Waspada inflasi teras tinggi daripada biasa - BNM
Malaysia harus berhati-hati terhadap inflasi memandangkan inflasi teras masih tinggi malah lebih tinggi daripada biasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. Inflasi yang tinggi boleh menyukarkan kehidupan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah serta ia boleh menjejaskan ekonomi, katanya. "Inflasi yang tinggi menjejaskan kuasa beli bermakna apa yang anda boleh beli dengan RM100 sekarang, nilainya mungkin akan lebih rendah pada masa depan," katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif pertamanya dengan media sejak dilantik sebagai Gabenor BNM pada 1 Julai, 2023. Inflasi teras mengukur perubahan dalam harga semua barangan dan perkhidmatan, tidak termasuk barangan makanan segar serta harga barangan serta tenaga yang dikawal kerajaan. Abdul Rasheed memberitahu bahawa inflasi yang tinggi turut menggunakan dana dalam simpanan. "Selain itu, kenaikan harga yang tidak terkawal menyukarkan perniagaan untuk merancang dan melabur. Ini me