Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label bank islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bank islam. Papar semua catatan

Bank digital Bank Islam, Be U

by

 


Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menawarkan Be U, sebuah bank digital berasaskan teknologi awan sepenuhnya.

Menggunakan teknologi pertama seumpamanya, penyelesaian natif awan (cloud-native solution) ini dijangka menjadi batu asas kepada semua bank digital akan datang di Malaysia.

-ADVERTISEMENT-

Ia berkata, aplikasi perbankan serba baharu ini tersedia kepada orang ramai sejak pertengahan Jun tahun ini dan menyasarkan antara 350,000 dan 400,000 muat turun dan pengguna aplikasi Be Udalam tempoh 12 bulan pertama operasinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Muazzam Mohamed berkata, Be U adalah pencetus perubahan bagi Bank Islam dan industri perbankan Islam dengan memanfaatkan landskap teknologi kewangan (fintech) yang pesat berubah.

"Melalui Be U, Bank Islam beralih fokus daripada mementingkan produk kepada sifat mengutamakan pelanggan dalam membentuk produk yang memenuhi keperluan mereka.

"Usaha ini sejajar dengan pelan strategik perniagaan lima tahun Bank Islam (LEAP25) yang bermatlamat untuk meletakkan bank ini sebagai peneraju penyelesaian kewangan Syariah-ESG (alam sekitar, tanggungjawab sosial dan tadbir urus) lengkap dengan kepimpinan dalam perbankan digital dan kewangan sosial menjelang tahun 2025," katanya.

Mohd Muazzam berkata, Be U disasarkan kepada generasi muda, menawarkan akaun simpanan yang membenarkan baki sifar, fungsi pindahan dana dan ciri Nest yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.

Beliau menambah dalam tempoh 12 bulan akan datang, fungsi atau tawaran baharu dalam aplikasi Be U akan diperkenalkan secara berperingkat termasuk deposit bertempoh, pasaran gig, kad debit, pengurusan kewangan peribadi, pembiayaan mikro, takaful mikro dan banyak lagi.

"Kami mahu menjadikan Bank Islam sebagai sebuah organisasi yang lebih tangkas dengan menggunakan cara kerja baharu, menarik bakat dengan set kemahiran baharu, menggunakan teknologi terkini serta memanfaatkan data dan automasi yang akan membolehkan kami memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

"Be U memfokuskan kepada segmen pelanggan yang tidak menjadi tumpuan oleh Bank Islam iaitu menarik golongan pengguna yang masih di peringkat awal kehidupan bekerja mereka.

"Apabila kedudukan kewangan pelanggan ini lebih stabil dan mereka memerlukan produk dan instrumen kewangan yang lebih kompleks, Be U akan berada bersama mereka dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan Bank Islam," katanya.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi Be U Bank Islam secara percuma melalui GooglePlay Store dan Apple App Store.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Be U, pelanggan boleh melayari laman www.getbeu.com atau mengikuti akaun media sosial Be U di Facebook @beubybankislam dan Instagram @getbeu.


Cara Buka Akaun Be U Bank Islam

by

 



Kini anda boleh membuka Akaun Bank Islam menggunakan Aplikasi BeU dalam Google Play.
Satu-satunya akaun Cloud Bank Account yang boleh dibuka tanpa perlu ke cawangan bank. Deposit pertama perlu guna akaun bank lain. Boleh tinggal baki RM0. Cuma sekarang ini belum boleh guna Kad Debit (akan datang).

Saya sudah uji dengan membuat pindahan DuitNow ke akaun bank lain, semuanya berjaya dan tiada masalah.

Nombor akaun simpanan Bank Islam (Be U Qard Savings Account) ini bermula dengan nombor 8830.

Swipe down untuk transfer ke akaun bank lain. Sangat menarik aplikasi Be U ini.

Perkhidmatan yang disediakan dalam Aplikasi Akaun BeU oleh Bank Islam.

