Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel isu semasa

Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Luar Bandar

Imej
Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan untuk menghapus persepsi negatif mengenai keadaan luar bandar yang lazimnya dilabel sebagai mundur, dibelenggu pengangguran dan kemiskinan serta tiada peluang pekerjaan. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berkata dalam hal ini negara perlu mencontohi bagaimana negara-negara maju yang berjaya mengubah imej kawasan luar bandar. Sebagai contoh, di Jepun, kawasan luar bandar bukan hanya menjadi destinasi pelancongan, malahan menjadi pilihan petempatan bagi golongan elit dan penduduk berpendapatan tinggi. Kawasan luar bandar yang berimej mundur, tidak maju dan tidak mempunyai nilai kekayaan, ditukar menjadi tempat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa, disertai dengan peluang dalam bidang ekonomi dan industri. Justeru itu, kerajaan memikul tanggungjawab besar untuk memastikan masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat luar bandar di negara maju dari aspek kesihatan, pendidikan, sikap dan cara hidup. MEMBANTER