Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Petua

Petai berfungsi sebagai ejen antioksidan

Imej
  Mengikut kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak tinggi berbanding tumbuhan hutan lain. Petai dikatakan mengandungi lapan peratus protein, 11 peratus karbohidrat, 71 peratus air serta banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai ejen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji petai yang dikupas juga dijadikan sambal tumis bersama udang atau kerang. Di kawasan kampung, pokok ini ditanam bagi mengawal hakisan dan sebagai bahan makanan ternakan. Pokok petai berbuah dua kali setahun iaitu pada Mac hingga April dan Ogos hingga September. Pokoknya biasanya ditanam menggunakan biji benih dan keratan batang. Pokok petai adalah pokok saka yang besar dan rendang serta boleh tumbuh setinggi 30 m

Buah delima bantu cegah sembelit dan pelupa

Imej
  Buah delima kaya pelbagai khasiat untuk kesihatan Delima antara buah-buahan terbaik kerana banyak manfaat kesihatan dan kaya dengan pelbagai khasiat. Menurut Ketua Pakar Diet, Jindal Naturecure Institute, Sushma PS, berkata delima kaya dengan antioksidan terutamanya polifenol dan antosianin. Katanya, sebatian ini membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan, mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan Delima adalah sumber nutrien penting yang baik termasuk mengandungi vitamin C, kalium dan serat. "Delima juga mengandungi serat makanan untuk meningkatkan kesihatan pencernaan dengan menyokong pergerakan usus secara teratur dan mencegah sembelit," katanya. Manfaat lain buah delima Buah delima boleh memberi manfaat kepada pelbagai keadaan yang berkaitan dengan keradangan termasuk penyakit arthritis dan gangguan keradangan lain. Menurut pakar diet, ada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan buah delima mungkin memberi kesan positif pada ingatan dan fungsi kognitif yang b

Petua Lambatkan Penuaan Hingga Enam Tahun

Imej
  Sekumpulan saintis mendedahkan lapan langkah kesihatan yang dikatakan mampu melambatkan proses  penuaan  badan sehingga enam tahun. Pakar dari Amerika Syarikat (AS) berpandangan mengekalkan berat badan, gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah dalam kawalan, sambil mengamalkan tidur dan pemakanan sihat, melakukan aktiviti senaman dan tidak merokok mungkin boleh melambatkan proses penuaan sekitar enam tahun. Lapor The Guardian, satu kajian menunjukkan kesemua langkah berkenaan menggalakkan kesihatan jantung yang baik sekaligus mampu memperlahankan kadar penuaan biologi sehingga enam tahun. Kajian itu berdasarkan data daripada lebih 6,500 orang dewasa dengan purata umur 47 tahun. Penemuan itu dibentangkan pada persidangan Sesi Saintifik Persatuan Jantung Amerika (AHA) di Philadelphia. Para penyelidik menyatakan individu yang mempunyai kesihatan kardiovaskular baik adalah kira-kira enam tahun lebih muda secara biologi berbanding usia sebenar mereka. “Penemuan ini membantu kita mem

Petua Awet Muda dan Kulit Cantik

Imej
  Amalan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bukan saja penting untuk kesihatan badan, malah dapat membantu mengekalkan kecantikan kulit dan keanjalannya supaya kelihatan awet muda. Dengan mengambil minuman air kosong yang mencukupi, ia dapat memastikan organ badan termasuk kulit berfungsi sewajarnya. Selain itu, terdapat beberapa petua lain yang boleh diamalkan untuk memastikan kulit kekal sihat dan cantik. P etua mudah yang boleh diamalkan: * Cuci muka dengan air bersih sebelum tidur Jika muka tidak dibersihkan, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang. Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan penggunaan penyegar (toner) disusuli krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah. Pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul. * Oleskan krim tabir suria Apabila keluar rumah, jangan lupa untuk lindungi wajah dengan k

Petua hilangkan pijar cili

Imej
  Seorang doktor berkongsi petua bagi mengelakkan tangan menjadi pijar selepas memegang cili. Perkongsian Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan di media sosial itu mendapat perhatian orang ramai terutamanya golongan wanita yang tidak sabar mencuba petua tersebut. Menurutnya, tangan menjadi pijar selepas memegang cili kerana ia mengandungi capsaicin yang akan merangsang reseptor deria sakit. “Kalau terkena kulit, kita akan rasa pijar. Kalau terkena lidah kita akan rasa pedas. “Capsaicin ini tidak larut air, kalau kita cuci tangan dengan air sahaja ia sukar ditanggalkan dari kulit kita,” katanya di media sosial hari ini. Kata Kamarul Ariffin, capsaicin tersebut boleh larut dalam minyak atau lemak. “Orang ramai boleh menggunakan susu berlemak yang mengandungi sejenis protin dipanggil casein yang akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun. “Seterusnya, menggunakan minyak yang akan mencairkan capsaicin dan perlu dibilas deng

Petua Untuk Sentiasa Kelihatan Muda

Imej
1. Ingat Tuhan. Apa pun yang kita minta jangan sampai lupa pada siapa yang mencipta dan siapa juga yang memberikan kita nikmat itu. Nescaya apa yang diminta akan dikurniakan. Apakah layak untuk kita meminta sesuatu itu namun kita sendiri masih lupa pada siapa yang akan mengurniakan permintaan kita tersebut? “Duhai anakku sayang, janganlah engkau mempersekutuka n Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah itu betul-betul kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13) 2. Sentiasa tersenyum - Senyuman yang dilempar itu secara tidak langsung membuatkan orang sekeliling turut tersenyum kepada anda. Jangan lupa, mereka yang kerap kali muram dan masam muka, amatlah hodoh sekali bila dipandang. 3. Sentiasa bahagiakan diri - Jangan suka menimbulkan gaduh dengan orang lain. Banyakkan membantu mereka yang di dalam kesusahan. “Sesiapa yang bersedia memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa bersedia untuk memnuhi hajatnya.” (Riwayat Ibn Abbas). 4. Sentiasa memakai krim pelembap