Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bank islam

Bank digital Bank Islam, Be U

Imej
  Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menawarkan Be U, sebuah bank digital berasaskan teknologi awan sepenuhnya. Menggunakan teknologi pertama seumpamanya, penyelesaian natif awan ( cloud-native solution ) ini dijangka menjadi batu asas kepada semua bank digital akan datang di Malaysia. -ADVERTISEMENT- Ia berkata, aplikasi perbankan serba baharu ini tersedia kepada orang ramai sejak pertengahan Jun tahun ini dan menyasarkan antara 350,000 dan 400,000 muat turun dan pengguna aplikasi Be Udalam tempoh 12 bulan pertama operasinya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Muazzam Mohamed berkata, Be U adalah pencetus perubahan bagi Bank Islam dan industri perbankan Islam dengan memanfaatkan landskap teknologi kewangan ( fintech ) yang pesat berubah. "Melalui Be U, Bank Islam beralih fokus daripada mementingkan produk kepada sifat mengutamakan pelanggan dalam membentuk produk yang memenuhi keperluan mereka. "Usaha ini sejajar dengan pelan strategik perniagaan lima tahun Bank Islam (

Cara Buka Akaun Be U Bank Islam

Imej
  Kini anda boleh membuka Akaun Bank Islam menggunakan Aplikasi BeU dalam Google Play. Satu-satunya akaun Cloud Bank Account yang boleh dibuka tanpa perlu ke cawangan bank. Deposit pertama perlu guna akaun bank lain. Boleh tinggal baki RM0. Cuma sekarang ini belum boleh guna Kad Debit (akan datang). Saya sudah uji dengan membuat pindahan DuitNow ke akaun bank lain, semuanya berjaya dan tiada masalah. Nombor akaun simpanan Bank Islam (Be U Qard Savings Account) ini bermula dengan nombor 8830. Swipe down untuk transfer ke akaun bank lain. Sangat menarik aplikasi Be U ini. Perkhidmatan yang disediakan dalam Aplikasi Akaun BeU oleh Bank Islam . 4 You, Puan Shasha, Missz Hamimi and 1 other

Perbezaan Akaun Simpanan Bank Islam

Imej
  Bank Islam mempunyai beberapa jenis akaun simpanan yang boleh dipilih oleh pelanggan untuk membuat simpanan. Saving Qard simpanan biasa di mana deposit minima adalah RM 100. Baki minima yang perlu ditinggalkan adalah RM 10. Untuk memudahkan transaksi anda boleh memohon kad Visa Debit. Maklumat lanjut sila layari https://www.bankislam.com/personal-banking/deposit-and-investments/deposit-account/qard-savings-account-i/ Basic Saving Account , deposit minima adalah RM 20 bagi pembukaan akaun ini dan baki minima yang perlu ditinggalkan adalah RM 20. Untuk akaun ini anda mempunyai pilihan untuk mengambil kad debit atau tidak. Maklumat lanjut sila layari https://www.bankislam.com/personal-banking/deposit-and-investments/deposit-account/basic-savings-account-i/ Al Awfar adalah akaun pelaburan di mana pengeluaran wang boleh dibuat menggunakan kad Visa Debit.Pelaburan minima adalah RM 100 dan baki minima adalah RM 50. Dengan membuka akaun ini anda berpeluang untuk memenangi cabutan bulanan yan

Bank Islam perkenal Be U, bank digital awan

Imej
  Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melancarkan Be U, sebuah bank digital berasaskan teknologi awan sepenuhnya. Bank Islam dalam satu kenyataan, berkata menggunakan teknologi pertama seumpamanya, penyelesaian natif awan (cloud-native solution) itu dijangka menjadi batu asas kepada semua bank digital akan datang di Malaysia. "Aplikasi perbankan serba baharu ini membolehkan pengguna menyempurnakan transaksi perbankan mereka dengan lancar, tanpa perlu mengunjungi cawangan Bank Islam. Ia juga berperanan untuk memperluaskan lagi rangkuman kewangan dengan menyasarkan kepada golongan muda dan celik digital. "Menerusi antara muka yang menarik dan mesra pengguna, Be U akan membantu pelanggan memahami dan mengurus kewangan mereka dengan pantas dan baik," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata Be U adalah pencetus perubahan bagi Bank Islam dan industri perbankan Islam. "Ia adalah produk yang berhasrat untuk reka bentuk semula dan

