Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kad debit

Perbaharui Kad Debit Maybank Melalui Maybank2u

Imej
  Saya puji cara Maybank. Kad Debit Maybank saya expired bulan ini. 10 Jun hari tu saya request replace new card dalam Maybank2u. Hari ini dah terima kad baharu. Activate kad baharu ni juga dalam Maybank2u. Tak perlu beratur di cawangan bank. Kos pertukaran PERCUMA! Kalau bank lain masih perlu pergi cawangan.

Ganti Kad Debit Maybank Expired

Imej
Kad Debit Maybank anda sudah expired? Jangan risau, anda boleh memperbaharui kad debit and asecara online tanpa pergi ke cawangan Maybank. Kad akan dihantar ke rumah anda. Caranya: 1. Log in Maybank2u : https://www.maybank2u.com.my/ 2. Pergi kat 'Setting' 3. Pilih 'Card' 4. Pilih 'Debit Cards - Replace, Activate & Block' 5. Tekan '...' ( titik 3) di sebelah kanan dalam kotak 6. Pilih Replace Card 7. Isi alamat penuh anda penghantaran kad. Klik 'T&C' untuk setuju, lepas itu tekan Replace Card 8. Tekan 'request SMS TAC' 9. Masukkan nombor TAC dan klik 'CONFIRM' Kad gantian akan dipos dalam masa 3 hari bekerja.

Cara Tukar Kad Debit Maybank Secara Online

Imej
  Jika Kad Debit Maybank anda yang sedia ada rosak atau telah tamat tarikh luput, anda hendaklah membuat permohonan penggantian kad debit baru untuk memudahkan urusanbank anda. Selain pergi kaunter, anda juga boleh memohon pertukaran secara dalam talian. Kad itu akan dihantar ke alamat rumah atau pejabat anda. Cara Menukar Kad Debit Maybank Secara Online : Layari pautan Maybank2U: www.maybank2u.com.my Log Masuk akaun anda. Klik pada Card Management Klik pada ATM/DEBIT CARD.  Pilih Kad Debit yang betul dan klik Replace Card  Isikan maklumat yang diperlukan pada borang Card Replacement. Pastikan alamat penghantaran betul untuk proses penghantaran. Klik setuju pada Terma & Syarat. Klik Request TAC dan masukkan nombor TAC tersebut. Seterusnya ikut arahan selanjutnya sehingga selesai. Kad Debit baru anda akan dihantar dalam masa 14 hari bekerja. Bayaran pertukaran kad adalah RM12.00 bagi setiap permohonan. Bayaran akan ditolak secara dari Akaun Semasa atau Simpanan and.    

Kiosk Kad Debit Maybank

Imej
Maybank telah memperkenalkan mesin kiosk debit untuk tukar kad debit baru. Beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Sila bawa Mykad dan Kad Debit Cherry atau Kad ATM kuning hitam lama untuk pertukaran. 1. KL Main Branch @ Menara Maybank 2. TTDI Branch @ Jalan Tun Mohd Fuad 3. USJ Subang Jaya Branch 4. Suria KLCC (Level Concourse) 5. Jalan Gombak Branch 6. The Reef, Rawang Branch 7. Klang Branch 8. Bandar Baru Ampang Branch 9. Pandan Indah Branch 10. Jalan Kelang Lama Branch 11. Puchong Jaya Branch 12. Bandar Baru Bangi Branch 13. Kajang Branch 14. Seremban Main Branch 15. Port Dickson Branch 16. Nilai Branch 17. Muar Branch 18. Melaka Main Branch 19. Taiping Branch 20. Alor Setar Main Branch 21. Penang Main Branch 22. Kangar Branch 23. Kuala Terengganu Main Branch 24. Bukit Ubi, Kuantan Branch 25. Kota Bharu Main Branch 26. Batu Pahat Branch @ Jalan Rahmat 27. Johor Bahru Main Branch 28. Mid Valley (Near Forex) 29. KL Sentral Branch 30. AEON

Bank Islam lancar Kad Debit-i Bolasepak Pahang FA

Imej
Bank Islam Malaysia Bhd dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Pahang (PFA) dan Visa melancarkan Kad Debit-i Pahang FA, khusus untuk penyokong setia pasukan Tok Gajah. Sebahagian daripada fi tahunan kad akan disalurkan kepada persatuan itu.  Pemegang kad itu di Pahang akan menikmati manfaat kad sebagai kad ATM dan kad Debit dengan fungsi payWave tanpa sentuh. Katanya, pemegang kad juga boleh membuat pengeluaran tunai tanpa caj tambahan melalui perkhidmatan 'pengeluaran tunai' Bank Islam di 70 stesen minyak Petronas di sekitar Pahang.  Kad Debit-i Bank Islam Visa Pahang FA boleh didapati di semua cawangan Bank Islam di Pahang dan cawangan terpilih di Lembah Klang. Bank Islam turut melancarkan Kempen Bank Islam Visa Debit Pahang FA "Ale Ale Tok Gajah". Dengan perbelanjaan minimum RM50, pemegang kad layak secara automatik untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM15,500. Kempen bermula 26 September hingga 31 Disember 2016

Caj Tahunan Kad Debit CIMB Bank

Imej
Walaupun caj tahunan Kad Debit CIMB Bank / CIMB Islamic Bank RM15.00 setahun, takde pulak orang komplen. Mungkin ramai yang tidak perasan. Dulu masa Maybank caj 50 sen selepas pengeluaran keempat, ramai yang bising. Kebanyakan bank lain termasuk Maybank hanya mengenakan caj RM8.00 setahun untuk Kad Debit / ATM. Paling mahal, Kad Debit Affin Bank / Affin Islamic Bank, RM20.00 setahun. Harap pihak CIMB Bank selaraskan caj tahunan hanya RM8.00 sahaja kerana fungsinya sama sahaja dengan bank lain.

Tempoh Tukar Kad Debit Versi Baru Sebelum 1 Julai 2017

Imej
Selesai tukar kad debit CIMB Islamic Bank dan RHB Islamic Bank kepada kad versi baru yang ada logo MyDebit. Mulai Julai 2017, kad debit dan kad kredit akan bertukar ke sistem baru dan hanya kad versi baru menggunakan sistem PIN sepenuhnya boleh digunakan. Pembayaran menggunakan tandatangan tidak lagi dibenarkan. Kad debit semua bank boleh ditukar mulai sekarang secara percuma di cawangan bank masing-masing. Belum sempat ke Maybank sebab orang ramai sangat.