Top Ad 728x90

Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Kenapa isteri selalu marah suami?

by


 

Penulis asal: Abu Hurairah


Sejak akhir-akhir ni, ISTERI KERAP MARAH.


Masuk kereta marah, balik rumah marah, tengah mandi marah, dekat dapur marah, tengah suap makan marah, tengah jalan marah.

Allahu, kadang tak mampu menghadapi isteri yang marah ni. Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam macam susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi. Hanya rupanya masih lah seorang siti.

Bila dia marah, saya lebih banyak diam. Selawat dan minta Tuhan tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Saya cuba faham tapi tak boleh tanya kenapa.


Kadang berhari-hari melayani marahnya.

Kadang sejam dua kemudian tambah seminit tiga semula.

Diam dan sabar sahaja, itu kuncinya. Walau demi Allah, tak pernah mudah.

Selesai isteri marah, saya ajak makan. Bagi dia makan apa yang dia suka. Ajak dia pergi Ikea atau mana tempat yang dia suka. Pergi bata beli kasut baru untuknya.


Dalam kereta, saya tanya biasa saja.

"Boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Saya kesian dengan awak. Tapi, saya mampu diam sebab saya tak tahu apa masalah sebenar."

Isteri diam. Dia tundukkan wajahnya.

Isteri terbeban. Ya, apalagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.


Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk dirumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya.

Tapi, dia tak boleh. Dia juga kena bekerja. Dia juga kena berusaha.Dia kena mencari rezeki bersama. Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi bisnes yang turun dan naik.


Itu membuatkan isteri kita akan jadi marah.

Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tak tahu nak meletakkan marah itu dimana.

Itu yang kita lihat banyaknya status luahan di KRT atau FB adalah dari wanita yang begini rupa. Mereka marah tanpa mereka sedar.


Maka, apa yang kita boleh buat sebagai suami?

Samada kita suka atau tidak, kita hadapi saja marahnya. Panasnya. Emosinya. Rajuknya. Leternya.


Sebab, hanya suami yang isteri kita ada.

Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tensen macam kita. Isteri tak reti download movie dan menontonnya sambil suka-suka. Isteri tak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya.


Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut.

Tidak! Tak perlu selesaikan pun.


Disini suami harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.

Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda kita lelaki yang paling dia cinta dan percaya.


Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka.

Termasuk saya.

Isteri kita, bukti cinta kita pada Tuhan kita.


7 tanda anda seorang genius!

by

 


Individu yang genius sering kali dianggap pelik dan ganjil.

Malah kadang kala mereka juga disisihkan sejak kecil kerana berkelakuan 'kera sumbang' dan enggan bermasyarakat disebabkan sering melakukan perkara yang berada dalam fikiran.

Tapi adakah anda tahu bahawa golongan bijak pandai ini memiliki ciri yang sama dan membentuk persona mereka.

Ciri-ciri anda seorang yang genius:

1. Pemikir yang sangat mendalam

Apa jua aspek pasti difikirkannya sehingga ke akar umbi.
Fikiran mereka sentiasa bergerak dan berputar, malahan mereka juga cenderung untuk memikirkan masalah dengan lebih produktif.

Pada masa sama, mereka juga akan memikirkan perspektif yang berbeza dan kemungkinan hal negatif yang boleh berlaku.

Dengan setiap perspektif, mereka akan memahami masalah dengan lebih baik dan mencari bukan sahaja penyelesaian tetapi juga berinovasi melaluinya.

2. Tidak jemu dengan ilmu pengetahuan

Mereka sentiasa mendambakan pengetahuan dan akan berusaha keras untuk mencuba mahupun menerokai kemungkinan dalam semua perkara yang mereka fikirkan.

Hampir tidak ada hari di mana mereka tidur tanpa mempelajari sesuatu yang baru atau mendalami sesuatu yang mereka fikirkan.

3. Mengaku tidak tahu

Semakin kurang bijak anda semakin anda melebihkan keupayaan mental.

Jika ada, lebih ramai orang yang bijak meremehkan perkara dengan harapan mereka dapat mengetahui lebih lanjut tentang perkara yang mereka tidak tahu.

Golongan seperti ini merasakan mereka lebih produktif untuk mengakui hakikat bahawa mereka tidak tahu sesuatu dan berusaha untuk mengetahuinya.

