguna dan kata laluan, tambahnya.

"Penipuan biasa yang selalunya menjerat mangsa bermula apabila pelanggan menemui tawaran atau iklan murah yang luar biasa di laman web media sosial," jelasnya.

enurut Maybank, beberapa panduan berguna boleh diikuti pelanggan untuk melindungi diri apabila menggunakan platform dalam talian termasuk mengelakkan memasang/memuat turun fail aplikasi/APK atau klik pada pautan mencurigakan yang dihantar melalui kemudahan sembang seperti sistem pesanan ringkas (SMS), WhatsApp, Messenger atau perkhidmatan lain yang serupa.

"Selain itu, jangan berikan kebenaran untuk mana-mana aplikasi menghantar atau melihat SMS anda. Jangan abaikan sebarang amaran daripada peranti anda, terutama semasa memuat turun atau memasang fail baharu.

"Jangan masukkan butiran perbankan anda, terutama nama pengguna atau kata laluan, dalam mana-mana aplikasi atau laman web yang mencurigakan," tambahnya.

Maybank menjelaskan, pihaknya terus berkongsi kandungan bermaklumat di laman web Maybank2u serta di Facebook dan Instagram, dalam usaha mengingatkan dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelanggan mengenai bahaya penipuan hasad.

Pelanggan harus sentiasa memberi perhatian kepada peringatan ini supaya mereka terus mengetahui kaedah penipuan terkini demi melindungi diri mereka.

"Bank juga ingin mengesahkan bahawa keselamatan dana dan transaksi perbankan dalam talian pelanggan diutamakan pada setiap masa.

"Platform dan aplikasi perbankan dalam talian Maybank adalah selamat dan menggunakan kawalan keselamatan yang kukuh untuk memerangi ancaman siber," jelasnya.

Bagaimanapun, pelanggan diingatkan untuk melaksanakan peranan bagi melindungi diri mereka secara berterusan dengan memastikan butiran perbankan dalam talian disimpan selamat dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga, sama ada secara sedar atau tidak semasa percubaan 'memancing data' atau hasad.

Pelanggan boleh menghubungi talian hotline penipuan Maybank di +603-58914744 dengan segera jika mengesyaki butiran perbankan mereka telah terjejas, dan ia adalah perkhidmatan talian hotline 24 jam tujuh hari seminggu, agar bank dapat membantu pelanggan mencegah kerugian lanjut dengan segera.

Sumber dari BERNAMA

Perbaharui Kad Debit Maybank Melalui Maybank2u

by

 



Saya puji cara Maybank.
Kad Debit Maybank saya expired bulan ini. 10 Jun hari tu saya request replace new card dalam Maybank2u. Hari ini dah terima kad baharu. Activate kad baharu ni juga dalam Maybank2u. Tak perlu beratur di cawangan bank. Kos pertukaran PERCUMA!
Kalau bank lain masih perlu pergi cawangan.

Maybank perkenal pengeluaran ATM tanpa sentuh

by

 


Maybank menambah satu lagi perkhidmatan perintis dalam penawaran perbankan digital menerusi pengenalan pengeluaran tunai ATM tanpa sentuh, perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia.

Perkhidmatan terbaharu itu kini boleh digunakan melalui aplikasi MAE di ATM terpilih di seluruh negara.

Ia disasarkan untuk mempertingkatkan kemudahan kepada lebih 12 juta pemegang kad ATM, selaras dengan gaya hidup dalam norma baharu dan menikmati akses yang lebih berdaya digital berbanding perkhidmatan perbankan tradisional.

Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini di kira-kira 1,000 ATM, yang akan tertera petanda ketersediaan perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa sentuh di mesin.

Perkhidmatan akhirnya akan disediakan di semua ATM milik Maybank.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli, berkata Maybank menerajui perbankan digital selama bertahun-tahun, membawa pelbagai penyelesaian inovatif kepada pasaran untuk kemudahan pelanggan.

"Ini pada mulanya didorong oleh Pelan Maybank2020 yang merangkumi aspirasi kumpulan untuk menjadi bank digital pilihan di rantau ini. Kami kini telah maju ke fasa pembangunan digital seterusnya yang berpandukan Pelan M25, lima tahun terbaharu dan disandarkan pada misi untuk 'Menginsankan Perkhidmatan Kewangan'.

"Di bawah pelan ini, kami mempunyai keutamaan strategik yang dedikasi, digital secara meluas, bagi memastikan teknologi terus dimanfaatkan dalam membawa penyelesaian digital yang bermakna kepada pemegang berkepentingan daripada semua segmen perniagaan dan komuniti di seluruh rantau ini.

"Perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa sentuh baharu adalah satu lagi langkah dalam penawaran holistik perkhidmatan perbankan digital yang mana kami adalah perintis selama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Khairussaleh berkata, perkhidmatan terbaharu itu juga muncul berikutan banyak perkhidmatan terkemuka yang perkenalkan Maybank baru-baru ini sebagai sebahagian daripada tawaran perbankan digital.

