Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label kapal terbang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kapal terbang. Papar semua catatan

Pesawat Beechcraft

by

 


Beechcraft Premier I adalah pesawat ringan enam tempat duduk - kelas perniagaan yang dikeluarkan oleh Beechcraft Hawker Beechcraft. Pesawat itu direka untuk bersaing dengan siri pesawat Cessna CitationJet.

Reka bentuk Premier I bermula pada awal tahun 1994 dengan gelaran PD-374 (PD untuk Reka Bentuk Awal). Pembinaan pesawat itu diluluskan untuk diteruskan pada awal tahun 1995. Pesawat itu kemudian dilancarkan secara rasmi pada Konvensyen Persatuan Penerbangan Perniagaan Kebangsaan tahunan pada September 1995 dan pembinaan prototaip pertama bermula pada lewat tahun 1996. Pada pertengahan 1990-an, jet ringan itu dijual pada harga AS$5 juta.

Prototaip Premier I dilancarkan pada 19 Ogos 1998 dan penerbangan pertamanya adalah pada 22 Disember 1998; empat prototaip digunakan dalam program ujian penerbangan. Sijil Jenis FAA dikeluarkan pada 23 Mac 2001.

Selepas kelewatan dalam pembinaan, pesawat itu mula beroperasi pada 2001. Namun dengan prestasi landasan yang lemah, selain brek yang tidak menentu, kabin yang bising dan kokpit tidak berkualiti, ia kemudian dinaik taraf sebagai Premier IA pada 2006 dengan harga AS$7 juta dengan brek, avionik dan kabin yang lebih baik.

Sebanyak 163 pesawat dibina dalam tempoh lima tahun dan disahkan pada 22 September 2005.

Pada 2018, pesawat terpakai dari tahun 2003 hingga 2011 berharga AS$1.28 hingga 2.4 juta.

Pesawat malang dikendalikan Jet Valet Sdn Bhd

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) setakat ini akan menunggu siasatan menyeluruh dilakukan terhadap nahas sebelum putuskan tindakan terhadap pengendali pesawat.

Jet Valet menerusi kenyataan semalam memaklumkan syarikat akan memberi sepenuh komitmen dan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan berhubung insiden terbabit.

Semakan di laman web syarikat itu menunjukkan, Jet Valet mengendalikan satu unit pesawat Beechcraft Premier I, satu unit Hawker Beechcraft (9 tempat duduk) dan seunit Gulfstream G4 (jarak jauh - 12 tempat duduk).

Beechcraft dengan kelajuan 840km sejam

Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina di Shah Alam, Selangor mempunyai kelajuan maksimum hingga 840 kilometer sejam (km/j).

Menurut maklumat di laman sesawang Jet Valet Sdn Bhd, pesawat itu direka untuk membawa enam penumpang dan satu krew penerbangan pada satu-satu masa dengan jarak penerbangan maksimum sekitar 2,500km.

"Kabin berukuran 4.11 meter panjang dan lebar 1.69 meter serta tinggi 1.68 meter, menjadikan keluasan keseluruhan kabin ialah 8.9 meter padu. Saiz ruang kabin pesawat itu selesa untuk enam penumpang," menurut laman sesawang itu.

Selain itu, laman sesawang Global Air turut memaparkan pesawat ringan enjin berkembar yang dibuat oleh pengeluar Amerika Syarikat, Hawker Beechcraft Corporation itu boleh mencapai altitud maksimum sehingga 41,000 kaki dengan berat pendaratan maksimum 11,600 pound atau 5,262 kilogram.

Menurut CAAM, pesawat yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd membawa enam penumpang serta dua kru penerbangan, dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) semalam adalah kelima membabitkan pesawat jenis itu dalam tempoh 46 tahun.

