Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label current account. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label current account. Papar semua catatan

BSN GIRO-i Premium Current Account

by

 

BSN GIRO-i Premium Current Account 

  • No minimum balance to be maintained in the account (Zero balance)

  • Convenient ATM and CDM services throughout Malaysia

  • Interbank Fund Transfer (IBFT) services via BSN ATM

  • Deposits, withdrawals or fund transfers can be managed at any BSN Counter or BSN ATM as well as other banks' ATMs with MEPS

  • Convenient SMS Banking

  • No introducer is needed when open-up the account

  • BSN GIRO transactions can be made at any BSN Branch or BSN Branch, BSN ATM and Internet Banking

  • Bill Payment services via BSN ATM and Standing Instruction

  • DuitNow

  • Shopping convenience in over 29 million merchants worldwide

 

FEATURES & REQUIREMENTS

  • Malaysian citizens & Permanent Residents only.
  • Aged 18 and above.
  • Personal and Joint Account are allowed.





  • Individual and Joint Account      Min Initial Saving AmountRM500    Min Saving Amount in AccountRM0.00
  • Visit Bank Simpanan Nasional branch to apply

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan – Maybank

by


Bagaimana untuk membuka akaun semasa perniagaan di Maybank:

1. Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan detail yang disertakan.

2. Buat cop perniagaan (rubber stamp). Pada cop ada nama perniagaan dan alamat. Letak no. telefon juga jika mahu. Saya kurang pasti sama ada alamat wajib atau tidak diletak pada rubber stamp tersebut. Rubber stamp perlu dibawa semasa pendaftaran dan semasa mengisi borang (ada ruangan yang perlu dicop).

3. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank (digalakkan cawangan Islamik). Minta mereka borang permohonan akaun semasa perniagaan. Borangnya ringkas sahaja.

4. Lengkapkan borang tersebut dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. Cari sesiapa yang boleh jadi introducer sama ada rakan-rakan usahawan, adik beradik dan yang kita kenali. Atau, boleh juga rakan kongsi sendiri atau diri kita sendiri (jika ada akaun semasa peribadi). Whatsapp 013 979 0000 (Adha) jika perlukan bantuan untuk mendapatkan introducer.

Kedua, perlu ada deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

5. Jumpa pegawai yang bertugas. Mereka akan uruskan permohonan anda. Sebarang pertanyaan dan perbincangan akan dilakukan pada masa itu.

6. Mereka akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda di SSM. Pihak bank akan hubungi anda untuk memaklumkan status permohonan. Jika tiada masalah, anda perlu datang ke bank untuk selesaikan proses membuka akaun.

7. Semasa hadir ke bank untuk buka akaun, bawa cop perniagaan.

8. Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.

9. Urusan selesai.

10. Buku cek akan diberikan dalam masa tiga hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.

Deposit Minimum Pembukaan Akaun Semasa Bank di Malaysia

by


Jika anda menjalankan perniagaan samaada bisnes online ataupun di kedai, sebaiknya anda membuka Akaun Semasa samaada akaun individu atau akaun syarikat. Ini kerana jika anda hanya menggunakan Akaun Simpanan untuk urusan keluar masuk wang, jika duit keluar masuk terlalu kerap, kemungkinan akaun anda akan dibekukan oleh pihak bank. Minimum deposit untuk membuka Akaun Semasa atas nama Individu dan Perniagaan / Bisnes (Syarikat) bank-bank di Malaysia:

Affin Bank
- Individu RM2,000 (perlu introducer) / Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

Affin Islamic Bank
- Individu RM2,000 (perlu introducer) / Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

Alliance Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

Alliance Islamic Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

Ambank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

Ambank Islamic Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (tidak perlu introducer)

Bank Islam
- Individu RM500 (perlu introducer) / Syarikat RM1,000 (tidak perlu introducer)

CIMB
- Individu RM1,000 (perlu introducer) / Syarikat RM1,000 (perlu introducer)

CIMB Islamic Bank
- Individu RM500 (perlu introducer) / Syarikat RM500 (perlu introducer) ada premis atau RM1,000 jika tiada premis

Hong Leong Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (perlu introducer)

Hong Leong Islamic Bank
- Individu RM500 (tidak perlu introducer) / Syarikat RM500 (perlu introducer)

Maybank
- Individu RM500 (perlu introducer) atau tidak perlu introducer jika memohon secara online / Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

Maybank Islamic
- Individu RM500 (perlu introducer) atau tidak perlu introducer jika memohon secara online / Syarikat RM2,000 (perlu introducer)

Public Bank
- Individu RM3,000 (perlu introducer) / Syarikat RM5,000 (perlu introducer)

Public Islamic Bank
- Individu RM3,000 (perlu introducer) / Syarikat RM5,000 (perlu introducer)

RHB Bank
- Individu RM1,000 (perlu introducer) / Syarikat RM1,000 (perlu introducer)

RHB Islamic Bank
- Individu RM1,000 (perlu introducer) / Syarikat RM1,000 (perlu introducer)

* Syarat pembukaan akaun mungkin berubah dari semasa ke semasa dan berbeza di sesetengah cawangan. Introducer adalah pemegang akaun semasa sekurang-kurangnya 12 bulan di bank tersebut. Namun, introducer tidak semestinya dari cawangan / negeri yang sama. Introducer individu boleh menjadi pengenal kepada pelanggan baru individu dan juga pelanggan baru syarikat.

Jika anda perlukan bantuan untuk mendapatkan introducer bagi pembukaan akaun Maybank atau CIMB, boleh whatsapp 013-9790000



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90