Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Motivasi

Kenapa isteri selalu marah suami?

Imej
  Penulis asal: Abu Hurairah Sejak akhir-akhir ni, ISTERI KERAP MARAH. Masuk kereta marah, balik rumah marah, tengah mandi marah, dekat dapur marah, tengah suap makan marah, tengah jalan marah. Allahu, kadang tak mampu menghadapi isteri yang marah ni. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam macam susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi. Hanya rupanya masih lah seorang siti. Bila dia marah, saya lebih banyak diam. Selawat dan minta Tuhan tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Saya cuba faham tapi tak boleh tanya kenapa. Kadang berhari-hari melayani marahnya. Kadang sejam dua kemudian tambah seminit tiga semula. Diam dan sabar sahaja, itu kuncinya. Walau demi Allah, tak pernah mudah. Selesai isteri marah, saya ajak makan. Bagi dia makan apa yang dia suka. Ajak dia pergi Ikea atau mana tempat yang dia suka. Pergi bata beli kasut baru untuknya. Dalam kereta, saya tanya biasa saja. "Boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Saya k

7 tanda anda seorang genius!

Imej
  Individu yang genius sering kali dianggap pelik dan ganjil. Malah kadang kala mereka juga disisihkan sejak kecil kerana berkelakuan 'kera sumbang' dan enggan bermasyarakat disebabkan sering melakukan perkara yang berada dalam fikiran. Tapi adakah anda tahu bahawa golongan bijak pandai ini memiliki ciri yang sama dan membentuk persona mereka. Ciri-ciri anda seorang yang genius: 1. Pemikir yang sangat mendalam Apa jua aspek pasti difikirkannya sehingga ke akar umbi. Fikiran mereka sentiasa bergerak dan berputar, malahan mereka juga cenderung untuk memikirkan masalah dengan lebih produktif. Pada masa sama, mereka juga akan memikirkan perspektif yang berbeza dan kemungkinan hal negatif yang boleh berlaku. Dengan setiap perspektif, mereka akan memahami masalah dengan lebih baik dan mencari bukan sahaja penyelesaian tetapi juga berinovasi melaluinya. 2. Tidak jemu dengan ilmu pengetahuan Mereka sentiasa mendambakan pengetahuan dan akan berusaha keras untuk mencuba mahupun menerokai

Rendah diri tiada kelopak mata, kini jadi tauke produk

Imej
  Menghidapi Sindrom Blepharophimosis atau kelopak mata tidak normal bukan penghalang wanita ini berjaya dalam hidup, sebaliknya bangkit penuh bersemangat untuk menjadi usahawan cemerlang. Usahawan, Nur Syahidah Aimullah Abdul Rahim, 32, berasal dari Ipoh, Perak menghidap sindrom itu sejak lahir dan disahkan akibat genetik berikutan bapanya juga menghidap sindrom yang sama, selain adik perempuannya. Anak sulung daripada lima beradik itu mengakui masalah dihadapinya itu membuatkannya tidak yakin, merasa rendah diri, malu dan takut untuk berhadapan dengan orang ramai sejak kecil. Katanya, ini kerana orang ramai akan sentiasa melihat muka terutama pada bahagian kedua-dua matanya dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepadanya. "Sejujurnya sehingga sekarang apabila saya ke mana-mana saya akan sentiasa dipandang orang kerana mereka mungkin merasakan saya 'pelik'. "Tetapi apabila sudah semakin dewasa saya sudah membiasakan diri dan jika ada yang bertanya, saya akan jawab deng

Mengaji al-Quran tajamkan fikiran jadi amalan pelajar cemerlang

Imej
  Mengaji al-Quran dan solat hajat setiap hari menjadi amalan seorang pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan Mumtaz Sofi dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020. Pelajar dari Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, Muhammad Amnan Hazimi Che Mat, 19, memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) bagi 10 mata pelajaran yang diambil. Katanya, bagi menajamkan fikiran untuk menghafal pelajaran, dia mengamalkan baca al-Quran selepas solat Maghrib setiap hari. "Bacaan al-Quran ini penting kerana saya perlu tajamkan fikiran memandangkan subjek STAM ini kesemuanya perlu menghafal. "Jika fikiran tenang, proses menghafal juga akan jadi lebih senang dan mudah mengingati setiap subjek yang dipelajari. "Selain itu, saya akan fokus dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta bertanya kepada guru jika tidak memahami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Enggang di Kota Bharu. Anak ketiga daripada lima beradik itu mengakui terkeju

3 Cara Menangani Stress

Imej
1.Senyum. Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah.. 2.Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik. 3.Bertenang. Janganlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada pe

Does your name begin with...?

Imej
Does your name begin with: A? You are not particularly romantic, but you are interested in action. You mean business. With you, what you see is what you get. You have no patience for flirting and can't be bothered with someone who is trying to be coy, cute, demure, and subtly enticing. You are an up-front person. You often don't get hints, you never pass any. Brains turn you on. You must feel that your partner is intellectually stimulating; otherwise you will find it di fficult to sustain the relationship. You require loving, cuddling, wining, and dining to know that you're being appreciated. Your mate's physical attractiveness is important for you. You tend to be very practical, not very emotional. Your choices are very good can only lead to trouble. You are very self satisfied & egoistic. Does your name begin with: B? You give off vibes of lazy sensuality. You enjoy being romanced, wined, and dined. You are very happy to receive gifts as an statement of the