Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label cimb bank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cimb bank. Papar semua catatan

Proses pengesahan CIMB Clicks diperketat

by

 


CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd kini melaksanakan pengesahan yang membabitkan peranti tunggal berdaftar bagi aplikasi CIMB Clicks berkuatkuasa akhir Oktober 2022, seiring dengan peningkatan langkah keselamatan untuk membendung aktiviti scam atau penipuan.

Dalam kenyataannya hari ini, kumpulan itu berkata semua pengguna baharu dan sedia ada yang memuat turun atau memasukkan semula aplikasi berkenaan, boleh mendaftar peranti tunggal untuk penggunaan aplikasi dan ciri pengesahan SecureTAC dengan hanya satu peranti utama dipadankan dengan pengenalan diri CIMB Clicks pada satu-satu masa.

Berikutan itu, pengguna sedia ada yang mendaftarkan dua peranti akan terbabit dalam usaha migrasi kepada peranti tunggal yang dijangka dapat diselesaikan menjelang Mac 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB Group Samir Gupta, berkata bank tersebut komited dalam memastikan langkah-langkah keselamatan CIMB sentiasa dipertingkat dan diperketat demi melindungi pelanggan daripada penipuan.

"Kami sedia maklum bahawa langkah ini berkemungkinan memberi impak terhadap segelintir pengguna yang telah menggunakan lebih daripada dua peranti bagi keperluan perbankan mudah alih menerusi aplikasi CIMB Clicks berkenaan.

"Namun, kami yakin ini adalah langkah tepat sebagai usaha tambahan untuk memastikan dana dan transaksi pelanggan kami kekal selamat," katanya.

Bagi membolehkan perkhidmatan perbankan serba lancar, CIMB turut menggesa agar semua pelanggannya bertindak proaktif dengan meminda penetapan aplikasi CIMB Clicks masing-masing dan memadamkan peranti bukan utama yang tidak lagi digunakan dengan seberapa segera sebelum Mac 2023.

Samir berkata pelaksanaan penggunaan peranti tunggal bagi aplikasi tersebut akan membolehkan CIMB memulakan langkah-langkah tambahan yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menangani isu penipuan yang menyasarkan aktiviti perbankan.

CIMB juga akan terus memperkenalkan langkah-langkah tambahan keselamatan pada bulan-bulan akan datang yang juga sebahagian daripada usaha berterusannya untuk melindungi pelanggan daripada aktiviti penipuan.

Pelanggan juga diingatkan untuk hanya memuat turun aplikasi CIMB Clicks atau CIMB OCTO daripada platform sah seperti Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery dan mengelak sebarang pautan atau sumber tidak dikenali.

Sumber dari Bernama

Aplikasi CIMB OCTO fokus pertingkat pengalaman pengguna

by

 


PENGGUNAAN secara meluas perbankan digital dalam kehidupan seharian pengguna terutama dalam melakukan sebarang transaksi melibatkan kewangan dilihat semakin diterima ramai kerana ia bukan sahaja dapat memudahkan urusan malah menjimatkan masa pengguna.

Aplikasi perbankan ini diwujudkan sebagai antara pemudah cara dalam melakukan transaksi digital serta menggunakan servis perbankan dengan selamat di mana sahaja mereka berada. 

Oleh itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) telah melancarkan platform perbankan digital terbaharu pada 18 Ogos 2022 baru-baru ini. 

Aplikasi CIMB OCTO dibina sebagai aplikasi perbankan yang mementingkan ciri daya tahan teknologi terkini serta kestabilan dan keselamatan yang dipertingkatkan untuk masa hadapan.

Aplikasi CIMB OCTO juga akan dilancarkan secara berperingkat dan diperhalusi serta dikemaskini secara berkala bagi membolehkan pengguna menyesuaikan diri dengan pengalaman perbankan mudah alih baharu ini.  

Pengguna tidak perlu risau kerana Aplikasi CIMB Clicks akan kekal digunakan bersama dengan platform Aplikasi CIMB OCTO.

Antara perkara utama yang perlu diketahui oleh pengguna mengenai kebaikan dan faedah peralihan dari Aplikasi CIMB Clicks kepada Aplikasi CIMB OCTO adalah seperti berikut:

1. Pengalaman pengguna dipertingkatkan

Antara perubahan atau perbezaan Aplikasi CIMB OCTO adalah platform perbankan ini mementingkan ciri penggunaan UI dan UX untuk generasi akan datang yang menampilkan reka bentuk yang diperbaharui dan pengalaman pengguna yang dipertingkat. 

Menerusi maklum balas pelanggan Aplikasi CIMB Clicks, beberapa perubahan ketara telah dilaksanakan ke atas Aplikasi CIMB OCTO. Antaranya adalah pengalaman pengguna diperibadikan yang lebih baik dan lebih lancar. 

Selain itu, CIMB turut mengetengahkan Aplikasi CIMB OCTO dengan fungsi navigasi baharu seperti skrin utama dan ciri yang diperibadikan mengikut keutamaan. 

2. Pendekatan kolaboratif

Selain itu, Aplikasi CIMB OCTO dengan ciri baharu ini adalah aplikasi pertama yang dilancarkan kepada pelanggan CIMB sebagai usaha untuk menambah baik aplikasi dan menaik taraf fungsi dengan kerjasama terus bersama pelanggan. 

