Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Petai berfungsi sebagai ejen antioksidan

by

 


Mengikut kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak tinggi berbanding tumbuhan hutan lain.

Petai dikatakan mengandungi lapan peratus protein, 11 peratus karbohidrat, 71 peratus air serta banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai ejen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai).

Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji petai yang dikupas juga dijadikan sambal tumis bersama udang atau kerang.

Di kawasan kampung, pokok ini ditanam bagi mengawal hakisan dan sebagai bahan makanan ternakan.

Pokok petai berbuah dua kali setahun iaitu pada Mac hingga April dan Ogos hingga September.

Pokoknya biasanya ditanam menggunakan biji benih dan keratan batang. Pokok petai adalah pokok saka yang besar dan rendang serta boleh tumbuh setinggi 30 meter.

Batangnya lurus, berwarna kelabu keperang-perangan, licin manakala bentuk silaranya rendang dan terbuka.

Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis dikenali sebagai papan atau lenggai.

Panjang lenggai ialah 35 hingga 50 sentimeter (sm) dan lebarnya tiga hingga lima sm.

Setiap lenggai buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut.

Lenggai ini buncit mengikut saiz biji. Bijinya berbentuk ovoid bersaiz 1 hingga 2.5 sm.

Buah delima bantu cegah sembelit dan pelupa

by

 


Buah delima kaya pelbagai khasiat untuk kesihatan

Delima antara buah-buahan terbaik kerana banyak manfaat kesihatan dan kaya dengan pelbagai khasiat.

Menurut Ketua Pakar Diet, Jindal Naturecure Institute, Sushma PS, berkata delima kaya dengan antioksidan terutamanya polifenol dan antosianin.

Katanya, sebatian ini membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan, mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan

Delima adalah sumber nutrien penting yang baik termasuk mengandungi vitamin C, kalium dan serat.

"Delima juga mengandungi serat makanan untuk meningkatkan kesihatan pencernaan dengan menyokong pergerakan usus secara teratur dan mencegah sembelit," katanya.

Manfaat lain buah delima

Buah delima boleh memberi manfaat kepada pelbagai keadaan yang berkaitan dengan keradangan termasuk penyakit arthritis dan gangguan keradangan lain.

Menurut pakar diet, ada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan buah delima mungkin memberi kesan positif pada ingatan dan fungsi kognitif yang berpotensi mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer atau pelupa.

Delima mengandungi sebatian dengan sifat antibakteria dan antivirus, yang boleh membantu meningkatkan sistem imun dan melindungi daripada jangkitan.

"Buah ini agak rendah kalori dan boleh menjadi makanan ringan yang baik menjadikannya pilihan yang sesuai bagi mereka yang ingin menguruskan berat badan mereka," kata.

Petua memilih buah delima masak

* Cari yang saiznya berat : Ia lebih berair dan mempunyai kulit licin dan tidak bertanda.

* Cara menyimpan buah delima - Simpan di tempat sejuk dan kering atau di dalam peti sejuk agar segar lebih lama.

Kegunaan lain buah delima:

* Teh delima: Buat Teh dengan kulit kering untuk minuman yang sihat.

* Cuka delima: Gunakan kulit dan biji untuk membuat cuka masam untuk memasak.

* Serbuk delima: Keringkan dan kisar kulitnya untuk membuat serbuk bagi menambah khasiat pada makanan dan minuman.

Petua Lambatkan Penuaan Hingga Enam Tahun

by

 



Sekumpulan saintis mendedahkan lapan langkah kesihatan yang dikatakan mampu melambatkan proses penuaan badan sehingga enam tahun.

Pakar dari Amerika Syarikat (AS) berpandangan mengekalkan berat badan, gula dalam darah, kolesterol dan tekanan darah dalam kawalan, sambil mengamalkan tidur dan pemakanan sihat, melakukan aktiviti senaman dan tidak merokok mungkin boleh melambatkan proses penuaan sekitar enam tahun.

Lapor The Guardian, satu kajian menunjukkan kesemua langkah berkenaan menggalakkan kesihatan jantung yang baik sekaligus mampu memperlahankan kadar penuaan biologi sehingga enam tahun.

Kajian itu berdasarkan data daripada lebih 6,500 orang dewasa dengan purata umur 47 tahun.

Penemuan itu dibentangkan pada persidangan Sesi Saintifik Persatuan Jantung Amerika (AHA) di Philadelphia.

Para penyelidik menyatakan individu yang mempunyai kesihatan kardiovaskular baik adalah kira-kira enam tahun lebih muda secara biologi berbanding usia sebenar mereka.

