Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label apa itu pegawai tadbir diplomatik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apa itu pegawai tadbir diplomatik. Papar semua catatan

Drama Titian Cinta (TV3)

by


Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman mengisi slot Akasia TV3 pada September 2017. Menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah. Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 7.00 malam di TV3.

JUDUL : TITIAN CINTA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 12 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Farhana Fauri
PENULIS NOVEL : Ridhya Iman
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Shah Jaszle, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd, Rais Ismail, Dibi Halim, Kamal Ibrahim, Razali Ghani, Faha, Alexandra

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Umayr Harris
Farah Nabilah sebagai Rahadatul Aisy
Tisha Shamsir sebagai Sofea
Daler Yusuf sebagai Ryan
Shah Jaszle sebagai Danial
Dian P. Ramlee sebagai Hajah Mariah
Marisa Yasmin sebagai Puan Sri Nora
Arash Mohd sebagai Tan Sri Hakim
Kuza sebagai Hajah Mariam
Rahim Jailani sebagai Haji Helmi
Dottie sebagai Sakeena
Adam Shadan sebagai Fahmi
Feiyna Taj sebagai Farah

LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA
Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda
Video → LINK

SINOPSIS TITIAN CINTA
Aisy dan Danial berkawan sejak mereka tinggal di kampung lagi sementara Aisy dan Sofea pula telah menjadi kawan baik di kolej. Danial amat meminati Sofea sehingga dia sanggup membuat apa-apa sahaja yang Sofea inginkan, walaubagaimanapun Danial bukanlah ciri lelaki yang dicari Sofea. Sementara itu, Sofea cuba memenangi hati Harris dengan bantuan ibu Harris, Puan Sri Nora. Danial yang cemburu mengambil keputusan untuk menculik Sofea. Namun sebaliknya, Aisy yang diculik. Aisy berjaya melepas diri dan terserempak dengan Ryan meminta pertolongan.

Hubungan Ryan dan Aisy menjadi lebih rapat selepas insiden tersebut dan Ryan telah melamar Aisy untuk menjadi tunangnya. Sofea mula cemburu dengan hubungan mereka berdua. Dia menganggap bahawa dirinya lebih bagus daripada Aisy selama ini. Pada suatu hari, Aisy telah mendapat berita bahawa tunangnya itu telah ditangkap khalwat dengan Sofea, Aisy tergamam.

Hati Aisy hancur berkecai. Harris telah memutuskan pertunangannya dengan Sofia. Aisy juga membuat keputusan yang sama. Hajah Mariam amat bimbang dengan emosi Aisy dan memaklumkan bahawa cucunya Harris akan dikahwinkan dengan Aisy.

.....

Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.

Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris untuk melembutkan hati isterinya itu.

Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.

Tatkala saat bahagia muncul kembali, dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris kepada asal. Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.

Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

by


Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.

Tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat lantikan untuk kemasukan ke Pegawai Tadbir Diplomatik;

1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
2. Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau
3. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Calon mesti lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Untuk mereka yang mahu menjawat jawatan ini, perlu memohon dengan pihak SPA dan kemudian perlu hadir untuk jalani peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik.

Bermula tahun 2014, pihak SPA telah pun memperkenal sistem peperiksaan atas talian untuk calon-calon Pegawai Tadbir Diplomatik. Dengan pengenalan sistem peperiksaan atas talian ini, lebih ramai calon berpeluang menduduki peperiksaan untuk mengisi jawatan ini.

Pecahan seksyen soalan yang baru juga telah digubah seperti di bawah;

Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C: Ujian Psikometrik

Calon diperuntukkan masa tertentu untuk menjawab ke semua seksyen. Selang masa rehat antara setiap seksyen ialah selama 15 minit.



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90