Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ibft

Pindahan Wang Antara Bank IBFT dan IBG

Imej
Grafik :  http://www.misterleaf.com/ Masih ramai yang tidak tahu bahawa Pindahan Wang Antara Bank secara online ada dua jenis. Pertama, IBFT - Interbank Fast Transfer iaitu Pindahan Wang Antara Bank Segera . Yang ini dia akan transfer terus pada masa itu juga. Pindahan ini caj dia 50 sen + 3 sen GST. Yang kedua jenis biasa, IBG - Interbank Giro iaitu Pindahan Wang Antara Bank Giro . Caj dia hanya 10 sen + 1 sen GST. Wang hanya akan masuk ke akaun penerima mengikut jadual berikut. Bagi hari bekerja dari Isnin - Jumaat: - Transfer sebelum jam 5.00 pagi, wang akan masuk jam 11.00 pagi. - Transfer antara jam 5.01 - 8.00 pagi, wang akan masuk jam 2.00 petang. - Transfer antara jam 8.01 - 11.00 pagi, wang akan masuk jam 5.00 petang. - Transfer antara jam 11.01 pagi - 2.00 petang, wang akan masuk jam 8.20 malam. - Transfer antara jam 2.01 - 5.00 petang, wang akan masuk jam 11.00 malam - Transfer selepas jam 5.00 petang, wang akan masuk jam 11.00 pagi hari bekerja berikutnya.