Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Masalah kesuburan lelaki di Malaysia membimbangkan

by

 


Masalah kesuburan lelaki di Malaysia berada pada tahap membimbangkan, Dewan Negara diberitahu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu, berkata ia berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) yang mendapati sebanyak 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal.

Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia.

Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin.

Aiman Athirah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengenai tindakan kementerian dalam menghadapi penurunan kadar kelahiran di negara ini, pada sesi soal jawab di Dewan Negara. 

Katanya, sebagai langkah produktif kerajaan telah mewujudkan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang mula beroperasi Oktober tahun lepas di Klinik Subfertiliti LPPKN di ibu negara dan akan diperluas ke enam lagi Klinik LPPKN di seluruh Semenanjung dan Sarawak.

Klinik ini menawarkan perkhidmatan ujian saringan kesihatan lelaki, khidmat nasihat masalah seksual dan amalan hidup sihat serta rawatan ubatan untuk meningkatkan kesuburan.

Dalam usaha bantu pasangan berkahwin tangani masalah kesuburan, LPPKN ada menawarkan rawatan kesuburan sejak 1979 … di Zon Utara iaitu Klinik Subfertiliti Pulau Pinang, Zon Tengah di Klinik Subfertiliti di Kuala Lumpur dan untuk Zon Selatan (Klinik Subfertiliti) di Johor.

Beliau berkata, inisiatif rawatan di fasiliti LPPKN itu sehingga kini telah berjaya mencatat 6,000 kehamilan dan 4,000 kelahiran yang merupakan satu pencapaian setanding pusat rawatan kesuburan antarabangsa.

Katanya, antara faktor menyumbang kepada penurunan kadar kesuburan rakyat ialah perubahan gaya hidup dan kos sara hidup tinggi sehingga pasangan mengambil keputusan mengehadkan jumlah anak, peningkatan bilangan wanita berpendidikan, penyertaan wanita dalam tenaga buruh selain lewat berkahwin sehingga memendekkan usia reproduktif.

Sumber dari Bernama

Anak berkelakuan pelik tanda OCPD?

by

 


JIN BUDAK ikut naik kereta?
Semasa kami di Pahang dan Johor, salah seorang anak kami berkelakuan pelik. Nampak simptom awal macam OCPD iaitu Obssessive Compulsive Personality Disorder atau Personaliti Obsessif Kompulsif, sejenis kecelaruan personaliti dengan sifat individu yang amat mementingkan kebersihan, ketelitian, kesempurnaan.
Dia sentiasa cakap tangan dia kotor dan bertanya perlu ke basuh tangan? Selepas beberapa ketika, dia akan bertanya lagi soalan yang sama. Sedangkan saya lihat tangannya tidak kotor pun.
Selepas balik Terengganu, keadaan tidak berubah malah lebih teruk apabila dia selalu cakap ada air atas lantai dan seluar dia basah sebab kencing. Sedangkan saya lihat tiada air pun di atas lantai. Seluar dia pun tak basah.
Budak yang mengalami OCPD dan OCD memang akan menunjukkan simptom terlalu pembersih. Tapi naluri saya berkata ini bukan OCPD sebab jari tangan dia kadangkala seolah-olah membengkok macam jerangkung dalam cerita seram terutama pada waktu malam dan awal pagi.
Kami bawa dia jumpa kenalan yang pandai Perubatan Islam yang kami panggil Haji. Dia cakap anak kami kena gangguan, ada benda ikut kami balik ke Terengganu. Mak aii... beratus kilometer pun dia ikut. Jin ini suka travel agaknya. Kemungkinan jin ini pun budak yang nak berkawan dengan budak yang dia suka.
Haji yang kami jumpa ini spray air yang dibacakan doa kepada anak kami. Dia bekalkan air doa untuk kami spray dalam rumah dan kereta setiap pagi dan sebelum maghrib. Dia tak berhadapan secara langsung dengan makhluk ini tapi menggunakan cara halus supaya makhluk ini akan rasa 'panas' dan lama kelamaan akan lari dengan sendiri.
Setiap hari saya azan dan bacakan ayat ruqyah di dalam rumah. Syukur Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, hari kelima saya spray air yang dibacakan doa ini, simptom itu terus hilang. Jari tangan anak kami ini sudah tak membengkok macam jerangkung. Dia pun sudah tak bertanya soal basuh tangan yang kotor atau nampak air di atas lantai. Keadaan kembali seperti sediakala dan semoga anak kami tak diganggu lagi.
Jadi, jika anak anda juga ada simptom seperti ini. Tak semestinya ia mengalami OCPD atau OCD. Ada kemungkinan gangguan makhluk halus seperti ini. Jadi, dapatkan rawatan Perubatan Islam. Kalau OCPD baru rujuk Pakar Psikiatri.
Wallahualam.

15 Julai 2017 Lahirnya Seorang Puteri

by

Alhamdulillah. Berkat doa semua, seorang puteri telah selamat dilahirkan pada jam 11.39 pagi Sabtu, 15 Julai 2017 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kalau ada nama sesuai bolehlah cadangkan sebab anak ketiga ini doktor tak dapat sahkan lelaki atau perempuan sehinggalah lahir hari ini. :)

Nama abang:
1. Muhammad Ahsan Umar
2. Muhammad Ayden Uwais

Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90