You, Puan Shasha, Missz Hamimi and 1 other

Perbezaan Akaun Simpanan Bank Islam

by

 


Bank Islam mempunyai beberapa jenis akaun simpanan yang boleh dipilih oleh pelanggan untuk membuat simpanan.

Saving Qard simpanan biasa di mana deposit minima adalah RM 100. Baki minima yang perlu ditinggalkan adalah RM 10. Untuk memudahkan transaksi anda boleh memohon kad Visa Debit. Maklumat lanjut sila layari https://www.bankislam.com/personal-banking/deposit-and-investments/deposit-account/qard-savings-account-i/

Basic Saving Account , deposit minima adalah RM 20 bagi pembukaan akaun ini dan baki minima yang perlu ditinggalkan adalah RM 20. Untuk akaun ini anda mempunyai pilihan untuk mengambil kad debit atau tidak. Maklumat lanjut sila layari https://www.bankislam.com/personal-banking/deposit-and-investments/deposit-account/basic-savings-account-i/

Al Awfar adalah akaun pelaburan di mana pengeluaran wang boleh dibuat menggunakan kad Visa Debit.Pelaburan minima adalah RM 100 dan baki minima adalah RM 50. Dengan membuka akaun ini anda berpeluang untuk memenangi cabutan bulanan yang diadakan oleh Bank Islam berdasarkan kepada syarat2 yang dinyatakan. Maklumat lanjut sila layari https://www.bankislam.com/personal-banking/deposit-and-investments/investments/al-awfar/

Bank Islam perkenal Be U, bank digital awan

by

 


Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melancarkan Be U, sebuah bank digital berasaskan teknologi awan sepenuhnya.

Bank Islam dalam satu kenyataan, berkata menggunakan teknologi pertama seumpamanya, penyelesaian natif awan (cloud-native solution) itu dijangka menjadi batu asas kepada semua bank digital akan datang di Malaysia.

"Aplikasi perbankan serba baharu ini membolehkan pengguna menyempurnakan transaksi perbankan mereka dengan lancar, tanpa perlu mengunjungi cawangan Bank Islam. Ia juga berperanan untuk memperluaskan lagi rangkuman kewangan dengan menyasarkan kepada golongan muda dan celik digital.

"Menerusi antara muka yang menarik dan mesra pengguna, Be U akan membantu pelanggan memahami dan mengurus kewangan mereka dengan pantas dan baik," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata Be U adalah pencetus perubahan bagi Bank Islam dan industri perbankan Islam.

"Ia adalah produk yang berhasrat untuk reka bentuk semula dan memangkin pertumbuhan masa depan bank ini dengan memanfaatkan landskap teknologi kewangan (fintech) yang pesat berubah, sekali gus membolehkan pelanggan mengakses penyelesaian kewangan yang berpatutan dan mudah digunakan.

"Melalui Be U, Bank Islam beralih fokus daripada mementingkan produk kepada sifat mengutamakan pelanggan dalam membentuk produk yang memenuhi keperluan mereka.

"Usaha ini sejajar dengan pelan strategik perniagaan lima tahun Bank Islam (LEAP25) yang bermatlamat untuk meletakkan Bank ini sebagai peneraju penyelesaian kewangan Syariah-ESG lengkap dengan kepimpinan dalam perbankan digital dan kewangan sosial menjelang tahun 2025," katanya.

Mohd Muazzam berkata, selepas mengambil pendekatan yang holistik untuk memenuhi keperluan pelanggan, bank itu telah mereka bentuk asas tawaran bank digital baharu ini supaya berbeza dan saling melengkapi dengan produk dan perkhidmatannya yang sememangnya tersedia di pasaran.

Katanya, Be U disasarkan kepada generasi muda, menawarkan akaun simpanan yang membenarkan baki sifar, fungsi pindahan dana dan ciri Nest yang membantu pengguna menabung untuk matlamat tertentu.

"Fungsi atau tawaran baharu dalam aplikasi Be U akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan akan datang. Ia termasuk deposit bertempoh, pasaran gig, kad debit, pengurusan kewangan peribadi, pembiayaan mikro, takaful mikro dan banyak lagi.

