Panduan Ujian MEDSI untuk Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)
Kenapa ramai gagal dalam permohonan DPLI? Ramai calon yang memohon DPLI dan ISMP tetapi akhirnya gagal bukan kerana tidak layak dari segi akademik TETAPI gagal memahami kehendak soalan ujian MEdSI dan menampilkan diri sebagai seorang bakal guru semasa menghadiri temuduga DPLI. Jadi, bagaimanakah anda boleh lulus ujian MEdSI dan seterusnya berjaya menepati kehendak panel penemuduga DPLI dan menarik perhatian mereka? Tujuan eDPLI ini diterbitkan adalah khusus untuk membantu calon untuk meramal, bersedia dan dapat menghadapi ujian MEDSI dan temuduga DPLI dengan lebih yakin dan berjaya melayakkan diri untuk memasuki Universiti (IPTA) di seluruh Malaysia. Kami yakin anda adalah di antara ribuan lepasan ijazah dan lepasan SPM yang sangat berminat dengan bidang perguruan. Kami juga faham yang anda sudah pun biasa dengan sesi temuduga kerja sebelum ini, pernah menghadiri kursus dan yakin untuk ditemuduga. Tetapi anda perlu menerima hakikat bahawa sesi ujian MEdSI dan temuduga untuk DPLI / IS