Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ktcc

Menara MBKT dan Jambatan Angkat Komponen Penting KTCC

Imej
Pembinaan Menara MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) (kiri) dan Jambatan Angkat (Drawbridge) (kanan). Dua komponen penting di Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Menara MBKT akan mempunyai menara berkembar iaitu Menara Yayasan (akan dibina selepas Menara MBKT siap). Jambatan Drawbridge yang menghubungkan Muara Selatan (KTCC) dan Muara Utara (Seberang Takir / Kuala Nerus) akan mempunyai Menara Tinjau dan Restoran di dua menara jambatan tersebut untuk tujuan pelancongan. Foto : Hillman Iqbal Group Pembangunan Negeri Terengganu

Muara Sungai Terengganu

Imej
Pemandangan dari atas muara Sungai Terengganu. Muara Selatan (kiri) sebelah Pusat Bandar Kuala Terengganu dan Muara Utara (kanan) sebelah Seberang Takir adalah kawasan baru yang ditambak dan akan dibina Jambatan Kedua (Drawbridge). Mungkin mengambil masa untuk siap (saya jangka 5-10 tahun untuk siap sepenuhnya) kawasan ini akan dikenali sebagai Kuala Terengganu City Centre (KTCC). Foto oleh Impact Media Lab Kredit untuk Saudara Fuardo Ariff