Dalam masa sama, CIMB turut menggalakkan pengguna untuk terus mengemukakan pendapat berkaitan aplikasi perbankan ini secara langsung menerusi laman web CIMB untuk menambah baik aplikasi tersebut secara berterusan. 

Pengguna tidak perlu risau kerana aplikasi ini akan diperkenalkan secara berperingkat bagi membolehkan pelanggan menyesuaikan diri secara beransur-ansur dengan pengalaman perbankan mudah alih baharu ini. 

3. Platform inovatif

Aplikasi CIMB OCTO yang direka bentuk semula ini adalah platform perbankan alternatif yang tertumpu kepada pengguna dan membolehkan mereka mengalami ciri-ciri inovatif pada setiap kemaskini. 

Sebagai langkah evolusi daripada aplikasi sedia ada CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO direka dengan mengambil kira keperluan penggunaan masa hadapan. 

Dibangunkan dengan ciri teknologi serta reka bentuk baharu, ia membolehkan aplikasi ini menggabungkan ciri-ciri inovatif baharu yang tidak tersedia di Aplikasi CIMB Clicks. 

Selain itu, aplikasi ini juga memiliki fleksibiliti, ketangkasan dan kelajuan yang lebih baik serta menyokong pertumbuhan trafik. 

Orang ramai sudah boleh memuat turun aplikasi CIMB OCTO sejak 18 Ogos 2022 di Google Play Store, Apple App Store dan HUAWEI AppGallery

Untuk maklumat lanjut, layari laman web CIMB https://www.cimb.com.my/cimbocto


Ralat pemprosesan hanya libatkan segelintir pelanggan - CIMB Bank

by

 

CIMB Group Holdings Bhd hari ini menjelaskan ralat pemprosesan yang memberikan kesan kepada pelanggannya bulan lalu adalah berkaitan perkhidmatan kiriman wang pihak ketiga dan hanya membabitkan segelintir pelanggan yang membuat pemindahan dana antarabangsa ke tempatan.

Penyedia perkhidmatan kewangan itu berkata ralat pemprosesan itu menyebabkan pemindahan yang dibuat kepada pelanggan diproses dua kali secara tidak sengaja, sekali gus mengakibatkan pelanggan yang terkesan menerima kredit duplikasi ke dalam akaun mereka, iaitu transaksi duplikasi yang menyebabkan jumlah dana yang diterima adalah dua kali ganda daripada yang sepatutnya diterima.

"Sumber dana bagi transaksi duplikasi itu adalah daripada wang pihak bank dan bukannya pihak pengirim mahupun penerima," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Selaras dengan amalan perbankan bagi kejadian seperti ini, CIMB berkata ia telah mengambil langkah untuk menahan amaun kredit duplikasi itu yang telah diproses secara ralat untuk memastikan wang itu dapat dipulangkan kepada akaun pelanggan yang terkesan.

"Kami ingin menjelaskan sekali lagi bahawa akaun itu tidak dibekukan dan pelanggan masih boleh menggunakan baki dana melebihi amaun yang terkesan," demikian menurut CIMB.

CIMB berkata demikian susulan kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus hari ini bahawa bank pusat akan mengambil langkah serta tindakan penyeliaan sewajarnya ke atas CIMB sekiranya terbukti berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau pengawalseliaan dalam insiden membabitkan kesilapan pemprosesan bank itu baru-baru ini.

CIMB berkata: "Ia mengambil maklum seruan BNM untuk memastikan layanan adil kepada pelanggan dan komited sepenuhnya dalam mematuhi Dokumen Polisi BNM mengenai Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan bagi menangani perkara ini."

Menurutnya ia sedang dalam perbincangan, di samping bekerjasama rapat dengan pelanggan yang terkesan untuk memastikan penyelesaian yang adil dan terurus.

"Ini termasuk menyediakan bukti dan dokumentasi yang jelas mengenai kredit duplikasi yang tercatat dalam penyata bank mereka dan menyediakan skim pembayaran balik yang fleksibel berdasarkan keadaan individu pelanggan," katanya.

CIMB turut menyediakan talian khusus kepada pelanggan iaitu +603 2295 6188 atau menghubungi pusat panggilan pelanggan di talian +603 6204 7788 untuk mendapatkan bantuan.

Sumber dari BERNAMA.

Caj Tahunan Kad Debit CIMB Bank

by


Walaupun caj tahunan Kad Debit CIMB Bank / CIMB Islamic Bank RM15.00 setahun, takde pulak orang komplen. Mungkin ramai yang tidak perasan. Dulu masa Maybank caj 50 sen selepas pengeluaran keempat, ramai yang bising.

Kebanyakan bank lain termasuk Maybank hanya mengenakan caj RM8.00 setahun untuk Kad Debit / ATM. Paling mahal, Kad Debit Affin Bank / Affin Islamic Bank, RM20.00 setahun. Harap pihak CIMB Bank selaraskan caj tahunan hanya RM8.00 sahaja kerana fungsinya sama sahaja dengan bank lain.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90