Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ijn

Kuat merokok punca serangan jantung

Imej
  Tabiat me­rokok menjadi punca utama pe­nyakit jantung dalam kalangan kaum lelaki di negara ini sehingga membawa kepada kematian pada usia muda seawal 30 tahun. Felo Klinikal Kardiologi & Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran berkata, ramai rakyat negara ni menyedari tabiat itu memberi kesan buruk atau mudarat terhadap kaum lelaki. Tabiat merokok mampu memberi kesan kepada saluran darah. Jika keadaan itu berlanjutan, ia akan menyebabkan saluran darah tertutup sehingga berlaku keradangan akibat nikotin. Keadaan itu seterusnya menyebabkan berlaku serangan jantung. Menurut beliau, selain merokok, penyakit darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi disebabkan pemakanan dan genetik turut menyumbang kepada serangan jantung. Jelas Dr. Iskandar, bagi kes kematian mengejut ketika bersukan pula, kebanyakannya adalah disebabkan rentak jantung yang tidak normal. “Ada banyak faktor menyebabkan rentak jantung menjadi tidak normal antaranya seseorang itu m

Transposition of Great Arteries (TGA)

Imej
  Dalam setiap 50,000 kelahiran, ada beberapa orang bayi yang dilahirkan dengan masalah TGA seperti Umar. Transposition of Great Arteries (TGA) atau Salur Arteri Terbalik adalah masalah jantung jenis biru (cyanotic heart defects) di mana pesakit kelihatan kebiruan semasa dilahirkan. Pembuluh darah aorta (salur darah berwarna merah) dan pulmonari arteri (salur darah berwarna biru) bertukar tempat (terbalik) dan keluar dari ventrikal secara salah. Ini menyebabkan pengaliran darah yang terbalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru tetapi kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan. Bayi yang dilahirkan dengan masalah TGA perlu menjalani pembedahan segera (dalam kes Umar, pembedahan pada usia 22 hari). Jika tidak, kemungkinan bayi tersebut tidak dapat bernafas secara normal dan akan menyebabkan kematian. Berbeza dengan bayi pesakit jantung berlubang di mana lubang tersebut boleh tertutup sendiri tanpa perlu pembedahan. Di Malaysia, Institut Jantun

Ulangtahun Ke-2 Umar Pesakit Jantung TGA

Imej
Umar. 2 tahun. Waktu dilahirkan jam 4.42 petang 6 November 2013, seluruh badannya biru (gelap). Dia agak lambat menangis. Dikejarkan ke Unit ICU Pediatrik tanpa diletakkan di atas badan ibunya. Ibunya tak sempat pun melihat wajah Umar. Baru saya tahu itu prosedur apabila bayi disyaki ada masalah. Berbeza dengan adiknya Uwais yang diletakkan di atas badan ibu sejurus selepas lahir. Selepas itu bap a boleh azan bayi. Ketika troli katil ditolak ke wad, bayi diletak di celah kaki ibu. Itu tanda bayi itu sihat. Saya hanya boleh azan Umar tiga jam kemudian selepas dia dibersihkan, disambung dengan oksigen dan pelbagai wayar di seluruh badan dan diletakkan di dalam bekas khas. Selepas dua doktor pakar Hospital Kuala Terengganu memeriksa Umar, mereka cuba menghubungi HUSM Kubang Kerian namun mereka menolak dengan alasan doktor pakar sedang bercuti. Mujurlah pihak Institut Jantung Negara (IJN) memberi lampu hijau untu k menerima Umar. Hospital Kuala Terengganu tiada kemudahan untuk pe