Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label anak lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak lelaki. Papar semua catatan

Cara Mengetahui Jantina Anak

by


Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika:

- Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
- Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
- Perut anda “rendah”.
- Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
- Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
- Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
- Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
- Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
- Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
- Kulit anda menjadi kering.
- Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
- Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
- Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
- Anda tidur mengiring ke kiri.
- Air kencing anda berwarna kuning cerah.
- Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
- Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika:

- Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- Perut anda bulat.
- Perut anda “tinggi”.
- Punggung kelihatan lebih besar
- Muka anda tidak berseri-seri.
- Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
- Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
- Kulit anda lembut.
- Anda suka marah-marah.
- Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
- Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
- Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
- Anda tidur mengiring ke kanan.
- Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
- Air kencing anda berwarna kuning samar.


Sembelihan lembu aqiqah untuk Umar dan Uwais

by

Sembelihan lembu aqiqah untuk anakanda Muhammad Ahsan Umar dan Muhammad Ayden Uwais. Pada hari raya Aidil Adha tahun ini, kami mengambil keputusan untuk melakukan ibadah aqiqah buat kedua putera kesayangan kami di kampung ibu kepada isteri saya iaitu di Kampung Bukit Gemuroh di Hulu Terengganu. Semoga menjadi anak yang taat dan beriman.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90