Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel anak

Masalah kesuburan lelaki di Malaysia membimbangkan

Imej
  Masalah kesuburan lelaki di Malaysia berada pada tahap membimbangkan, Dewan Negara diberitahu. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu, berkata ia berdasarkan data ujian analisis sperma makmal Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) yang mendapati sebanyak 60 peratus menunjukkan keputusan abnormal. Perkara berkenaan secara langsung menyumbang kepada peningkatan masalah kesuburan dalam pasangan berkahwin di Malaysia. Pada masa yang sama kadar kelahiran di negara kita juga menunjukkan trend penurunan sejak 40 tahun lepas dan ia berkait rapat dengan kadar kesuburan dengan data 2021 Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan 1.7 orang anak bagi setiap wanita berkahwin. Aiman Athirah berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai mengenai tindakan kementerian dalam menghadapi penurunan kadar kelahiran di negara ini, pada sesi soal jawab di Dewan Negara.  Katanya, sebagai langkah produktif kerajaa

Anak berkelakuan pelik tanda OCPD?

Imej
  JIN BUDAK ikut naik kereta? Semasa kami di Pahang dan Johor, salah seorang anak kami berkelakuan pelik. Nampak simptom awal macam OCPD iaitu Obssessive Compulsive Personality Disorder atau Personaliti Obsessif Kompulsif, sejenis kecelaruan personaliti dengan sifat individu yang amat mementingkan kebersihan, ketelitian, kesempurnaan. Dia sentiasa cakap tangan dia kotor dan bertanya perlu ke basuh tangan? Selepas beberapa ketika, dia akan bertanya lagi soalan yang sama. Sedangkan saya lihat tangannya tidak kotor pun. Selepas balik Terengganu, keadaan tidak berubah malah lebih teruk apabila dia selalu cakap ada air atas lantai dan seluar dia basah sebab kencing. Sedangkan saya lihat tiada air pun di atas lantai. Seluar dia pun tak basah. Budak yang mengalami OCPD dan OCD memang akan menunjukkan simptom terlalu pembersih. Tapi naluri saya berkata ini bukan OCPD sebab jari tangan dia kadangkala seolah-olah membengkok macam jerangkung dalam cerita seram terutama pada waktu malam dan awal p

15 Julai 2017 Lahirnya Seorang Puteri

Imej
Alhamdulillah. Berkat doa semua, seorang puteri telah selamat dilahirkan pada jam 11.39 pagi Sabtu, 15 Julai 2017 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Kalau ada nama sesuai bolehlah cadangkan sebab anak ketiga ini doktor tak dapat sahkan lelaki atau perempuan sehinggalah lahir hari ini. :) Nama abang: 1. Muhammad Ahsan Umar 2. Muhammad Ayden Uwais