Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label kedai makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedai makan. Papar semua catatan

Cara Untuk Kesan Pelaris Kedai Makan

by


 Artikel ini diperolehi dari Group Facebook

Pelaris
Nak elak daripada termakan di kedai makan yang ada ilmu pelaris?
Sebelum minum air, kacau air melawan putaran jam atau seperti tawaf di Makkah sambil selawat nabi sebanyak 3 kali. Kemudian angkat sudu atau straw, ketuk 3 kali pada mulut cawan atau gelas sambil niat...
"jika ada yang tak baik di kedai ini, terdetiklah hati untuk aku meninggalkan nya dengan berkat kata Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..."
Ketuk tu jangan lah macam nak gaduh pulak, manja-manja jer... Jika kalian perasan, mesti kalian pernah tengok orang dulu-dulu ketuk mulut cawan/gelas sesudah mengacau air. Jika seperti biasa, itu hanya ikutan tapi jika melawan putaran jam bermakna orang itu tahu cara yang saya ajarkan ini...
In Sha Allah akan sampai ke naluri kita memberi amaran... Segeralah tinggalkan kedai tersebut... Tapi jika terbuka hijab sebentar, jangan cuak, jangan ganggu pelanggan lain... Istighfar dan terus beredar... Cuba lah...😊
Repost
Alhamdulillah ramai dah cuba dan ramai juga yang 'nampak' dengan mata sendiri apa akan terjadi setelah melakukan amalan kacau air melawan jam sambil berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dengan niat dijauhkan daripada tipu daya jin pelaris.
Jangan bimbang, ini bukan mentera atau jampi serapah yer... Hanya amalan biasa sahaja. Amalan untuk orang yang tidak dapat melihat dengan mata kasar jin pelaris maka amalan ini dapat membantu mereka mengetahui adakah kedai tersebut ada pelaris ataupun tidak.
Bagaimana saya perolehi nya...?
Ceritanya begini... Petang tu saya bersama beberapa orang kawan ingin makan tengahari di sebuah kedai makan. Sementara menunggu makanan tiba, memang menjadi tabiat saya 'meninjau' di sekitar kedai sekiranya ada perasaan pelik tiba-tiba muncul.
Kedai biasa yang saya pergi kebetulan ditutup pada hari tersebut jadi saya terpaksa mencari kedai lain untuk makan tengahari. Kedai pilihan kawan saya ni agak suram dan lauknya tidak banyak. Lauk biasa-biasa sahaja, seingat saya lauk pada hari tersebut adalah masak kicap ikan, sayur tauge goreng kicap, ayam goreng, masak lemak putih kobis dan sambal belacan. Tetapi orang yang datang makan sangat ramai sehingga ada yang sanggup menunggu meja kosong.
Sedang mata saya melilau mencari punca kenapa hati saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan tempat itu, tiba-tiba saya terpandang seorang tua memakai serban putih sedang memandang saya sambil tangannya mengacau air. Saya perasan tangannya ligat mengacau air tersebut melawan arah jam sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mentera.
"Nak pukau aku lah tu. Padan lah hati aku rasa tak selesa..." Bisik hati saya sambil melawan renungan mata orang tua itu.
Tiba-tiba datang pelayan bersama air di dulang. Ketika saya ingin membantu pelayan tersebut agihkan air kepada kawan-kawan, mata saya terpandang di bawah meja hadapan kedai. Meja itu diletak di tengah-tengah pintu masuk kedai seolah-olah meja sambut tetamu. Bawah meja tersebut ada makhluk yang menyerupai seorang perempuan yang tidak berbaju dan berbulu lebat satu badan. Tangannya yang panjang itu akan menyentuh kaki setiap pelanggan yang melangkah masuk ke kedai tersebut. Ada yang kena dan ada yang tidak sempat di sentuh. Mungkin tadi saya masuk bersama kawan-kawan, disebabkan itulah kemungkinan besar makhluk itu tidak sempat menyentuh kaki saya.
Saya bingkas bangun minta izin untuk keluar dahulu kerana ada urusan. Sebaik sahaja saya bangun, lelaki tua itu turut bangun dan mengikut saya.
"Kamu nampak, pakcik tak nampak tapi pakcik tahu benda tu ada bawah meja tu. Sebab itu kamu pandang tidak berkedip bawah meja itu. Betul tak?"
Orang tua itulah yang mengajar saya amalan yang saya ajarkan kepada kalian semua. Menurutnya, sebelum dia melangkah masuk ke kedai tersebut, kakinya terasa seperti di cakar dan terasa perit. Hatinya jadi tidak menentu. Sebaik sahaja dia mengetuk cawan di meja, ada bau hamis bangkai menusuk hidung sedangkan di depannya hanyalah nasi kosong berlauk kicap... Jadi dia juga seperti saya. Membayar tanpa memakan hidangan. Maka berlapar lah saya sampai ke petang sebab time rehat sudah habis...😌

U-Turn Chicken Chop Murah dan Sedap

by

Walaupun selalu u-turn di depan ni dan berdekatan dengan rumah kami tapi baru hari ini berkesempatan merasa kesedapan dan kemurahan chicken chop di U-turn Chicken Chop Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu. Apabila saya pergi ke satu-satu kedai, saya akan menilai perkara berikut:
1. Layanan - cepat ambil order dan cepat siap - kedai ini terbaik.
2. Kebersihan - kedai ini bersih
3. Sedap - makanan di sini sedap jettak kata orang Trg
4. Harga - setiap menu ada pelbagai harga, murah dan berpatutan. Chicken chop serendah RM4.00!
Syabas anak muda. Tauke dan anak buah semuanya anak muda. 5 bintang!


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90