Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label bil tnb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bil tnb. Papar semua catatan

Kelewatan Bil Elektrik Bulan Julai 2016

by



INFO KELEWATAN BIL ELEKTRIK TNB JULAI 2016

1. Kenapa saya masih tidak menerima bil bulan Julai 2016?
JAWAPAN: TNB sedang dalam proses menaiktaraf sistem pengebilan. Bagi pengguna yang tidak menerima bil bulan Julai, mereka akan menerima bil dalam jangka masa yang terdekat.

2. Apakah impak kepada saya sekiranya saya lambat menerima bil?
JAWAPAN: Pengguna tidak akan mengalami sebarang kerugian kerana TNB menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pengebilan.
Sebagai contoh: Tempoh pengebilan bersamaan 35 hari
Andaikan penggunaan adalah 203kWh
Faktor prorata 35/30 hari = 1.16667
Oleh yang demikian, prorata blok pertama persamaan x 1.16667 = 233kWh
Berdasarkan pengiraaan di atas, walau pun pengguna tersebut menggunakan 203kWh, beliau masih menikmati kadar tarif pada blok pertama.

3. Adakah saya akan dikenakan caj penalti disebabkan kelewatan pembayaran bil?
JAWAPAN: Caj penalti lewat bayar tidak akan dikenakan ke atas pengguna sekiranya kegagalan pembayaran disebabkan oleh pengguna tidak menerima bil elektrik.

4. Kenapa nombor akaun saya bertukar?
JAWAPAN: TNB telah menggunapakai sistem pengebilan yang baru dinaiktaraf. Pertukaran nombor akaun ini dirasakan perlu bagi memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.Walau bagaimanapun, nombor akaun lama anda masih boleh digunapakai sehingga diberitahu kelak.

5. Adakah saya perlu mendaftarkan semula permohonan Autopay atau Direct Debit dengan nombor akaun baru?
JAWAPAN: Tidak perlu.

6. Bolehkah saya terus menggunapakai nombor akaun lama saya?
JAWAPAN: Boleh. Pengguna masih boleh menggunakan nombor akaun lama untuk semua transaksi dan pembayaran bil sehingga dimaklumkan kelak.

7. Adakah saya perlu mendaftar semula favourite bill payment di dalam internet banking?
JAWAPAN: Pengguna perlu mendaftar semula favourite bill payment dengan menggunakan nombor akaun baru KECUALI untuk maybank2u dan Bank Islam.

8. Saya telah membuat pembayaran tetapi tunggakan masih tertera dalam bil yang diterima.
JAWAPAN: Pembayaran yang dibuat dari 8-19 Julai 2016 tidak tertera di dalam bil kerana bayaran hanya akan dikemaskini selepas 20 Julai 2016. Sekiranya pembayaran dibuat selepas 21 Julai 2016, pengguna boleh menghantar emel kepada tnbcareline@tnb.com.my



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90