Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kedai makan

Cara Untuk Kesan Pelaris Kedai Makan

Imej
 Artikel ini diperolehi dari Group Facebook Pelaris Nak elak daripada termakan di kedai makan yang ada ilmu pelaris? Sebelum minum air, kacau air melawan putaran jam atau seperti tawaf di Makkah sambil selawat nabi sebanyak 3 kali. Kemudian angkat sudu atau straw, ketuk 3 kali pada mulut cawan atau gelas sambil niat... "jika ada yang tak baik di kedai ini, terdetiklah hati untuk aku meninggalkan nya dengan berkat kata Lailahaillallah Muhammad Rasulullah..." Ketuk tu jangan lah macam nak gaduh pulak, manja-manja jer... Jika kalian perasan, mesti kalian pernah tengok orang dulu-dulu ketuk mulut cawan/gelas sesudah mengacau air. Jika seperti biasa, itu hanya ikutan tapi jika melawan putaran jam bermakna orang itu tahu cara yang saya ajarkan ini... In Sha Allah akan sampai ke naluri kita memberi amaran... Segeralah tinggalkan kedai tersebut... Tapi jika terbuka hijab sebentar, jangan cuak, jangan ganggu pelanggan lain... Istighfar dan terus beredar... Cuba lah... Repost Alhamdu

U-Turn Chicken Chop Murah dan Sedap

Imej
Walaupun selalu u-turn di depan ni dan berdekatan dengan rumah kami tapi baru hari ini berkesempatan merasa kesedapan dan kemurahan chicken chop di U-turn Chicken Chop Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu. Apabila saya pergi ke satu-satu kedai, saya akan menilai perkara berikut: 1. Layanan - cepat ambil order dan cepat siap - kedai ini terbaik. 2. Kebersihan - kedai ini bersih 3. Sedap - makanan di sini sedap jettak kata orang Trg 4. Harga - setiap menu ada pelbagai harga, murah dan berpatutan. Chicken chop serendah RM4.00! Syabas anak muda. Tauke dan anak buah semuanya anak muda. 5 bintang!