"Kami yakin akan terus menawarkan lebih banyak lagi perkhidmatan digital pada bulan-bulan berikutnya," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong, berkata tumpuan kumpulan dalam membina keupayaan digital telah membolehkannya untuk terus berada di hadapan dan terus berkhidmat kepada pelanggan dan segmen masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan, terutama semasa penularan pandemik.

"Perkhidmatan baharu ini mengesahkan kekuatan kami sebagai bank digital, di samping peranan sebagai bank tradisional.

"Kami telah dapat mereka bentuk aplikasi gaya hidup sendiri, memperkenalkan penyelesaian pembiayaan digital di Malaysia merentasi segmen runcit dan bukan runcit untuk produk seperti pinjaman perumahan, pembiayaan peribadi dan PKS, selain membenarkan proses KYC (kenali pelanggan anda) dijalankan secara digital di Singapura, Indonesia dan Filipina," katanya.

Chong berkata, pengeluaran ATM tanpa sentuh bukan sahaja akan meningkatkan keselesaan kepada pelanggan malah memastikan mereka dapat menikmati rangkaian penyelesaian digital yang komprehensif melalui satu aplikasi iaitu MAE.

"Untuk membuat pengeluaran tunai, pengguna hanya perlu mengimbas kod respons pantas (QR) pada skrin ATM Maybank terpilih menggunakan aplikasi MAE, masukkan jumlah, berikan PIN atau pengesahan biometrik dalam aplikasi dan terima wang tunai daripada ATM.

"Pengenalan perkhidmatan pengeluaran tanpa sentuh juga didorong oleh usaha bank untuk memastikan keselamatan pelanggan, memandangkan pelanggan tidak perlu menyentuh sebarang permukaan luaran secara fizikal, kecuali semasa menerima wang tunai yang dikeluarkan daripada ATM," katanya.

Mana-mana pemegang kad ATM Maybank boleh memuat turun aplikasi MAE dan mendaftar untuk perkhidmatan baharu ini.

Had pengeluaran tunai yang boleh ditetapkan oleh pelanggan melalui aplikasi MAE adalah had bersama dengan had kad ATM fizikal.

Panduan langkah demi langkah mengenai perkhidmatan pengeluaran tunai ATM tanpa sentuh Maybank boleh dilihat pada pautan https://youtu.be/lymZomz2duo.


Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online

by

 

Jika Kad Debit Maybank anda yang sedia ada rosak atau telah tamat tarikh luput, anda hendaklah membuat permohonan penggantian kad debit baru untuk memudahkan urusanbank anda. Selain pergi kaunter, anda juga boleh memohon pertukaran secara dalam talian. Kad itu akan dihantar ke alamat rumah atau pejabat anda.

Cara Menukar Kad Debit Maybank Secara Online:

  1. Layari pautan Maybank2U: www.maybank2u.com.my
  2. Log Masuk akaun anda.
  3. Klik pada Card Management
  4. Klik pada ATM/DEBIT CARD. 
  5. Pilih Kad Debit yang betul dan klik Replace Card 
  6. Isikan maklumat yang diperlukan pada borang Card Replacement. Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran.
  7. Klik setuju pada Terma & Syarat.
  8. Klik Request TAC dan masukkan nombor TAC tersebut.
  9. Seterusnya ikut arahan selanjutnya sehingga selesai.
  10. Kad Debit baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja.

Bayaran pertukaran kad adalah RM12.00 bagi setiap permohonan. Bayaran akan ditolak secara dari Akaun Semasa atau Simpanan and.

 

 

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan – Maybank

by


Bagaimana untuk membuka akaun semasa perniagaan di Maybank:

1. Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan detail yang disertakan.

2. Buat cop perniagaan (rubber stamp). Pada cop ada nama perniagaan dan alamat. Letak no. telefon juga jika mahu. Saya kurang pasti sama ada alamat wajib atau tidak diletak pada rubber stamp tersebut. Rubber stamp perlu dibawa semasa pendaftaran dan semasa mengisi borang (ada ruangan yang perlu dicop).

3. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank (digalakkan cawangan Islamik). Minta mereka borang permohonan akaun semasa perniagaan. Borangnya ringkas sahaja.

4. Lengkapkan borang tersebut dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. Cari sesiapa yang boleh jadi introducer sama ada rakan-rakan usahawan, adik beradik dan yang kita kenali. Atau, boleh juga rakan kongsi sendiri atau diri kita sendiri (jika ada akaun semasa peribadi). Whatsapp 013 979 0000 (Adha) jika perlukan bantuan untuk mendapatkan introducer.

Kedua, perlu ada deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

5. Jumpa pegawai yang bertugas. Mereka akan uruskan permohonan anda. Sebarang pertanyaan dan perbincangan akan dilakukan pada masa itu.

6. Mereka akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda di SSM. Pihak bank akan hubungi anda untuk memaklumkan status permohonan. Jika tiada masalah, anda perlu datang ke bank untuk selesaikan proses membuka akaun.

7. Semasa hadir ke bank untuk buka akaun, bawa cop perniagaan.

8. Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.

9. Urusan selesai.

10. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90