Kali terakhir ia direkodkan terjadi di KM47.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, di Sedenak, dekat Kulai, Johor, membabitkan pesawat Beechcraft Bonanza F35 apabila ia mendarat cemas di laluan kecemasan selepas kerosakan enjin, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber : Berita Harian

Rahsia Untuk Kurangkan Rasa Takut Naik Kapal Terbang

by


Juruterbang sentiasa jalani latihan berulang

Juruterbang dikehendaki menjalani 'latihan semula' setiap enam bulan. Mereka tidak hanya bergantung kepada kelulusan atas kertas sahaja. Mereka melalui penilaian bakat dan sikap, ujian psikologi dan kecekapan dan ujian situasi kecemasan dalam simulator. Anda boleh yakin bahawa juruterbang tahu serba-serbi mengenai pesawat kendalian mereka.

Kalau gementar, pilih terbang waktu pagi

Pemanasan pada tanah pada waktu siang akan menyebabkan pesawat terhentak-hentak di udara dan lebih banyak kemungkinan ribut petir berlaku pada waktu petang, menurut seorang juruterbang dari Los Angeles. Terbang pada waktu pagi membantu jika anda mencari kadar hentakan yang lebih rendah, kurang kelewatan dan lapangan terbang yang kurang padat.

Duduk dekat sayap jika mahu selesa

Semua orang tahu bahawa tempat duduk paling banyak hentakan biasanya di bahagian belakang. Pesawat seperti jongkang jongkit, menurut seorang juruterbang dari Seattle.

"Jika anda berada di tengah-tengah, anda tidak akan berasa hentakan atau pergerakan ketara."

Ini adalah cara yang boleh digunakan jika anda mahu tidur sepanjang penerbangan.

Juruterbang tak bimbangkan 'turbulance'

Gelora udara (turbulance) tidak berbahaya walau ia tidak menyenangkan. Pesawat tidak akan terhempas kerana pergolakan udara. Ia sebenarnya harus dijangka kerana ia adalah sebahagian daripada penerbangan. Faktor-faktor yang berbeza boleh menyebabkan pergolakan.

Memandu lebih bahaya

Hampir 1.3 juta orang mati dalam kemalangan jalan raya setiap tahun di seluruh dunia, purata 3,287 kematian sehari, menurut Persatuan untuk Perjalanan Selamat Jalan Raya Antarabangsa (ASIRT).

Di AS sahaja, jumlah kemalangan tahunan ialah 37,000.

Sebagai perbandingan, pada tahun 2016, terdapat 19 kemalangan maut pada tahun ini, menyebabkan 325 kematian, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan.

Pakai kasut sesuai

Fikir saja mengenainya. Apakah pakaian terbaik jika penerbangan terpaksa dipindahkan? Ramai yang memakai kasut sarung untuk keselesaan, mudah dibuka dan dipakai semula.

Bagaimanapun, mereka akan jatuh jika terpaksa berlari atau keluar dengan cepat.

Pesawat mendarat 'kasar' dengan sengaja

Jangan takut jika kapal terbang mendarat dengan 'kasar' kerana ia dibina untuk mengatasi tekanan yang melampau berbanding pendaratan biasa. Kadang-kadang pendaratan seperti itu disengajakan. Sebagai contoh, anda mungkin berdepan pendaratan 'kasar' ini jika hujan dan terdapat air landasan. Ini perlu untuk mengelakkan pesawat tergelincir atau gelongsor.

Cuaca sentiasa dipantau

Juruterbang sentiasa memeriksa cuaca sepanjang laluan sehinggalah ke destinasi akhir. Pelan alternatif dibuat sekiranya cuaca tidak begitu baik. Mereka juga berhubung dengan ATC (Kawalan Trafik Udara) yang boleh memberi arahan kepada pesawat jika perlu.

Pesawat tak akan berlanggar

Beribu-ribu pesawat berada di udara setiap saat. Anda boleh berterima kasih kepada Kawalan Trafik Udara kerana mengelakkan kemungkinan perlanggaran. Kapten akan buat permintaan landasan yang mereka mahu, satu set koordinat digunakan untuk menjejaki progres, melaporkan lokasi mereka melalui radio.

Tak boleh buka pintu semasa penerbangan

Jangan bimbang, ia tidak akan berlaku. Pintu pesawat komersial dikunci rapat bagi mengatasi tekanan kuat. Seorang penumpang memerlukan sebuah bicu hidraulik untuk membukanya. 

Sumber maklumat : The Active Times

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90