Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label akaun semasa maybank. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akaun semasa maybank. Papar semua catatan

Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank

by



Alhamdulillah, berjaya membuka Akaun Semasa Perniagaan di Maybank Islamic (MIB) Kuala Terengganu di Jalan Air Jernih setelah mendaftar entiti baru di SSM pada minggu lepas. Membuka Akaun Semasa Perniagaan di Maybank sedikit cerewet berbanding bank-bank lain. Namun kesusahan itu berbaloi kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar membayar menggunakan perkhidmatan Maybank. 

Selepas menghantar borang pada tengahari hari rabu, pada petang itu juga pegawai bank menelefon dan beritahu supaya datang pada pagi khamis kerana pihak bank sudah memberi lampu hijau. Biasanya semakan pembukaan akaun semasa mengambil masa 3-4 hari bekerja. Ada kalanya melebihi seminggu jika cawangan itu sibuk.

Saya sudah mempunyai Akaun Semasa Peribadi lebih 20 tahun dengan Maybank (dahulunya Pacific Bank di Jalan Banggol). Jadi, saya menjadi 'introducer' untuk diri sendiri, tidak perlu mencari introducer dari kalangan syarikat. Namun begitu, Maybank sudah tidak terima pemegang Akaun Semasa Peribadi sebagai introducer untuk buka akaun perniagaan / syarikat lain. Tapi jika kita sendiri sudah ada Akaun Semasa Peribadi lebih setahun, bank terima untuk menjadi introducer syarikat sendiri.

Semasa proses membuka akaun, pegawai bank akan bertanya pelbagai soalan mengenai perniagaan kita. Ini untuk memastikan akaun bank kita tidak digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang. Jika anda terlibat dengan perniagaan yang melibatkan duit keluar masuk yang banyak, bukalah Akaun Semasa Perniagaan (SME First Islamic Current Account). Datanglah ke cawangan MIB di Jalan Air Jernih. Anda tidak digalakkan ke Maybank Cawangan Utama di Jalan Sultan Ismail kerana mereka lebih selektif dan biasanya akan meletakkan syarat yang bukan-bukan. Ada kalanya mereka akan meletakkan syarat supaya anda membeli produk kewangan dengan mereka.

Semoga entiti baru ini akan memberikan lebih kejayaan dan motivasi baru untuk lebih maju di masa depan, InsyaAllah. Selamat berniaga buat para usahawan. Wassap 013 979 0000 jika ada sebarang kemusykilan, pertanyaan atau peluang perniagaan produk anda untuk kami pasarkan.


Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank

by

- Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan maklumat tentang perniagaan tersebut.

- Buat cop perniagaan. Pada cop ada nama perniagaan, no. SSM dan alamat (jika perlu). Cop rubber stamp perlu dibawa semasa membuka akaun.

- Pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Minta borang permohonan pembukaan akaun semasa perniagaan. Sebaiknya akaun jenis Islamik.

- Lengkapkan borang dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian).

- Bank akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda. Pihak bank akan menghubungi anda jika tiada masalah.

- Semasa hadir ke bank untuk pengaktifan akaun, bawa cop perniagaan.

- Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun.

- Perlu sediakan deposit RM2000. Deposit ini perlu dimasukkan melalui mesin cash deposit selepas sebaik sahaja akaun selesai dibuka. Mereka akan berikan no. akaun kepada anda.

- Masukkan wang deposit ke dalam akaun semasa anda yang baru saja siap dibuka.

- Buku cek akan diberikan dalam tempoh masa 3 hari bekerja, selepas akaun selesai didaftarkan.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90