“Penemuan ini membantu kita memahami kaitan antara umur kronologi dan umur biologi serta bagaimana mengikuti tabiat gaya hidup sihat yang boleh membantu individu hidup lebih lama.

“Semua orang mahu hidup lebih lama namun apa yang penting adalah hidup sihat lebih lama supaya kita dapat menikmati dan mempunyai kualiti kehidupan yang baik selama bertahun-tahun lama yang mungkin,” kata ketua kumpulan penulis Life’s Essential 8, Donald Lloyd Jones.

Life’s Essential 8 yang merupakan alat penilaian kesihatan AHA, bertujuan mentakrifkan kesihatan jantung berdasarkan masing-masing empat langkah gaya hidup dan empat penanda kesihatan yang boleh diubah suai.

Untuk mengukur umur fenotip atau biologi individu, para penyelidik memeriksa tahap metabolisme serta fungsi organ.

Selepas mengambil kira faktor sosial, ekonomi dan demografi, pasukan penyelidik berkata, individu yang mempunyai skor Life’s Essential 8 tertinggi dikaitkan dengan umur biologi kira-kira enam tahun lebih muda.

Sumber : Utusan


Petua Awet Muda dan Kulit Cantik

by

 



Amalan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bukan saja penting untuk kesihatan badan, malah dapat membantu mengekalkan kecantikan kulit dan keanjalannya supaya kelihatan awet muda.

Dengan mengambil minuman air kosong yang mencukupi, ia dapat memastikan organ badan termasuk kulit berfungsi sewajarnya.

Selain itu, terdapat beberapa petua lain yang boleh diamalkan untuk memastikan kulit kekal sihat dan cantik.

Petua mudah yang boleh diamalkan:

* Cuci muka dengan air bersih sebelum tidur

Jika muka tidak dibersihkan, kotoran dan bakteria pada muka boleh menyebabkan jerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

Setiap kali selepas mencuci muka, amalkan penggunaan penyegar (toner) disusuli krim pelembap bagi membekalkan kelembapan pada wajah.

Pastikan muka anda dibersihkan sebelum memulakan senaman kerana apabila berpeluh, ia akan mengurangkan kotoran serta bakteria yang terkumpul.

* Oleskan krim tabir suria

Apabila keluar rumah, jangan lupa untuk lindungi wajah dengan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit daripada terbakar.

* Ambil vitamin C

Ambil vitamin C, bagaimanapun ia tidak bermakna anda perlu minum jus oren setiap pagi.

Jika boleh, pilih produk penjagaan kulit yang mengandungi vitamin C. Bahan antioksidan yang sangat mujarab ini memberi perlindungan kepada kulit anda daripada faktor alam sekitar yang memudaratkan dan menggalakkan pengeluaran kolagen.

Dengan kolagen secukupnya, kulit anda bukan saja akan kekal gebu dan menarik, malah dapat mengekalkan kelembapannya supaya ia sentiasa tampak segar, sihat dan berseri.

* Buang tabiat buruk

Anda mungkin mempunyai satu atau dua tabiat buruk yang tanpa disedari boleh memudaratkan kulit anda dan mengurangkan tahap penghidratannya.

Antara tabiat buruk yang perlu dihentikan seperti merokok, minum alkohol secara berlebihan dan pengambilan terlalu banyak kafein yang boleh menjejaskan kelembapan kulit anda.

Lama-kelamaan kulit anda akan berkedut dan kendur. Jadi buang tabiat buruk ini atau hadkan ke tahap minimum demi kesihatan dan kecantikan kulit anda.

* Makan secara sihat

Mengamalkan diet yang sihat dan seimbang cara terbaik untuk menjaga kesihatan kulit.

Apabila anda memberikan nutrien dan vitamin untuk keperluan dalaman badan anda, kesannya akan dapat dilihat di luar. Untuk itu, pastikan badan anda mendapat asid lemak secukupnya untuk membantu mengekalkan penghidratan dan keanjalan kulit.

* Hadkan pendedahan kepada cahaya

Sinaran sinar ultraungu (UV) atau alam sekitar yang berbahaya boleh menjejaskan kulit. Antara yang boleh menjejaskan tahap kelembapan kulit anda termasuk sinar matahari, kepanasan keterlaluan dan kesejukan keterlaluan.

Apabila musim bertukar, pastikan perlindungan yang sewajarnya untuk kulit anda supaya ia tidak menjadi mangsa.

* Dapatkan produk bantu memperbaiki kulit wajah

Beberapa jenis produk yang boleh meningkatkan kecantikan kulit iaitu losyen, pelembap, penyegar, cecair penanggal solekan dan bahan sental wajah.

