Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel akaun semasa maybank

Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank

Imej
Alhamdulillah, berjaya membuka Akaun Semasa Perniagaan di Maybank Islamic (MIB) Kuala Terengganu di Jalan Air Jernih setelah mendaftar entiti baru di SSM pada minggu lepas. Membuka Akaun Semasa Perniagaan di Maybank sedikit cerewet berbanding bank-bank lain. Namun kesusahan itu berbaloi kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar membayar menggunakan perkhidmatan Maybank.  Selepas menghantar borang pada tengahari hari rabu, pada petang itu juga pegawai bank menelefon dan beritahu supaya datang pada pagi khamis kerana pihak bank sudah memberi lampu hijau. Biasanya semakan pembukaan akaun semasa mengambil masa 3-4 hari bekerja. Ada kalanya melebihi seminggu jika cawangan itu sibuk. Saya sudah mempunyai Akaun Semasa Peribadi lebih 20 tahun dengan Maybank (dahulunya Pacific Bank di Jalan Banggol). Jadi, saya menjadi 'introducer' untuk diri sendiri, tidak perlu mencari introducer dari kalangan syarikat. Namun begitu, Maybank sudah tidak terima pemegang Akaun Semasa Peri

Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan Maybank

Imej
- Perlu daftarkan perniagaan terlebih dahulu sama ada persendirian, perkongsian atau Sdn. Bhd. Dapatkan sijil pendaftaran SSM dan juga salinan maklumat tentang perniagaan tersebut. - Buat cop perniagaan. Pada cop ada nama perniagaan, no. SSM dan alamat (jika perlu). Cop rubber stamp perlu dibawa semasa membuka akaun. - Pergi ke mana-mana cawangan Maybank. Minta borang permohonan pembukaan akaun semasa perniagaan. Sebaiknya akaun jenis Islamik. - Lengkapkan borang dan kepilkan bersama dengan satu salinan fotostat sijil pendaftaran perniagaan dan salinan kad pengenalan (termasuk rakan kongsi jika perniagaan perkongsian). - Bank akan mengambil masa 3-7 hari bekerja untuk menyemak status perniagaan anda. Pihak bank akan menghubungi anda jika tiada masalah. - Semasa hadir ke bank untuk pengaktifan akaun, bawa cop perniagaan. - Syarat untuk buka akaun semasa perniagaan adalah perlu ada seorang Introducer yang telah memiliki akaun semasa sekurang-kurangnya setahun. - Perlu se