Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anti pencatutan

Cara Buat Aduan KPDNKK

Imej
Seorang peniaga cafe di Kota Bharu, Kelantan didenda RM8,000 oleh mahkamah di bawah Akta Anti Pencatutan (menaikkan harga dengan tujuan mengambil untung berlebihan) dengan menjual air teh o ais yang berharga RM2.80 dengan harga RM4.00. Lepas ini jika ada peniaga yang menaikkan harga sesuka hati, pengguna jangan hanya membebel di Facebook sahaja. Gunakan kuasa sebagai pengguna dengan melaporkan kepada KPDNKK macam dalam iklan tv. Ada pelbagai cara untuk buat aduan kepada KPDNKK: - Isi borang eAduan : http://eaduan.kpdnkk.gov.my/ - Guna aplikasi myKPDNKK - Telefon : 1 800 886 800 - walk in ke pejabat KPDNKK