Jika kulit kering, gunakan produk yang tertera 'untuk kulit kering' atau 'untuk kulit sensitif'.

Jauhi produk jenis sabun yang akan menyebabkan kulit bertambah kering kerana kebanyakan sabun seperti sabun mandi boleh menyebabkan kulit kering.

Mungkin ada yang sesuai dengan sabun tertentu tetapi belum tentu sesuai dengan anda kerana setiap orang memiliki tahap sensitiviti kulit yang berbeza.

Elakkan mandi terlalu lama atau menggosok sabun pada kulit terlalu lama juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

Malah, penggunaan air panas untuk mandi juga boleh menyebabkan kulit kering. Jadi cara terbaik gunakan air bersih.

Jika air di persekitaran anda kualitinya kurang baik, sebaik-baiknya tapis terlebih dulu dengan alat penapis air bersih.




Petua hilangkan pijar cili

by

 


Seorang doktor berkongsi petua bagi mengelakkan tangan menjadi pijar selepas memegang cili.

Perkongsian Doktor Kamarul Ariffin Nor Sadan di media sosial itu mendapat perhatian orang ramai terutamanya golongan wanita yang tidak sabar mencuba petua tersebut.

Menurutnya, tangan menjadi pijar selepas memegang cili kerana ia mengandungi capsaicin yang akan merangsang reseptor deria sakit.

“Kalau terkena kulit, kita akan rasa pijar. Kalau terkena lidah kita akan rasa pedas.

“Capsaicin ini tidak larut air, kalau kita cuci tangan dengan air sahaja ia sukar ditanggalkan dari kulit kita,” katanya di media sosial hari ini.

Kata Kamarul Ariffin, capsaicin tersebut boleh larut dalam minyak atau lemak.

“Orang ramai boleh menggunakan susu berlemak yang mengandungi sejenis protin dipanggil casein yang akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas dengan air sabun.

“Seterusnya, menggunakan minyak yang akan mencairkan capsaicin dan perlu dibilas dengan air sabun. Petua ketiga ialah cuka, ia bersifat alkali yang boleh meneutralkan kesan pijar. Boleh juga gunakan air asam, perahan limau atau sos tomato.

“Alkohol juga boleh digunakan, jadi, orang ramai boleh gunakan cecair pembasmi kuman berasaskan alkohol. Terakhir sekali ialah losyen berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin disusuli dengan bilasan air sabun untuk membuang losyen yang telah dicemari capsaicin tersebut,” jelasnya. 

Sumber dai Kosmo!

Petua Untuk Sentiasa Kelihatan Muda

by
1. Ingat Tuhan. Apa pun yang kita minta jangan sampai lupa pada siapa yang mencipta dan siapa juga yang memberikan kita nikmat itu. Nescaya apa yang diminta akan dikurniakan. Apakah layak untuk kita meminta sesuatu itu namun kita sendiri masih lupa pada siapa yang akan mengurniakan permintaan kita tersebut? “Duhai anakku sayang, janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah itu betul-betul kezaliman yang besar.” (Surah Luqman, ayat 13)

2. Sentiasa tersenyum - Senyuman yang dilempar itu secara tidak langsung membuatkan orang sekeliling turut tersenyum kepada anda. Jangan lupa, mereka yang kerap kali muram dan masam muka, amatlah hodoh sekali bila dipandang.

3. Sentiasa bahagiakan diri - Jangan suka menimbulkan gaduh dengan orang lain. Banyakkan membantu mereka yang di dalam kesusahan. “Sesiapa yang bersedia memenuhi hajat saudaranya, Allah sentiasa bersedia untuk memnuhi hajatnya.” (Riwayat Ibn Abbas).

4. Sentiasa memakai krim pelembap - Ini bagi mengekalkan keanjalan kulit disamping tidak lupa mengambil suplemeni tambahan seperti vitamin-vitamin mengikut arahan pegawai perubatan. Krim pelembap amat penting bagi mengekalkan warna pada tone kulit.

5. Amalkan gaya hidup yang sihat - Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan setiap kali itu selama 30 minit adalah diperlukan dalam pengamalan gaya hidup yang sihat. Kekalkan BMI (Body Mass Index) anda di dalam nilai yang normal. Apabila semua ini mampu dilaksanakan, lebih mudahlah penyakit-penyakit akan terhindar. Bukankah hidup dengan sihat, tanpa penyakit itu sendiri akan menjadikan anda sentiasa tersenyum, gembira, puas dan lebih remaja dalam menikmati alam ini?


http://www.facebook.com/ePetua



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90