4. Mereka menikmati dan tidak sabar untuk meluangkan masa dengan diri sendiri

Anda akan mendapati bahawa orang yang bijak suka 'melaburkan' masa dalam fikiran mereka sendiri.
Mereka juga cenderung lebih individualistik daripada orang lain, bukan sahaja menghabiskan terlalu banyak masa dengan orang ramai mengurangkan kepuasan mereka tetapi ia juga memberi mereka lebih sedikit masa untuk introspeksi pada pemikiran sendiri.

Kebanyakan mereka lebih gemar tidak berhubung dengan masyarakat dalam beberapa perkara yang mereka kurang minat dan hanya bercakap apabila rasa perlu.

Dalam erti kata itu, mereka 'tidak benar-benar sesuai' dengan hidup bermasyarakat.

5. Tidak kemas atau tidak teratur

Jika anda sering dituduh meninggalkan meja atau bilik yang tidak kemas, kemungkinan besar anda seorang yang genius!

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan, Universiti Minnesota menyimpulkan bahawa jika seseorang itu tidak menghabiskan banyak masa untuk membersih dan mengatur barangannya, ia bermakna fikirannya sibuk dengan hal yang lebih penting.

Para penyelidik mendakwa bahawa ia membawa kepada output kreatif yang lebih baik.


6. Kurang tidur

Jika anda lebih suka berjaga lewat, kemungkinan besar anda tergolong dalam kalangan orang yang lebih pintar daripada segi intelek.

Penyelidikan seperti ini dalam Psychology Today mendedahkan bahawa burung hantu malam dikaitkan dengan tahap IQ yang lebih tinggi berbanding dengan burung hantu pagi.

Fikiran mereka jarang tenang dan sering sukar berehat kerana terlalu memikirkan sesuatu hal.
Orang seperti J.R.R. Tolkien, Pharrell Williams, Mark Zuckerberg, Charles Darwin dan Presiden Obama adalah 'makhluk malam'.

7. Gemar untuk berlengah-lengah

Orang pintar akan menangguhkan tugasan remeh semata-mata mahu melakukan kerja berkaitan perihal diri sendiri.

Dalam erti kata lain, mereka gemar untuk berlengah-lengah kerana merasakan masa itu sebagai sesuatu yang sangat berharga dan diperlukan untuk mengendalikan tugasan yang lebih kreatif.
Sering kali kebanyakan kerja asal mereka datang melalui banyak masa yang dihabiskan untuk berfikir, merenung dan memikirkan apa sahaja yang mereka fikirkan.

Sumber : mSTAR

Rendah diri tiada kelopak mata, kini jadi tauke produk

by

 


Menghidapi Sindrom Blepharophimosis atau kelopak mata tidak normal bukan penghalang wanita ini berjaya dalam hidup, sebaliknya bangkit penuh bersemangat untuk menjadi usahawan cemerlang.

Usahawan, Nur Syahidah Aimullah Abdul Rahim, 32, berasal dari Ipoh, Perak menghidap sindrom itu sejak lahir dan disahkan akibat genetik berikutan bapanya juga menghidap sindrom yang sama, selain adik perempuannya.

Anak sulung daripada lima beradik itu mengakui masalah dihadapinya itu membuatkannya tidak yakin, merasa rendah diri, malu dan takut untuk berhadapan dengan orang ramai sejak kecil.

Katanya, ini kerana orang ramai akan sentiasa melihat muka terutama pada bahagian kedua-dua matanya dan tertanya-tanya apa yang berlaku kepadanya.

"Sejujurnya sehingga sekarang apabila saya ke mana-mana saya akan sentiasa dipandang orang kerana mereka mungkin merasakan saya 'pelik'.

"Tetapi apabila sudah semakin dewasa saya sudah membiasakan diri dan jika ada yang bertanya, saya akan jawab dengan jujur sindrom dihadapi," katanya.

Nur Syahidah yang sudah berkahwin dan kini menetap di Kulim, Kedah berkata, walaupun tiada kelopak mata sejak kecil, ia bukan penghalang beliau melakukan rutin harian seperti orang lain.

Malah katanya, beliau hanya memakai cermin mata kerana silau.

