Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ciri padam mesej

WhatsApp perkenal ciri padam mesej

Imej
Anda pernah tersalah hantar mesej tidak sepatutnya kepada penerima yang bukan orang dituju melalui WhatsApp? Pastinya sesuatu yang memalukan apabila mesej tersebut mengandungi maklumat rahsia dan peribadi yang tidak sewajarnya diketahui orang lain. Kini anda tidak perlu bimbang kerana kemas kini terbaharu WhatsApp memperkenalkan ciri memadam mesej yang baru dihantar dalam tempoh masa tertentu. Melalui ciri yang terdapat pada sistem operasi Android, iPhone serta Windows Phone ini, anda boleh memilih sebarang mesej yang tersalah hantar dan memadamnya dalam perbualan individu serta kumpulan. Berikut langkah-langkah mudah yang perlu diikuti untuk memadam mesej anda: 1. Langkah pertama, pilih mesej berkaitan yang anda ingin padam. 2. Tekan pada mesej yang ingin dipadam selama tiga saat hingga muncul paparan pilihan. 3. Kemudian, anda boleh memilih sama ada memadam mesej hanya pada peranti anda sahaja (pihak kedua masih boleh membacanya), atau memadam mesej