Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label honda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label honda. Papar semua catatan

Honda CR-V versi baharu

by

 

Honda Malaysia menerima banyak tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) CR-V Baharu dengan peningkatan 180 peratus selepas sebulan ia diperkenalkan ke dalam pasaran.

CR-V yang turut membawa maksud 'Comfortable Runabout Vehicle' adalah model pemasangan tempatan (CKD) pertama yang diperkenalkan oleh Honda Malaysia pada 2003.

Ia juga model pertama Honda di negara ini yang menerima sistem keselamatan termaju Honda Sensing sebelum dipasang pada model-model lain selepas itu.

Sesuai sebagai kenderaan SUV serba guna ia juga kini dilengkapi Honda LaneWatch, prestasi dinamik dengan pilihan sistem pacuan empat roda (4WD) selain ruang dalaman yang luas serta selesa dengan kapasiti but 522 liter sehingga 1,084 liter sebaik kerusi belakang dijatuhkan.

Model ini tampil dengan gril kemasan hitam serta lampu hadapan signatur Honda dan bampar hadapan dengan gaya sayap baharu 'fascia' krom.

Bahagian belakang tampil dengan krom gelap, lampu belakang 'smoke', bampar dengan ekzos berkembar dan rim aloi 18 inci dwi-tona rekaan terkini.

Selain pintu but dengan kuasa elektrik, CR-V Baharu juga didatangkan dengan Penghidup Enjin Kawalan Jauh membolehkan pemiliknya menghidupkan enjin dan pendingin hawa dari luar tanpa perlu membuka kunci kenderaan.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Perak Metalik Lunar, Merah Mutiara Passion, Steel Metalik Modern, Olive Metalik Gelap dan Putih Mutiara Platinum.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-V ditawarkan dengan tiga varian pada harga RM139,912 (2.0L 2WD), RM157,615 (1.5L TC-P 2WD) dan RM162,910 (1.5 TC-P 4WD) (semua harga atas jalan tanpa insurans dengan pengecualian cukai jualan).

 

 

Pusat Servis Honda Kuala Terengganu berpindah ke lokasi baru

by

Pusat Servis Honda Kuala Terengganu telah berpindah ke lokasi baru di Kawasan Perindustrian Gong Badak (belakang Kilang Percetakan Utusan Melayu). Bangunan baru ini menempatkan Pejabat, Bilik Pameran dan Pusat Servis (3S). Pusat servis lama di Jalan Bukit Kecil telah ditutup dan dipindahkan ke lokasi baru. Untuk temujanji servis sila hubungi no. baru 09-6671996. Bahagian sales, 09-6671796. Waktu operasi : Sabtu - Khamis (9.00 pagi - 6.00 ptg)



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90