Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label dapo pata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dapo pata. Papar semua catatan

Kedai makan DAPO PATA kini sunyi tanpa pelanggan

by

 


Kedai atau gerai makanan yang dahulunya dikunjungi ramai pelanggan se­hingga tular di media sosial, namun kini terdapat premis yang semakin suram dan sepi, malah sebahagiannya terpaksa gulung tikar.

Populariti kebanyakan kedai makanan tular tidak bertahan lama ekoran faktor ekonomi yang semakin mencabar dan per­-
sa­i­ngan perniagaan selain keha­diran pelanggan hanya mengikut trend bermusim.

Dapo Pata di Kuala Nerus, Terengganu yang berkonsepkan deretan gerai makanan dalam kon­tena yang pernah tular dan penuh dengan pengunjung pada enam tahun lalu kini semakin ‘sendu’.

Bilangan vendor yang ber­niaga di premis makanan yang terletak di pesisir Pantai Tok Jembal itu yang dahulunya 12 orang, tetapi kini tinggal dua sahaja.

Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Zubir berkata, sewaktu zaman kegemilangannya dari 2017 hingga 2019, Dapo Pata sentiasa dipenuhi pengu­n­jung termasuk warga asing.

“Waktu itu Dapo Pata yang menawarkan pelbagai makanan tradisional dan moden dianggap antara destinasi pelancongan yang wajib disinggahi setiap kali berkunjung ke Terengganu.

“Namun ia mula merosot ekoran situasi ekonomi yang tidak menentu dan kuasa membeli pengguna semakin mengecil menyukarkan Dapo Pata untuk kembali bangkit selepas Co­vid-19,” katanya

Zubir berkata, satu persatu vendor terpaksa menutup ope­rasi kerana kekurangan pelanggan.

Dia juga mengakui ramai juga menyangkakan Dapo Pata sudah terkubur, sedangkan ia masih lagi beroperasi walaupun dengan dua vendor termasuk dirinya.

“Sambutan pengunjung memang merosot teruk, namun saya optimis kami akan bangkit semula pada suatu hari nanti.

“Penganjur Dapo Pata telah merangka pembangunan baharu termasuk penyediaan fasiliti seperti surau, tandas dan galeri seni bagi menghidupkan semula premis makanan ini,” ujarnya.

Info dari Kosmo!


Dapo Pata di Uptown Kontena, Tok Jembal, Terengganu

by

Dapo Pata - Uptown Kontena terletak di pesisir lagun Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Merupakan tarikan terbaru di Terengganu.

Ada banyak kedai makan yang berkonsepkan kontena di tepi pantai. Dibuka setiap hari mulai jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi. Lokasi terbaharu untuk bersama rakan-rakan dan keluarga anda.


Dapo Pata - Uptown Kontena dilancarkan pada 12 Februari 2016, anda dijemput datang mencuba dan menikmati keindahan pantai pada waktu malam.


Foto : Amazing Terengganu




Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90