Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label keropok lekor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keropok lekor. Papar semua catatan

Keropok Lekor Losong Kak Yah

by

 


Kecoh pasal nama Keropok Lekor Losong. Nak Keropok Losong original dari Losong?
Datanglah ke kedai dua pupu saya, Kak Yah Keropok Lekor Losong di Losong Haji Su, Jalan Kuala Hiliran, Kuala Terengganu. Kedai yang pertama (sebelah kiri) jika anda dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (Pulau Kambing) dan kedai yang terakhir jika anda dari Muzium Losong.
Saya menyaksikan sejak lebih 20 tahun kegigihan Kak Yah mula-mula berniaga keropok sehingga sekarang beliau berjaya membina empayar KY FOOD INDUSTRIES SDN BHD dengan memasarkan keropok lekor sejuk beku dan keropok keping ke seluruh Malaysia.
Anda boleh duduk dan makan keropok di sini kerana kedai ini menyediakan tempat makan yang luas. Ada keropok lekor panjang, keropok bulat dan keropok goreng.
LOSONG. Home of Keropok Lekor.


Kak Yah Keropok Lekor Losong

by

Ada sesetengah orang kata Keropok Lekor Losong sudah kurang sedap. Bagi saya, keropok Losong ada identiti dan keistimewaan yang tersendiri. Tetap sedap seperti dahulu. Kalau anda datang ke Kuala Terengganu, saya cadangkan ke Keropok Lekor Kak Yah di Losong. Beliau dua pupu saya. Lokasi, kedai pertama sebelah kiri di Losong Haji Su kalau dari Pusat Bandar.

Kak Yah ini sudah banyak kali masuk tv kerana boleh dikatakan beliau seorang usahawan wanita yang berjaya. Dari sebuah kedai kecil, beliau kini sudah berjaya memiliki sebuah kedai yang besar di samping membekalkan keropok ke seluruh Malaysia. Jika anda ke sini, anda boleh menikmati keropok di meja yang disediakan di samping memesan minuman kegemaran.

Selamat Datang ke Terengganu. Syurga keropok lekor!


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90