Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jantung

Inara perlu RM120,000 rawat saluran jantung terbalik

Imej
Seorang bayi berusia tiga bulan yang mengalami Transposisi Arteri Besar (TGA) memerlukan bantuan sejumlah RM120,000 untuk pembedahan di Hospital Gleneagles. Che Nur Ayesha Inara Che Muhamad Azri dari Banting, Selangor itu memerlukan bantuan bagi menjalani pembedahan Suis Arteri untuk meletakkan saluran darah utama di dalam ruang pam yang sesuai selepas mengalami saluran jantung terbalik. Ibunya, Syafiqah Walmasri, 23, berkata anaknya yang dilahirkan secara normal dan sihat pada awal kelahiran itu hanya menunjukkan masalah jaundis berpanjangan sepanjang tempoh dia berpantang. Katanya, perubahan anak sulungnya itu mula disedarinya apabila nafas kelihatan laju dan ada tanda kebiruan pada tangan serta kuku Che Nur Ayesha Inara. Kami terus dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan dan Inara (panggilan anak) dirujuk ke Hospital Banting. "Dalam waktu begitu pantas, oksigen Inara terus menurun sehingga 1 dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,

Pembedahan Transposition of the Great Arteries (TGA)

Imej
MEMORI 28 November 2013 Sembilan tahun yang lalu, anak sulung kami, Muhammad Ahsan Umar telah menjalani pembedahan Transposition of the Great Arteries (TGA) pada usia 22 hari. Pembedahan selama enam jam bermula dari 9.30 pagi sehingga 3.30 petang yang diketuai oleh Pakar Kardiologi IJN, Dr Sivakumar bersama dengan Team Dato' Dr Hassan, Mr Nam, Dr Keiko dan Dr Khairul Faizah. TGA adalah kecacatan jantung sejak lahir di mana pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri jantung bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah. Ini menyebabkan pengaliran darah yang terbalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru tetapi kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan. Alhamdulillah, pembedahan BERJAYA. DR. SIVAKUMAR A/L SIVALINGAM. Doktor Pakar Jantung IJN yang mengetuai pembedahan jantung anakanda Muhammad Ahsan Umar pada 28 November 2013. Seorang yang 'soft spoken' dan fasih berbahasa Melayu. Beliau memberi penerangan yang jelas sebelum p

Kuat merokok punca serangan jantung

Imej
  Tabiat me­rokok menjadi punca utama pe­nyakit jantung dalam kalangan kaum lelaki di negara ini sehingga membawa kepada kematian pada usia muda seawal 30 tahun. Felo Klinikal Kardiologi & Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran berkata, ramai rakyat negara ni menyedari tabiat itu memberi kesan buruk atau mudarat terhadap kaum lelaki. Tabiat merokok mampu memberi kesan kepada saluran darah. Jika keadaan itu berlanjutan, ia akan menyebabkan saluran darah tertutup sehingga berlaku keradangan akibat nikotin. Keadaan itu seterusnya menyebabkan berlaku serangan jantung. Menurut beliau, selain merokok, penyakit darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi disebabkan pemakanan dan genetik turut menyumbang kepada serangan jantung. Jelas Dr. Iskandar, bagi kes kematian mengejut ketika bersukan pula, kebanyakannya adalah disebabkan rentak jantung yang tidak normal. “Ada banyak faktor menyebabkan rentak jantung menjadi tidak normal antaranya seseorang itu m

Check up Jantung Umar di IJN

Imej
  Doktor IJN cakap jantung saya sihat dan berfungsi dengan baik. Mesti banyak bersukan untuk kekal sihat. Masa umur 22 hari, anakanda Umar telah menjalani pembedahan salur injap jantung terbalik atau disebut TGA. Check up setiap tahun di IJN untuk 'monitor' perkembangan.

Warkah Buat Pesakit Jantung Uwais

Imej
Saya ingin berkongsi satu warkah dari seorang bapa kepada anaknya yang menghadapi masalah jantung. Nasib Muhammad Uwais Bin Sayuti sama dengan anakanda sulung saya, Muhammad Ahsan Umar yang pernah menghidap masalah salur injap jantung terbalik semasa dilahirkan dulu. Nama Uwais pula kebetulan sama dengan nama anak kedua saya, Muhammad Ayden Uwais. Sama-sama kita ikuti coretan saudara Sayuti Wan Chik; Warkah Abi buat Muhammad Uwais Assalamualaikum Muhammad Uwais, Tika Abi menulis ni, tiada apa lagi dalam fikiran Abi selain hanya Uwais yang sangat Abi, Ummi, Along Iman dan Angah Furqan rindu, kasih & sayang sepenuh hati. Uwais, Nama ini Abi pilih tatkala Abi hadir ke kuliah Ustaz Shamsuri sekitar April 2015 yang lalu. Abi sangat teruja dengan kisah hebat insan bernama Uwais al Qorni dimana kisahnya yang masyhur tentang kehebatannya yang disebut dan dipesan oleh Rasulullah kepada para sahabat supaya mencari pemuda bernama Uwais al Qorni dan meminta supaya mendoakan mer