Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Guru

Tak salah guna media sosial, guru diingat patuhi garis panduan KPM

Imej
  Kementerian Pendidikan (KPM) memiliki garis panduan berkaitan penggunaan media sosial dalam kalangan guru dan sentiasa memantau keadaan itu bagi memastikan ia tidak disalah guna bagi tujuan tertentu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata justeru itu, golongan guru tidak boleh sewenang-wenangnya menyalahgunakan platform terbabit dan tindakan tegas akan diambil jika terbukti mereka melanggar garis panduan berkenaan. "Kita memang sudah ada garis panduan itu, termasuk kandungan yang dihasilkan mestilah memberikan pedoman dan untuk tujuan yang baik, kita pantau perkara terbabit dari semasa ke semasa dan ia memang dalam radar pemantauan. "Kita minta guru juga sama-sama memastikan garis panduan itu dipatuhi kerana ia sudahpun dilaksanakan... mereka tidak boleh sewenang-wenangnya (guna media sosial) kerana ada garis panduan dan mereka tahu akan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM kali ke-8. Beliau berkata demi

16,886 hingga 20,081 guru baharu sepanjang 2023-2027

Imej
  Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan unjuran pengambilan 16,886 hingga 20,081 guru baharu sekolah KPM bagi tahun ini hingga 2027. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata penyediaan unjuran bagi tempoh itu berdasarkan data pada 31 Disember 2022, bertujuan mengurangkan beban guru, membabitkan sekolah menengah dan sekolah rendah. "KPM akan sentiasa menyemak data unjuran dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. "Urusan pengambilan ini akan berterusan bagi tahun ini dan seterusnya bagi mengisi kekosongan di sekolah," katanya menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat. Beliau berkata, bagi tempoh 2021 hingga Januari lalu, KPM sudah melaksanakan pengambilan 22,327 guru, membabitkan 148 bidang pengkhususan melalui kaedah 'one-off' dan kluster mata pelajaran sebagai strategi untuk memastikan isu kekurangan guru dapat diatasi. "Beberapa bidang pengkhususan diberi perhatian, antaranya

Tiada kuota tertentu pengambilan guru

Imej
  Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan ada kuota pengambilan guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41, termasuk guru kontrak. Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata berikutan itu tidak timbul soal ada graduan ikhtisas pendidikan 'mencuri' kuota yang sepatutnya diberikan kepada graduan tanpa ikhtisas pendidikan. Beliau berkata, sejak awal lagi kementerian itu sudah menegaskan keutamaan diberikan kepada graduan yang mempunyai ikhtisas pendidikan. Katanya, selepas kekosongan dipenuhi graduan ikhtisas pendidikan yang layak, barulah kementerian itu menawarkan pula perjawatan kepada graduan bukan ikhtisas pendidikan. Radzi berkata, senarai nama kira-kira 4,000 graduan bukan ikhtisas pendidikan itu diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mendapatkan perakuan khusus, bagi membolehkan mereka dipilih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). "SPP akan pilih berapa ramai ia nak. Yang paling penting, ia perlu menyelesaikan dahulu pengambilan graduan

Guru besar dan pengetua tidak boleh lagi halang pertukaran guru

Imej
  Guru kini boleh membuat permohonan pertukaran sepanjang tahun susulan garis panduan baharu dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menggantikan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pada 1975. Permohonan pertukaran sekolah oleh guru juga kini tidak boleh dihalang guru besar atau pengetua yang sebelum ini mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan. Mengumumkan keputusan terbaharu itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pengumuman untuk pertukaran guru pula diubah kepada empat kali setahun berbanding hanya dua kali setahun sebelum ini. Jika dulu, pengumuman untuk pertukaran guru adalah dua kali setahun, tetapi sekarang kita umum empat kali setahun dan permohonan boleh dibuat sepanjang tahun. Sebelum ini, permohonan pertukaran juga memerlukan kelulusan guru besar atau pengetua, tetapi kini guru atau pengetua hanya dibenarkan untuk memberi ulasan, tidak boleh menghalang pertukaran guru-guru. Justeru, perkara ini juga memberi peluang kepada semua guru, termasuk

Guru tidak perlu pakai pelitup muka ketika mengajar mulai 1 Mei 2022

Imej
  Golongan pendidik, khususnya para guru tidak lagi perlu memakai pelitup muka ketika sedang mengajar di dalam kelas bermula 1 Mei 2022. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru dibenarkan untuk menanggalkan pelitup muka ketika sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Bagaimanapun, murid-murid masih perlu memakai pelitup muka sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan (KKM) yang masih mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam bangunan.  Sumber : Kosmo!

Guru perlu tingkat kemahiran ilmu pentaksiran formatif

Imej
  Ditulis oleh Dr Muhammad Abd Hadi Bunyamin Pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Pandemik COVID-19 menjadikan medium pendidikan bertukar kepada pelantar digital. Guru juga menukar sebahagian besar pentaksiran pembelajaran kepada medium sama. Penggunaan alat pentaksiran pembelajaran digital memudahkan guru memperoleh, menyimpan dan menganalisis pencapaian pelajar. Ini kerana ia mempunyai ciri disifatkan 'automatik' yang dapat memberikan hasil atau keputusan serta-merta dan ia semestinya memberi kelebihan kepada guru. Pandemik COVID-19 menggalakkan lebih ramai guru mempelajari kaedah pentaksiran dengan pelantar digital. Untuk tahun mendatang, penggunaan teknologi digital dalam pentaksiran, khususnya pentaksiran bilik darjah (PBD), akan menjadi lebih kuat. Alat teknologi digital sedemikian menyediakan lebih ruang kepada guru menjadikan amalan pentaksiran lebih pantas, bahkan serta-merta. Persekolahan 2022 tampak lebih teradun dengan kombinasi antara

Di mana guru selepas waktu sekolah?

Imej
  SOP selepas tamat waktu persekolahan juga harus dipantau bagi memastikan penularan Covid-19 tidak merebak dalam kalangan pelajar.   Surat dari pembaca ini disiarkan di akhbar Utusan pada 28 September 2020. SAUDARA PENGARANG, Penularan pandemik Covid-19 masih belum berakhir, malah angka jangkitan semakin meningkat sejak kebelakangan ini sekali gus amat merisaukan. Walaupun tiada tanda untuk pulih, orang ramai tetap mengambil kesempatan untuk bercuti di dalam negara. Ya, ia amat bagus dalam membantu ekonomi untuk pulih, namun apa yang dirisaukan adalah kemungkinan virus itu berjangkit amat tinggi terutama melibatkan kanak-kanak. Apabila di sekolah, kanak-kanak ini bergaul sehingga lupa pesanan untuk menjaga penjarakan sosial dan tidak menyentuh sesama mereka. Lihat sahaja cara mereka bermain dan berbual selepas tamat sesi persekolahan, langsung tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Tiada pula kelihatan guru mengawal atau memantau pelajar

Keputusan Pengambilan Guru Lepasan SPM 2016

Imej
Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2016 di Institut Pendidikan Guru (IPG) boleh membuat semakan keputusan kemasukan pada 6 Jun 2016 mulai jam 3.00 petang hingga 13 Jun 2016. Calon berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran. Maklumat lanjut : http://myadha.blogspot.com/2016/06/semakan-keputusan-ke-institut-pendidikan-guru-ipg-jun-2016.html

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015

Imej
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun Aplikasi Permohonan : http://apps8.moe.gov.my/smg/pismp2015/index.cfm Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). 1. KETERANGAN PROGRAM 1.1 Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Gu