"Tiada kelopak mata memang ada sedikit kekurangan sebagai contoh orang lain dapat melihat bangunan empat tingkat dari jauh dengan mudah dan jelas, tetapi berbeza dengan saya yang hanya dapat melihat tiga tingkat.

"Tetapi bukan halangan atau membuatkan pergerakan saya terbatas kerana saya masih boleh melakukan rutin sama seperti biasa," katanya.

Ada rawatan kosmetik untuk kelopak mata, tapi beliau merasakan tiada keperluan melakukannya.

Ketika ini, beliau selesa dengan keadaan yang dihidapi sejak kecil, selain menganggap diri istimewa berbanding orang lain.

"Jika pada masa akan datang sindrom ini mengganggu kesihatan saya seperti menyebabkan rabun teruk, saya akan membuat pembedahan yang sewajarnya," katanya.

Beliau yang sebelum ini berniaga kuih secara kecilan di rumah berkata, hidupnya kini berubah 180 darjah selepas menjadi juara pertandingan Resipi Berani Maggi musim kedua, pada Ogos lalu.

Katanya, program itu adalah sebahagian daripada Program Mentor Wanita Cukup Berani yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar daripada zon selesa dan mencuba sesuatu yang baharu.

Selain menerima wang tunai RM8,000, lebih menggembirakannya beliau menerima bimbingan peribadi selama lapan minggu bersama ikon usahawan Anne Idris.

"Kemenangan itu membolehkan saya kini mempunyai produk dengan jenama sendiri iaitu rendang dendeng daging yang juga hidangan pada pusingan akhir pertandingan berkenaan.

"Produk ini hasil bimbingan Anne yang membantu dari segi memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan," katanya yang mengeluarkan daging dendeng Syahidah Food sejak dua bulan lalu.

Akuinya, bukan mudah untuk memulakan perniagaan dan pada bulan pertama jualan tidak memberangsangkan.

Namun, selepas menukar pembungkusan produk jualan dua kali ganda.

Katanya, beliau kini menjual rendang menerusi laman e-dagang popular serta laman sosial miliknya dan sering mempromosikan sendiri produknya.

"Saya yakin kekurangan saya ini bukan penghalang pencetus kejayaan pada masa akan datang," katanya.

Sumber Dari Berita Harian

Mengaji al-Quran tajamkan fikiran jadi amalan pelajar cemerlang

by

 

Mengaji al-Quran dan solat hajat setiap hari menjadi amalan seorang pelajar cemerlang yang memperoleh keputusan Mumtaz Sofi dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020.

Pelajar dari Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, Muhammad Amnan Hazimi Che Mat, 19, memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) bagi 10 mata pelajaran yang diambil.

Katanya, bagi menajamkan fikiran untuk menghafal pelajaran, dia mengamalkan baca al-Quran selepas solat Maghrib setiap hari.

"Bacaan al-Quran ini penting kerana saya perlu tajamkan fikiran memandangkan subjek STAM ini kesemuanya perlu menghafal.

"Jika fikiran tenang, proses menghafal juga akan jadi lebih senang dan mudah mengingati setiap subjek yang dipelajari.

"Selain itu, saya akan fokus dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) serta bertanya kepada guru jika tidak memahami," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Enggang di Kota Bharu.

Anak ketiga daripada lima beradik itu mengakui terkejut dengan keputusan itu dan bersyukur kerana dapat memberi yang terbaik kepada kedua-dua ibu bapanya.

Katanya, dia menghadiahkan keputusan itu kepada ayahnya, Che Mat Che Daud, 53, dan ibu, Malita Mohd Zain, 49, yang masing-masing bekerja sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Juruteknologi Maklumat Kesihatan Awam Perol di Batu Lapan.

"Alhamdulillah atas keputusan ini dan saya bercadang menyambung pelajaran dalam bidang perundangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sementara itu, Che Mat bersyukur atas pengorbanan dan usaha anaknya itu untuk mencapai cita-citanya.

"Sebagai bapa, saya dan isteri sentiasa memberi semangat kepada anak untuk meneruskan usaha, terutama dalam menelaah pelajaran kerana kami tahu belajar di musim pandemik COVID-19 ini sangat mencabar dan perlu kesabaran," katanya.

Sumber dari Berita Harian

 

3 Cara Menangani Stress

by
1.Senyum.

Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

2.Bersendirian.

Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

3.Bertenang.

Janganlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.



Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90