"Gambaran menyeluruh menerusi pengenalan Be U adalah untuk menerapkan pengalaman dan pembelajaran daripada aplikasi tersebut ke seluruh organisasi. Ini kerana kami mahu menjadikan Bank Islam sebagai sebuah organisasi yang lebih tangkas dengan menggunakan cara kerja baharu, menarik bakat dengan set kemahiran baharu, menggunakan teknologi terkini serta memanfaatkan data dan automasi," katanya.

"Ini seterusnya akan membolehkan Bank Islam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami," katanya.

Berpangkalan di awan Amazon Web Service (AWS), Be U menggunakan Mambu Digital Core sebagai tulang belakang teknologinya.

Tanpa sebarang isu legasi akan membolehkan Be U memenuhi keperluan pelanggan dengan cepat.

Menerusi kelebihan berasaskan awan, pengguna Be U boleh mendapat manfaat daripada ketangkasan aplikasi dan menikmati pengalaman perbankan peribadi yang mesra pengguna dan bersesuaian dengan keperluan mereka.

Mohd Muazzam menjelaskan, Be U memfokuskan kepada segmen pelanggan yang tidak menjadi tumpuan oleh Bank Islam iaitu menarik golongan pengguna yang masih di peringkat awal kehidupan bekerja mereka.

"Apabila kedudukan kewangan pelanggan ini lebih stabil dan mereka memerlukan produk dan instrumen kewangan yang lebih kompleks, Be U akan berada bersama mereka dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan Bank Islam," katanya.

Menerusi aplikasi berkenaan yang tersedia kepada orang ramai sejak pertengahan Jun tahun ini, Bank Islam menyasarkan antara 350,000 dan 400,000 muat turun dan pengguna aplikasi Be U dalam tempoh 12 bulan pertama operasinya.

Tanpa membabitkan sebarang caj untuk membuka akaun Be U melalui platform itu, pengguna boleh memuat turun aplikasi Be U Bank Islam secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.

Sumber dari Berita Harian

Bank Islam rai 4 jutawan baharu menerusi Al-Awfar

by

 


Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) meraikan seramai empat jutawan baharu menerusi cabutan bertuah Al-Awfar 2021 yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Penyampaian hadiah tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Runcit BIMB, Mizan Masram.

Mizan berkata, seramai empat pemenang cabutan utama membawa pulang RM1 juta seorang, manakala 10 pemenang cabutan khas menerima sebuah kereta mewah terdiri daripada model Mercedes-Benz dan lapan buah Mazda CX-5.

Menurutnya, majlis penyampaian hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan BIMB atas kepercayaan para pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan.

“BIMB sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian kewangan lengkap, inovatif dan relevan untuk para pelanggan.

“Berkat sokongan pelanggan, BIMB mampu melahirkan seramai 34 orang jutawan menerusi Al-Awfar sejak produk ini dilancarkan dan kita akan memastikan lebih ramai mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Utama dan Cabutan Khas Al-Awfar 2021.

Dalam pada itu, Mizan berkata, pihaknya turut menyasarkan peningkatan bagi saiz dana sebanyak RM1.02 bilion pada tahun ini daripada akaun Al-Awfar.

“Setakat Mac 2022, Al-Awfar merekodkan pertambahan berjumlah hampir RM48.4 juta menerusi lebih 10,000 akaun,” katanya.

Sementara itu, pemenang cabutan hadiah utama bernilai RM1 juta, Ruth Anak Sibat, 61, yang berasal daripada Sarawak meluahkan rasa syukur kerana terpilih sebagai pemenang Al-Awfar.

“Saya tidak pernah menyangka untuk memenangi hadiah sebanyak ini dan saya ingin gunakan untuk membawa keluarga menunaikan umrah pada bulan Disember ini,” katanya. 

Sumber dari Kosmo!

Temujanji Buka Akaun Bank Islam tanpa perlu ke cawangan

by

 

Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) terus melaksanakan proses transformasi digital bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankannya dengan memperkenalkan saluran pendaftaran lengkap mudah alih.

