Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ekonomi

Kadar inflasi dijangka lebih tinggi pada 2022

Imej
  RAM Ratings menyemak semula unjuran keseluruhan inflasi 2022 kepada 3.0 peratus daripada 2.5 peratus pada awalnya. Dalam satu kenyataan hari ini, agensi penarafan itu berkata semakan itu mengambil kira perubahan terbaharu subsidi dan harga siling bagi barangan makanan harga terkawal utama serta pelepasan kos bahan api dan penjanaan yang tinggi daripada jangkaan kepada pelanggan setakat ini bagi tahun ini. Penarikan subsidi bagi minyak masak dalam botol, serta harga siling yang tinggi bagi barangan makanan seperti ayam dan telur, berkuat kuasa 1 Julai 2022. "Kami menjangkakan langkah ini bagi menaikkan inflasi keseluruhan pada separuh kedua 2022 sebanyak kira-kira 0.3 mata peratusan. Inflasi makanan telah meningkat kepada 5.2 peratus pada Mei 2022, berbanding 3.2 peratus pada Disember 2021. "Memandangkan tekanan harga yang berpanjangan yang dihadapi oleh perniagaan, lebih banyak pelepasan kos bahan api dan penjanaan kepada pengguna tidak dapat dielakkan pada separuh kedua 20

Isi rumah Malaysia terus berbelanja besar meskipun inflasi

Imej
  Berbeza dengan kelaziman yang mana pengguna akan mengurangkan perbelanjaan dalam situasi kenaikan harga barang, namun isi rumah di negara ini dijangka terus berbelanja besar meskipun berdepan inflasi. Langkah itu sekali gus akan menyokong jualan runcit untuk terus kekal kukuh menuju ke hadapan, demikian kata penganalisis. BIMB Securities Research dalam nota penyelidikannya berkata, buat masa ini, pihaknya yakin jualan runcit akan kekal kukuh memandangkan pengguna dijangka terus berbelanja dengan pembukaan semula ekonomi walaupun keutamaan perbelanjaan mungkin bertukar di tengah-tengah jangkaan inflasi tinggi. Ia berkata, kemajuan dalam pasaran pekerjaan serta pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial akan menjadi pendorong kepada peningkatan jualan runcit dalam bulan mendatang. "Peruncit domestik dijangka mendapat sedikit sokongan daripada pembukaan sempadan yang berterusan, melengkapi pemulihan dalam aktiviti domestik," katanya dalam nota penyelidikannya. Jualan perdaga

Ambil pembiayaan ASB ikut kemampuan

Imej
  Orang ramai yang ingin mengambil Pembiayaan ASB dinasihatkan mengambil pinjaman berdasarkan kemampuan, bukannya kelayakan yang dibenarkan pihak bank. Kelayakan pinjaman biasanya dibuat berdasarkan gaji pokok dan komitmen hutang semasa, namun seringkali berlaku walaupun pemohon layak mengambil sejumlah pinjaman, pendapatan bulanan mereka tidak mampu untuk menampung ansuran bulanan untuk jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), Mohammad Hussin, berkata ASNB tidak menghalang atau menggalakkan orang ramai untuk mengambil Pembiayaan ASB kerana ia satu kemudahan yang baik jika dilakukan dengan strategi yang betul. "Namun, perkara pertama yang penting ialah mengambil pembiayaan berdasarkan kemampuan untuk membayar ansuran bulanan menggunakan gaji bulanan dan tidak mengharapkan dividen semata-mata," katanya dalam temu bual, baru-baru ini. Menjelaskan lebih lanjut, Mohammad berkata, untuk meraih manfaa

Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Luar Bandar

Imej
Usaha yang lebih gigih perlu dilakukan untuk menghapus persepsi negatif mengenai keadaan luar bandar yang lazimnya dilabel sebagai mundur, dibelenggu pengangguran dan kemiskinan serta tiada peluang pekerjaan. Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah berkata dalam hal ini negara perlu mencontohi bagaimana negara-negara maju yang berjaya mengubah imej kawasan luar bandar. Sebagai contoh, di Jepun, kawasan luar bandar bukan hanya menjadi destinasi pelancongan, malahan menjadi pilihan petempatan bagi golongan elit dan penduduk berpendapatan tinggi. Kawasan luar bandar yang berimej mundur, tidak maju dan tidak mempunyai nilai kekayaan, ditukar menjadi tempat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa, disertai dengan peluang dalam bidang ekonomi dan industri. Justeru itu, kerajaan memikul tanggungjawab besar untuk memastikan masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat luar bandar di negara maju dari aspek kesihatan, pendidikan, sikap dan cara hidup. MEMBANTER