Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dapo pata

Kedai makan DAPO PATA kini sunyi tanpa pelanggan

Imej
  Kedai atau gerai makanan yang dahulunya dikunjungi ramai pelanggan se­hingga tular di media sosial, namun kini terdapat premis yang semakin suram dan sepi, malah sebahagiannya terpaksa gulung tikar. Populariti kebanyakan kedai makanan tular tidak bertahan lama ekoran faktor ekonomi yang semakin mencabar dan per­- sa­i­ngan perniagaan selain keha­diran pelanggan hanya mengikut trend bermusim. Dapo Pata di Kuala Nerus, Terengganu yang berkonsepkan deretan gerai makanan dalam kon­tena yang pernah tular dan penuh dengan pengunjung pada enam tahun lalu kini semakin ‘sendu’. Bilangan vendor yang ber­niaga di premis makanan yang terletak di pesisir Pantai Tok Jembal itu yang dahulunya 12 orang, tetapi kini tinggal dua sahaja. Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Zubir berkata, sewaktu zaman kegemilangannya dari 2017 hingga 2019, Dapo Pata sentiasa dipenuhi pengu­n­jung termasuk warga asing. “Waktu itu Dapo Pata yang menawarkan pelbagai makanan tradisional dan moden dianggap antara des

Dapo Pata di Uptown Kontena, Tok Jembal, Terengganu

Imej
Dapo Pata - Uptown Kontena terletak di pesisir lagun Pantai Tok Jembal, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Merupakan tarikan terbaru di Terengganu. Ada banyak kedai makan yang berkonsepkan kontena di tepi pantai. Dibuka setiap hari mulai jam 5.00 petang sehingga 2.00 pagi. Lokasi terbaharu untuk bersama rakan-rakan dan keluarga anda. Dapo Pata - Uptown Kontena dilancarkan pada 12 Februari 2016, anda dijemput datang mencuba dan menikmati keindahan pantai pada waktu malam. Foto : Amazing Terengganu