Bank Islam rai 4 jutawan baharu menerusi Al-Awfar

Imej
  Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) meraikan seramai empat jutawan baharu menerusi cabutan bertuah Al-Awfar 2021 yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Penyampaian hadiah tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Runcit BIMB, Mizan Masram. Mizan berkata, seramai empat pemenang cabutan utama membawa pulang RM1 juta seorang, manakala 10 pemenang cabutan khas menerima sebuah kereta mewah terdiri daripada model Mercedes-Benz dan lapan buah Mazda CX-5. Menurutnya, majlis penyampaian hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan BIMB atas kepercayaan para pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan. “BIMB sentiasa berusaha untuk menyediakan penyelesaian kewangan lengkap, inovatif dan relevan untuk para pelanggan. “Berkat sokongan pelanggan, BIMB mampu melahirkan seramai 34 orang jutawan menerusi Al-Awfar sejak produk ini dilancarkan dan kita akan memastikan lebih ramai mendapat manfaat,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis

Temujanji Buka Akaun Bank Islam tanpa perlu ke cawangan

Imej
  Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) terus melaksanakan proses transformasi digital bagi menaik taraf serta mempertingkatkan mutu dan operasi perbankannya dengan memperkenalkan saluran pendaftaran lengkap mudah alih. Saluran pendaftaran lengkap mudah alih (MOB) ini memberikan perkhidmatan perbankan seperti pembukaan akaun dan pengeluaran kad debit serta-merta, tanpa perlu ke cawangan untuk proses pengesahan. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed, berkata kumpulan mencapai satu lagi kejayaan dalam pendigitalan dan menjadi bank pertama di Malaysia yang menggunakan sistem MOB. Beliau berkata, perkhidmatan perbankan depan pintu (door-step banking) baharu melalui MOB akan mempercepat lagi proses pembukaan akaun sedia ada dan membolehkan pengeluaran nombor akaun serta kad debit dibuat dengan serta-merta. Katanya, perkhidmatan baharu ini tidak lagi memerlukan pelanggan mengunjungi cawangan bank bagi proses pengesahan. "Kemudahan digital baharu Bank Is

Bank Islam lancar perkhidmatan saluran pendaftaran mudah alih (MOB)

Imej
  Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah melancarkan saluran pendaftaran mudah alih (MOB) untuk pelanggan runcit de­ngan menyediakan perkhidmatan pembukaan akaun lengkap termasuk pengeluaran kad debit serta-merta melalui janji temu. Perkhidmatan perbankan depan pintu melalui MOB yang menggunakan peranti tablet dengan perisian khusus, membolehkan pembukaan beberapa jenis produk Akaun Semasa dan Akaun Simpanan serta Akaun Pelaburan. Ia bertujuan memberikan kemudahan dan fleksibiliti kepada pelanggan. Perkhidmatan perbankan depan pintu itu selamat dan menyenangkan apabila transaksi perbankan dilakukan dengan keberadaan kakitangan mengikut ruang dan waktu kelapangan pelanggan sendiri. Sebagai sebuah bank yang menekankan inovasi dan ke­selesaan, Bank Islam berhasrat meningkatkan pengalaman pe­langgan dan memastikan produk dan perkhidmatan Bank Islam seiring dengan trend dan keperluan semasa. Pengenalan MOB ini tepat pada masanya kerana COVID-19 tidak hanya menyukarkan pe

Cara Buka Akaun Bank Islam Secara Online

Imej
  Bagi yang belum mempunyai akaun Bank Islam , anda boleh membuka akaun secara virtual  online sahaja. berikut adalah cara bagaimana ingin membuka akaun Bank Islam secara online. Sila layari portal Virtual Online Bank Islam : https://vao.bankislam.com.my/ Isikan semua maklumat yang diminta. Pilih jenis akaun dan cawangan tempat akaun ingin dibuka. Setelah selesai, lawati cawangan Bank Islam pilihan anda dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan berserta dengan slip pengesahan anda. Selesaikan proses pembukaan akaun anda di cawangan Bank Islam dan dapatkan nombor akaun anda dan kad debit.

Bank Islam lancar Kad Debit-i Bolasepak Pahang FA

Imej
Bank Islam Malaysia Bhd dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Pahang (PFA) dan Visa melancarkan Kad Debit-i Pahang FA, khusus untuk penyokong setia pasukan Tok Gajah. Sebahagian daripada fi tahunan kad akan disalurkan kepada persatuan itu.  Pemegang kad itu di Pahang akan menikmati manfaat kad sebagai kad ATM dan kad Debit dengan fungsi payWave tanpa sentuh. Katanya, pemegang kad juga boleh membuat pengeluaran tunai tanpa caj tambahan melalui perkhidmatan 'pengeluaran tunai' Bank Islam di 70 stesen minyak Petronas di sekitar Pahang.  Kad Debit-i Bank Islam Visa Pahang FA boleh didapati di semua cawangan Bank Islam di Pahang dan cawangan terpilih di Lembah Klang. Bank Islam turut melancarkan Kempen Bank Islam Visa Debit Pahang FA "Ale Ale Tok Gajah". Dengan perbelanjaan minimum RM50, pemegang kad layak secara automatik untuk menyertai kempen dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM15,500. Kempen bermula 26 September hingga 31 Disember 2016