Saluran pendaftaran lengkap mudah alih (MOB) ini memberikan perkhidmatan perbankan seperti pembukaan akaun dan pengeluaran kad debit serta-merta, tanpa perlu ke cawangan untuk proses pengesahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata kumpulan mencapai satu lagi kejayaan dalam pendigitalan dan menjadi bank pertama di Malaysia yang menggunakan sistem MOB.

Beliau berkata, perkhidmatan perbankan depan pintu (door-step banking) baharu melalui MOB akan mempercepat lagi proses pembukaan akaun sedia ada dan membolehkan pengeluaran nombor akaun serta kad debit dibuat dengan serta-merta.

Katanya, perkhidmatan baharu ini tidak lagi memerlukan pelanggan mengunjungi cawangan bank bagi proses pengesahan.

"Kemudahan digital baharu Bank Islam ini memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan di samping memberikan pengalaman perbankan yang mudah, selamat dan cekap, dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Sebagai sebuah bank yang menekankan inovasi dan keselesaan, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan memastikan produk serta perkhidmatan Bank Islam seiring dengan ikutan dan keperluan semasa.

"Pelancaran MOB ini tepat pada masanya kerana situasi yang dialami ketika ini disebabkan COVID-19 membantu meningkatkan keperluan beralih ke perkhidmatan perbankan inovatif yang cekap dan selamat," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Muazzam berkata, Bank Islam sebelum ini memperkenalkan platform Pembukaan Akaun Maya (VAO) yang membolehkan pelanggan mengisi maklumat secara dalam talian, tetapi masih memerlukan proses pengesahan diselesaikan di cawangan.

Beliau berkata, dengan menggunakan MOB, ia hanya akan mengambil masa enam minit termasuk penyediaan kad debit dan tiada sebarang caj dikenakan.

Perkhidmatan hanya dengan janji temu itu katanya tersedia di seluruh negara dari 9 pagi hingga 10 malam setiap hari, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Bagi membuat janji temu, perlu mengisi borang secara atas talian di https://vao.bankislam.com.my/sales/ dan kami akan menghubungi pelanggan untuk mengesahkan permohonan.

"Pelanggan hanya perlu menyediakan MyKad dan dokumen sokongan lain yang berkaitan semasa janji temu," katanya.

 

 

Bank Islam lancar perkhidmatan saluran pendaftaran mudah alih (MOB)

by

 

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah melancarkan saluran pendaftaran mudah alih (MOB) untuk pelanggan runcit de­ngan menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun lengkap termasuk pengeluaran kad debit serta-merta melalui janji temu.

Perkhidmatan perbankan depan pintu melalui MOB yang menggunakan peranti tablet dengan perisian khusus, membolehkan pembukaan beberapa jenis produk Akaun Semasa dan Akaun Simpanan serta Akaun Pelaburan. Ia bertujuan memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan.

Perkhidmatan perbankan depan pintu itu selamat dan menyenangkan apabila transaksi perbankan dilakukan dengan keberadaan kakitangan mengikut ruang dan waktu kelapangan pelanggan sendiri.

Sebagai sebuah bank yang menekankan inovasi dan ke­selesaan, Bank Islam berhasrat meningkatkan pengalaman pe­langgan dan memastikan produk dan perkhidmatan Bank Islam seiring dengan trend dan keperluan semasa.

Pengenalan MOB ini tepat pada masanya kerana COVID-19 tidak hanya menyukarkan pergerakan orang ramai tetapi juga meningkatkan keperluan kami untuk beralih ke perkhidmatan perbankan inovatif yang cekap dan menjamin keselamatan orang ramai.

Proses pembukaan akaun menggunakan MOB hanya akan mengambil masa enam minit termasuk penyediaan kad debit dan tiada sebarang caj dikenakan.

Perkhidmatan hanya dengan janji temu ini tersedia di seluruh negara dari 9 pagi hingga 10 malam setiap hari melalui pautan vao.bankislam.com.my/sales/, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. 



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90