Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kesihatan

Kenali jenis sarung tangan yang selamat untuk penyediaan makanan

Imej
  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menegur seorang peniaga yang tular menggunakan sarung tangan berwarna kuning ketika menyediakan makanan. Ini berikutan tidak semua sarung tangan boleh digunakan untuk menyediakan makanan. Ada sesetengah sarung tangan mengandungi serbuk putih dan bahan kimia.  Oleh itu, jika digunakan sembarangan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan, cirit-birit, muntah, kembung perut, sakit perut dan pencemaran silang ( cross contamination ). Menerusi ciapan di platform X, KKM memaklumkan bahawa  penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan. “Sarung tangan jenis nitrile ( powder-free-glove ) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. “Bagi mengelakkan pencemaran silang, sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” jelas KKM. Tambah KKM lagi, pihaknya ada menawarkan Pensijilan Gred Makanan (Food Grade) untuk bahan bersen

Kekal cergas sepanjang 13 jam berpuasa

Imej
Menurut pakar pemakanan dan pensyarah Management and Science University (MSU), Sarina Sariman, lazimnya perubahan fisiologi badan berlaku pada minggu pertama Ramadan apabila tubuh cuba beradaptasi dengan keadaan baharu. Katanya, akan berlaku penurunan berat badan disebabkan kehilangan air dalam badan ketika berpuasa, selain dalam tempoh satu atau dua hari pertama badan rasa lebih letih disebabkan tubuh cuba mengadaptasi perubahan itu. "Jika seseorang mengamalkan tabiat pemakanan sihat, mereka mampu mengatasinya dengan lebih cepat. "Tabiat mengambil makanan mengikut kumpulan zat makanan, saiz hidangan yang betul dan melakukan aktiviti fizikal setiap minggu akan menyebabkan badan lebih mudah dan tidak sukar untuk adaptasi dengan perubahan meskipun seharian menahan lapar selama 13 jam. "Bagi individu tidak biasa berpuasa dan tidak mengamalkan corak pemakanan sihat, mereka mungkin mengambil masa lebih lama beradaptasi dengan keadaan ini," katanya. Amalkan pemakanan siha

Petai berfungsi sebagai ejen antioksidan

Imej
  Mengikut kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak tinggi berbanding tumbuhan hutan lain. Petai dikatakan mengandungi lapan peratus protein, 11 peratus karbohidrat, 71 peratus air serta banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai ejen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal (makanan berasaskan petai). Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji petai yang dikupas juga dijadikan sambal tumis bersama udang atau kerang. Di kawasan kampung, pokok ini ditanam bagi mengawal hakisan dan sebagai bahan makanan ternakan. Pokok petai berbuah dua kali setahun iaitu pada Mac hingga April dan Ogos hingga September. Pokoknya biasanya ditanam menggunakan biji benih dan keratan batang. Pokok petai adalah pokok saka yang besar dan rendang serta boleh tumbuh setinggi 30 m

Buah delima bantu cegah sembelit dan pelupa

Imej
  Buah delima kaya pelbagai khasiat untuk kesihatan Delima antara buah-buahan terbaik kerana banyak manfaat kesihatan dan kaya dengan pelbagai khasiat. Menurut Ketua Pakar Diet, Jindal Naturecure Institute, Sushma PS, berkata delima kaya dengan antioksidan terutamanya polifenol dan antosianin. Katanya, sebatian ini membantu meneutralkan radikal bebas dalam badan, mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan Delima adalah sumber nutrien penting yang baik termasuk mengandungi vitamin C, kalium dan serat. "Delima juga mengandungi serat makanan untuk meningkatkan kesihatan pencernaan dengan menyokong pergerakan usus secara teratur dan mencegah sembelit," katanya. Manfaat lain buah delima Buah delima boleh memberi manfaat kepada pelbagai keadaan yang berkaitan dengan keradangan termasuk penyakit arthritis dan gangguan keradangan lain. Menurut pakar diet, ada bukti yang menunjukkan bahawa pengambilan buah delima mungkin memberi kesan positif pada ingatan dan fungsi kognitif yang b

Pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan

Imej
  Ada  yang mengatakan bahawa kita harus mengurangkan pengambilan lemak, tetapi lemak juga adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh. Apakah perbezaan antara jenis-jenis lemak yang diperlukan oleh tubuh kita dan apakah jenis lemak yang baik untuk tubuh? Umumnya lemak dipercayai tidak baik untuk kesihatan, tetapi lemak mempunyai fungsi yang penting dalam tubuh kita. Lemak daripada diet membekalkan asid-asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita dan mesti diambil daripada makanan. Lemak juga membantu dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K yang larut lemak (sebagai pengangkutan). Namun, pengambilan lemak yang berlebihan harus dielakkan. Lemak adalah tinggi dalam kalori dan akan meningkatkan risiko lebih berat badan atau obes. Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis lemak. Lemak terdiri daripada asid-asid lemak yang diperlukan dalam jumlah yang berbeza. Jenis asid lemak yang utama ialah: Asid lemak tepu - Menjadi pepejal pada suhu bilik dan biasanya diperolehi daripada su

Sindrom 'Long Covid'

Imej
Puluhan juta orang di seluruh dunia dipercayai menderita akibat 'long COVID', namun empat tahun selepas wabak itu diisytiharkan, keadaan yang sukar difahami ini masih tidak dapat diuji, apatah lagi dirawat. Bagaimanapun, penyelidikan akhirnya mula mencari petunjuk awal mengenai 'long COVID', sekali gus meningkatkan harapan kejayaan pada masa depan, yang mungkin juga memberi petunjuk kepada sindrom kronik lain yang tidak jelas. 'Long COVID' ialah nama yang diberikan kepada pelbagai jenis simptom yang masih dialami individu, beberapa minggu dan bulan selepas mereka mula-mula dijangkiti virus SARS-CoV-2. Simptom yang paling biasa adalah keletihan, sesak nafas, sakit otot dan kabut otak. Satu kajian ketara yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan terdapat perbezaan jelas dalam protein darah lebih daripada 110 pesakit 'long COVID'. Seorang penyelidik Switzerland dan pengarang kanan kajian Science, Onur Boyman memberitahu AFP, beliau percaya ia adalah satu '

Petua tahan lama simpan sayur dalam peti sejuk

Imej
  Untuk menyimpan sayur-sayuran agar tahan lama dalam peti sejuk, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut: 1. Cuci dan Keringkan Sebelum menyimpan sayur-sayuran dalam peti sejuk, pastikan untuk mencuci dengan bersih di bawah air yang mengalir. Selepas dicuci, pastikan untuk mengeringkannya dengan tisu dapur atau kain bersih. Ada yang perlu dibalut dengan tisu lembap, ada yang memerlukan air, dan ada yang perlu diletakkan tisu untuk menyerap wap air. 2. Pilih Bekas yang Sesuai Gunakan bekas penyimpanan yang sesuai seperti bekas plastik khas untuk menyimpan sayur-sayuran. Pastikan bekas tersebut bersih dan kering sebelum digunakan. 3. Pisahkan Sayuran Pisahkan sayur-sayuran yang boleh menyebabkan penyebaran bau, seperti bawang dan bawang putih. Ini akan membantu mencegah bau yang tidak diingini pada sayur-sayuran yang lain.  4. Simpan dalam Bekas Kedap Udara  Pastikan bekas penyimpanan adalah kedap udara untuk mengelakkan udara dan kelembapan dari meresap. Ini dapat membantu memperl