Hotlink Postpaid Flex
Maxis Bhd. (Maxis) memperkenalkan Hotlink Postpaid Flex, pelan pascabayar yang menggabungkan ciri-ciri prabayar dan pascabayar dalam satu pelan. Produk pertama seumpamanya dalam pasaran itu diperkenalkan sejajar dengan trend semasa yang menyaksikan lebih ramai pelanggan kini bertukar kepada produk pascabayar. Pada masa ini, ramai pengguna bertukar kepada produk pascabayar kerana lebih banyak pelan ditawarkan pada harga berpatutan, lebih memudahkan serta pengalaman internet yang dipertingkat. Hotlink Postpaid Flex adalah bertepatan pada masanya, sesuai dengan perubahan trend pasaran, sekali gus dapat mengukuhkan jenama Hotlink dan Maxis sebagai antara pemain utama dalam industri ini. Hotlink Postpaid Flex memberi pelanggan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti untuk mencipta dan menaiktaraf sendiri pelan internet masing-masing berdasarkan apa yang mereka mahu. Ini termasuk pelbagai aplikasi dengan penggunaan tanpa had, selain pilihan untuk pelanggan menikmat