Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cimb bank

Proses pengesahan CIMB Clicks diperketat

Imej
  CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd kini melaksanakan pengesahan yang membabitkan peranti tunggal berdaftar bagi aplikasi CIMB Clicks berkuatkuasa akhir Oktober 2022, seiring dengan peningkatan langkah keselamatan untuk membendung aktiviti scam atau penipuan. Dalam kenyataannya hari ini, kumpulan itu berkata semua pengguna baharu dan sedia ada yang memuat turun atau memasukkan semula aplikasi berkenaan, boleh mendaftar peranti tunggal untuk penggunaan aplikasi dan ciri pengesahan SecureTAC dengan hanya satu peranti utama dipadankan dengan pengenalan diri CIMB Clicks pada satu-satu masa. Berikutan itu, pengguna sedia ada yang mendaftarkan dua peranti akan terbabit dalam usaha migrasi kepada peranti tunggal yang dijangka dapat diselesaikan menjelang Mac 2023. Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB Group Samir Gupta, berkata bank tersebut komited dalam memastikan langkah-langkah keselamatan CIMB sentiasa dipertingkat dan diperketat demi melindungi pelanggan daripad

Aplikasi CIMB OCTO fokus pertingkat pengalaman pengguna

Imej
  PENGGUNAAN secara meluas perbankan digital dalam kehidupan seharian pengguna terutama dalam melakukan sebarang transaksi melibatkan kewangan dilihat semakin diterima ramai kerana ia bukan sahaja dapat memudahkan urusan malah menjimatkan masa pengguna. Aplikasi perbankan ini diwujudkan sebagai antara pemudah cara dalam melakukan transaksi digital serta menggunakan servis perbankan dengan selamat di mana sahaja mereka berada.  Oleh itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) telah melancarkan platform perbankan digital terbaharu pada 18 Ogos 2022 baru-baru ini.  Aplikasi CIMB OCTO dibina sebagai aplikasi perbankan yang mementingkan ciri daya tahan teknologi terkini serta kestabilan dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk masa hadapan. Aplikasi CIMB OCTO juga akan dilancarkan secara berperingkat dan diperhalusi serta dikemaskini secara berkala bagi membolehkan pengguna menyesuaikan diri dengan pengalaman perbankan mudah alih baharu ini.   Pengguna tidak perlu risau kerana Aplikasi CIMB Clicks akan kek

Ralat pemprosesan hanya libatkan segelintir pelanggan - CIMB Bank

Imej
  CIMB Group Holdings Bhd hari ini menjelaskan ralat pemprosesan yang memberikan kesan kepada pelanggannya bulan lalu adalah berkaitan perkhidmatan kiriman wang pihak ketiga dan hanya membabitkan segelintir pelanggan yang membuat pemindahan dana antarabangsa ke tempatan. Penyedia perkhidmatan kewangan itu berkata ralat pemprosesan itu menyebabkan pemindahan yang dibuat kepada pelanggan diproses dua kali secara tidak sengaja, sekali gus mengakibatkan pelanggan yang terkesan menerima kredit duplikasi ke dalam akaun mereka, iaitu transaksi duplikasi yang menyebabkan jumlah dana yang diterima adalah dua kali ganda daripada yang sepatutnya diterima. "Sumber dana bagi transaksi duplikasi itu adalah daripada wang pihak bank dan bukannya pihak pengirim mahupun penerima," katanya menerusi kenyataan hari ini. Selaras dengan amalan perbankan bagi kejadian seperti ini, CIMB berkata ia telah mengambil langkah untuk menahan amaun kredit duplikasi itu yang telah diproses secar

Caj Tahunan Kad Debit CIMB Bank

Imej
Walaupun caj tahunan Kad Debit CIMB Bank / CIMB Islamic Bank RM15.00 setahun, takde pulak orang komplen. Mungkin ramai yang tidak perasan. Dulu masa Maybank caj 50 sen selepas pengeluaran keempat, ramai yang bising. Kebanyakan bank lain termasuk Maybank hanya mengenakan caj RM8.00 setahun untuk Kad Debit / ATM. Paling mahal, Kad Debit Affin Bank / Affin Islamic Bank, RM20.00 setahun. Harap pihak CIMB Bank selaraskan caj tahunan hanya RM8.00 sahaja kerana fungsinya sama sahaja dengan bank lain.